SaHaBaT

5/21/2010

HoTeL TeRHeBaT Di DuNiA

Hotel paling tinggi di dunia (berdasarkan ketinggian dari laut)


















Hotel Everest View, Nepal


Hotel ini berada 3.880 meter di atas permukaan laut dan dibangunkan di Sagarmatha National Park. Kesemua bilik memiliki pemandangan ke Gunung Everest yang pada ketinggian 8.848 meter. Untuk sampai ke sini anda perlu menyewa helikopter.

Hotel Paling Mesra Alam
















Daintree Eco Lodge & Spa, Queensland, Australia

Daintree Eco Lodge & Spa memiliki 15 villa di Daintree Rainforest. Hotel ini direka untuk mereka yang mementingkan privasi. Selain itu hotel ini menggunakan tenaga suria, lampu berkuasa rendah dan penamaman tanaman secara organik.

Hotel Paling Banyak Bilik



















The Palazzo Resort Hotel and Casino, Las Vegas, Amerika Syarikat

Hotel ini memiliki 8108 bilik. Hotel ini seperti kota kecil dengan berbagai pilihan restoran, gerai fashion, pusat membeli belah, kasino, dan tujuh kolam renang.

Hotel Tertua di Dunia



















Hoshi Ryokan, Komatsu, Jepun

Hotel ini telah beroperasi lebih dari 1300 tahun. Hotel yang memiliki 100 bilik ini telah diuruskan oleh 46 generasi keluarga secara turun-temurun.

Hotel Termahal (Kadar Sewa Semalaman)

















Royal Villa at Grand Resort Lagonissi, Athena, Yunani

Harga bilik di hotel ini ialah USD$50 ribu dollar semalaman. Biliknya menghadap laut Aegean berserta dengan kolam renang peribadi yang besar. Jet peribadi juga disediakan.

Hotel Termahal (Kos Pembinaan)















Emirates Palace, Abu Dhabi, Uni Emirat Arab

Hotel Emirates Palace di Abu Dhabi yang dibuka pada 2005 ini menelan kos USD$3 bilion untuk pembinaannya. Bangunan ini menggunakan perak, emas, dan marmar di seluruh hotel. Dilengkapi 1002 tempat bilik yang dibuat dari kristal Swarovski.

Hotel dengan Bilik Terbesar di Dunia
























Royal Suite in the Grand Hills Hotel and Spa, Broummana, Lebanon

Royal Suite dalam Grand Hills Hotel and Spa dibuat dengan lebih dari enam tingkat dengan keluasan keseluruhan 8000 meter persegi dengan setengah daripada ruang ini adalah ruang santai dan bakinya menempatkan dua kolam renang, taman, beranda, dan pavilion.

Hotel Paling Dingin di Dunia


















Icehotel, Jukkasjarvi, Sweden


Icehotel ini memiliki bilik yang keseluruhannya dibangunkan dari salji. Kegiatan utama tetamu meliputi perjalanan melawat sekeliling hotel dengan menaiki kereta salji dan permainan kereta luncur.

Hotel Tertinggi di Dunia (berdasarkan jumlah tingkat)
























Park Hyatt, Shanghai, Cina

Hotel ini memiliki 93 tingkat dengan pemandangannya menghadap sungai Huangpu dan terletak di tengah kota perniagaan Lujiazui di Pudong, Cina.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

illa razak berkata...

Wah best giler hotel kt Sweden tuh..best gile klu dpt pegy.