SaHaBaT

12/01/2008

BIADAB DENGAN ALLAH TAALA
















Lwak pun ader, kesian pun ader. Dek nak nampak keislaman maka diadakan program tadarus Al-Quran nih. Inilah parahnya apabila orang yang takreti agama berlagakreti agama. Bace Al-Quran tapi lengan, pangkal dada n rambut terdedah. Tak ke tu kurang ajar dengan Allah Taala. Insaflah wahai Puteri UMNO dan sahabat dalam UMNO sekalian. Klu nk beragama dengan cara betul, betulkan niat dan belajarlah ilmu2 agame. Bukan maen hentam keromo jer, menjatuhkan maruah agamaada la. Tak semua rakan2 dlm UMNO mcm nih. Ada juga yang baik.Tapi yang baek tenggelam dlm byk2 yg jahat. Menjadi amanah yang baek untuk membetulkan keadaan UMNO dari dalam. WSLM....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/30/2008

KASIH SEORANG IBU KEPADA ANAK















Gambar ini merupakan keratan akhbar selepas peristiwa gempa bumi di Pakistan. Masyallah, begitu menyentuh hati dan sanubari ini melihat seorang ibu dan bayinya yang masih kecil mati di dalam pelukan ibu. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu kepada anak kandungnya. Namun segelintir rakyat Malaysia masih tergamak membuang bayi yang dlahirkan kerna nafsu serakah di merata-rata tempat. Moga roh ibu dan anak ini dirahmati Allah Taala dan berbahagia di syurga Allah nnt. Huhuhu....sedih sgt2....Wslm....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

IKHWANUL MUSLIMIN....ALLAHUAKHBAR




















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

HOLY BIBLE ADA DALAM HOTEL, AL-QURAN XDER ??!!

































































Kisah ni dah lama berlaku, akhir tahun lepas. Dah lebih kurang setahun dari sekarang. Ana cube nak bagitau yang kita sekarang nih dah secara terang-terangan menghadapi tentangan dari non-muslim. Mungkin hanya kelompok minoriti yang teramat sedikit sahaja yang secara terang-terang menentang kite. Namun ada juga usaha secara halus untuk mempengaruhi minda umat islam kite. Sama macam yoga jugak. xder faedahnya amalkan amalan senaman yoga ni. banyak lagi senaman yang sesuai untuk kite umat islam. Contohnya senamrobik yang tak campur dua gender sekaligus. Menggunakan irama dan muzik yang menenangkan jiwa bukannya muzik yang entah apa2 tuh. Mariah Carey la, Britney la n mcm2 lgi. Klu nk amalkan yang tradisional, kite ada senaman silat. Dalam silat tuh ada mcm2 senaman yang menyihatkan badan. Sama ada dari sudut pernafasan, gerak tubuh ataupun minda dan tenaga dalaman macam Cakra Alam dekat Selangor tuh.

Berbalik kepada isu HOLY BIBLE (Bible Yang Suci) yang diletakkan di dalam laci meja di sebuah hotel berdekatan KLCC. Klu ya pun nk suruh penginap hotel tuh mengamalkan agama, ana x nmpk pn masjid atau surau atau musalla yang ada dalam hotel tuh. Klu nk p gk naik LRT RM1.50 bru smpai dkat satu surau yang x meriah. Apa yang dimaksudkn dengan meriah? Meriah di sini bermaksud x crowded dgn rmai org. Bayangkan seluas-luas surau tu (biarpun x luas sgt) kite sorg je congok2 dok dlm tuh. Tak ke kesik (istilah kelantan bagi seram) dok dlm tuh sorg2. Lebih elok klu tak letak pape kitab2 dlm laci tuh. xder gune sebab penginap smua islam n x smua tidak islam. Silap haribulan letak Al-Quran dipijak2 oleh penginap bukan islam sush jgk kan. So kpd smua shbatku, bhati2lah dengan care penyebaran secara halus ini. Jangan sekali pun bace or buke kitab nih klu iman ite x cukup lgi. Baek buke Al-Quran dari buke n bace kitab nih. WSLM....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/28/2008

Tinta Rindu









Penaku menari

Melakar bait-bait indah

Menjadi sebuah bingkisan

Kata sedamai musim luruh

Indah, sepi dan membahagiakan


Daku terlena, daku tertidur

Dek ulitan aroma alam


Tempias hujan renyai

Rembesan aliran di angkasa

Biru bak luasnya lautan

Tak terjangkau kakiku melangkah


Oh, insan yang kudamba

Kisah cinta camar-camar

Jauh di mata zahir

Dekat hati mereka


Ibarat pautan kasih

Sang ibu kepada anak tercinta


Kalimah yang maha agung

Akan kubisikkan

Perlahan-lahan di telingamu

Agar ianya menjadi penyeri

Indahnya ikatan itu

Disiram redha Ilahi


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

9/19/2008

Cantinya Seorang Gadis Itu













Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam
rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan
ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak
bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai
WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas
sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/17/2008

Kesian Orang Yang Jahil Agama































Assalamualaikum....w.b.t.
Selamat bertemu kembali kita di dalam laman maya ini. Laman yang menyajikan kita maklumat-maklumat alternatif sebagai pengimbang kepada akhbar dan juga media elektronik lain. Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan bahawa akhbar dan media elektronik yang lain berat sebelah dan dikawal oleh pihak2 tertentu. Namun itu semua adalah qilaf kalian. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat dan buah fikiran masing-masing agar dapat membantu Malaysia ke arah yang lebih disegani di mata dunia sebagai negara islam yang terulung.

Untuk kali ini saya siarkan sebuah keratan akhbar Berita Minggu yang bertarikh 17 Ogos 2008. Sebuah surat dari pembaca menanyakan soalan berkaitan agama islam kepada majlis agama. Pengirim ini menggunakan nama samaran Siti Aminah. Sedap didengar namanya. Maklumlah nama Bonda Rasulullah S.A.W (selawat kepada Baginda Rasullullah dan seisi keluarganya berserta sahabat sekalian). Ana (saya) sungguh terkejut dengan surat yang dikirim oleh saudara seislam kita ini. Benarkah dia langsung tidak memahami hukum agama mengenai perintah solat jumaat kepada orang lelaki dan menjadi imam. Jika dahulu kita dikejutkan dengan isu Amina Wadud yang mengimamkan solat. Tetapi makmumnya terdiri daripada lelaki dan perempuan dan bercampur wanita dan lelaki. Sekarang kita dihidangkan dengan surat pembaca ini.

Inilah dia perjuangan menuntut hak wanita yang mengarut dan bercanggah dengan islam dan syariat yang ditegakkan oleh Rasullullah S.A.W (selawat). Wahai kaum hawa sekalian, jangan marah jikalau amanat ana ini terlalu garang kedengaran di pancaindera antum smua. Dalam Al-Quran jelas mengatakan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada kaum hawa. Kaum hawa dibenarkan untuk menjadi ketua, namun ada batasannya. Kalau setakat ketua setiausaha, ketua unit atau apa jawatan ketua yang tidak terlalu berat tidak mengapa. Jikalau seorang wanita menjadi ketua negara dan juga imam. Ini adalah sesuatu yang tidak digalakkan. Ada hikmahnya mengapa Allah Taala mengatakan lelaki adalah ketua keluarga dan juga pemimpin kepada kaum wanita.

Begitu juga dengan hak melafazkan talak. Allah memberi hak itu kepada lelaki kerna lelaki lebih bersifat malas2 dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Kalau talak itu juga menjadi hak wanita, tentunya sudah ramai lelaki di zaman sekarang nih yang menduda. Bayangkan ada sesetengah isteri yang berleter panjang kerna suaminya tidak meletakkan pakaian ke dalam baldi setelah balik dari kerja. Mula leteran itu hanya berlingkar sekitar kemalasan suami dan kekotoran yang dibuat olehnya. Selepas itu diungkit pula segala kerja2 yang telah dilakukan olehnya selama ini, basuh kain, sidai kain, lipat kain, memasak, basuh pinggan, hidang makanan dan mcm2 lagi katanya. Cuba kalian bayangkan, apakah yang akan dibuat oleh suami setelah mendengar leteran yang tentunya memedihkan telinga yang mendengar itu, adakah semua akan terus kata bangun dan melafazkan cerai? Tentu sekali tidak. Si Isteri pula menyambung kuliah itu lagi sambil2 itu disabitkan juga kesalahan anak. Dikatakan bahawa suami terlalu sibuk hingga tidak dapat mendidik anak2, menunjukkan perangai pemalas kepada anak, dan mcm2 lgi.

Setelah itu apa lagi, ada kalanya si isteri meminta suaminya menceraikannya. "Kalau pompuan bleh cerai laki, dah lama saya ceraikan awk, suami pemalas ?!?" Pernahkah kalian mendengar dialog seumpama ini? Tentu pernah bukan. Di layar perak sering ditayangkan untuk menyedarkan manusia selain menunjukkan sifat tidak syukur kepada hukum Allah Taala. Walaupun apa-apa berlaku, si suami tetap diam jer tak melawan. Klu terlalu melampau mungkin dia marah-marah sikit (bagi lelaki tak bengis). Klu x tak tau apa yang jadi. Klu nak dibicarakan mengenai hak-hak lelaki yang diminta oleh pertubuhan hak asasi wanita untuk disamakan dengan wanita banyak. Contohnya pengharaman poligami, hak bekerja tanpa perlu meminta izin suami, pembahagian harta pusaka, kuota di dalam pekerjaan yang lasak seumpamanya komando tentera dll, lafaz cerai dan macam2 lagi.

Berbalik kepada artikel yang ana paparkan di atas. Agaknya dia mungkin tidak mendapat didikan agama secukupnya. Atau untuk menguji majlis agama yang bakal menjawab soalan ini. Atau mungkin sekadar mengingatkan kepada kita bahawa masih ramai lagi wanita dan lelaki yang tidak memahami hukum agama islam secara lebih menyeluruh. Ramai dalam kalangan muda mudi zaman sekarang yang hanya memandang agama ni terletak pada masjid. Keluar sahaja dari masjid tiada lagi istilah halal dan haram. Itulah nasibnya muda mudi zaman sekarang yang terllu terpengaruh dengan budaya barat. Pakaian seakan bertelanjang, susah untuk bezakan yang mana berpakaian dan yang mana tidak, susah nak membezakan yang mana pakaian lelaki dan yang mana pakaian perempuan kerna katanya pakaian ini adalah Unisex iaitu sesuai untuk mana2 jantina dan bukan hanya kepada satu jantina sahaja. Ingatlah Wahai manusia.Kita tidak lama di muka bumi Allah Taala ini.
Wallahu'alam.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/14/2008

Cinta Seorang Pemuda II















Saya selalu sangat termenung……termenungkan macam-macam…..tugas, keluarga dan…..si dia……bagaimanakah saya nak hidup tenteram seandainya wajah si dia sentiasa mengundang di dalam fikiran saya…..


Saya stress sangat bila macam-macam hal saya nak fikirkan….tugas, mesyuarat, belajar, menghafal….tetapi saya sering teringatkan si dia. Ya Allah, tolonglah hambamu ini agar aku lebih mengingatimu dari si dia…..



Saya betul-betul gembira bila kerja-kerja saya dapat diselesaikan dengan jayanya……tetapi kerapkali saya berangan……seandainya si dia berada di samping saya, bersama-sama merasai kegembiraan saya…….betapa bahagianya saya……namun saya sering merintih selepas solat akibat kelalaian saya mengingati rahmat-Mu…..


Saya cukup-cukup terharu bila saya tonton cerita cinta yang sedih……saya sering mengingatkan diri saya “Ambillah ikhtibar dari cerita ini, jangan sia-siakan peluangmu…..” tetapi saya sering kali membuatkan hati si dia tersentuh kerana saya….Ya Allah bantulah hambamu ini dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengubah diriku…..


Bila saya teringatkan hari kelahirannya…..saya selalu beli tudung litup untuknya…….bukan apa…..saya tak nak nanti saya disoal dengan sesuatu yang memang menjadi tanggungjawab saya di dunia ini…..si dia selalu kata……”Terima kasih, awak ni baik hatilah…..” bila hadiah tu saya berikan kepadanya…


Saya sangat sayangkan dia, saya mahu bahagia bersamanya di dunia ini, ber’dating’ di jannah-Mu, berkasih sayang di alam yang kekal abadi selamanya….Ya Allah kau redhailah perhubungan kami ini, seandainya hubungan ini berlandaskan syariat yang betul maka kau kekalkanlah hubungan kami ini. Ketahuilah Ya Allah, hati ini telah mengasihinya dengan setulusnya demi mendapat keredhaan-Mu di dunia dan di akhirat…..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Cinta Seorang Pemuda I

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik btul. Sungguh ! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyhat di hadapan yang maha esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik sungguh……sungguh. Sebab tu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan ! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot….dot…..dot……itu sampai bila-bila….takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dasyhat.

Saya suka sangat tengok body teman wanita saya….solid sungguh….sungguh ! sebab tu saya belikan dia telekung supaya semasa berdating dengan kekasihnya saya yang utama, dia jaaauuuuhhhh…..lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Syoknya….

Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya dia tak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun macam tu juga. Si dia Tanya “Apa ubatnya bang ?”. Saya pun bagi dia Al-Quran sebagai penenang jiwa……semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya……

Saya sedih tengok dia selalu jer pesan macam-macam : “Makan, minum, jaga diri, jalan elok-elok….nanti awak sakit saya juga yang susah hati….bla…..bla……bla…..” tapi bila berbual sama-sama terlepas sembahyang macam tu saje, dia tak kata satu apa pun. Aduh…..berdosanya saya…..

Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selamanya….

Doakan kamu saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunilah kami….semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya di syurga-Mu nanti…..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Bicara Cinta















Pasti tanpa di undang itu bicara kita
pasti ia mendatang...itu jua bicara kita
namun di sebalik semua...kata ria seri di citra
kasih asmara...sering berputik di sudut dunia..

telah di noktah kehidupan....tersedia cara
melukis indah biar pun pada unggas yang melata...
bercinta punya kuasa...itu yang dicipta
agar tak musnah keturunan yang di sebar...di sudut di penjuru...
di sana...

telah di serta lautan yang bergelora...
supaya kita tidak leka dek terangnya langit di angkasa
kerna awan berkumpul...cantuman angkasa jua di bumi indah
tercurah ia walaupun tak semestinya kita pinta...

ku kira...cinta mu kasih ku semurni bulan...
ia menyeri....bagai berlagu ...ada yang merindu
tetapi dirinya tak mengira...adakah insan sudi bertapak
di tempat yang gersang...tak ada kehidupan ...
bahan melanjutkan...penghuni yang mendatang
ya...bulan terus menyeri...bila adanya mentari...
terselindung hanya sebentar...jadi
itu cinta..itu kasih...tak pasti pudar selagi
mentari memancar...di subuh pagi...di nyaman senja
di hujung
antara malam dan siang...
bertemu walaupun menteri masih nyenyak...
di mata sendiri ...kerna mentari tak ngerti...
ia hanya meluah cahaya...pilih bila dan tika mana kita bersedia
mengalun irama...memberi sedekah...cinta murni antara kita
selagi masih tersirat cinta di hati...usahlah lalai...
akan cinta unggul untuk pencipta bumi ini.....
kerna hanya dia yang mengerti..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Sekolah Paling Kecil Di Dunia ?!?!




























IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/09/2008

Penyelewengan Dalam Islam...














Assalamualaikum....w.b.t.
Bertemu kembali kita di arena isu2 semasa serantau dan juga global. Ceewah macam time masuk forum remaja kebangsaan dulu2 jer...hehehe. Saje je sebagai pemanis kata. Kerna mungkin kadang-kadang apa sahaja yang ingin kita luahkan biarlah dimulai dengan senyuman yang manis untuk kita sendiri sekurang-kurangnya. Cuba kalian baca dan perhatikan setiap bait2 perkataan di dalam laporan akhbar ini. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang menderita kerana tekanan akibat poligami yang diamalkan oleh suami mereka. Ada yang tertekan kerana tidak menerima nafkah secukupnya sama ada zahir ataupun batin. Ada juga yang terlalu dianak tirikan ataupun disisih setelah suaminya mengambil wanita yang muda untuk dijadikan madunya. Mengapa semua ini berlaku? Mungkin kerana cinta itu buta. Jika terlalu cinta maka apa sahaja yang tidak baik mengenai bakal suami hanya dipejam sebelah mata. "Semua manusia tidak sempurna, demi cinta sanggup kuturuti"...

Inginlah padahnya kalau tidak menurut sabda Rasullullah S.A.W di dalam perjalanan mencari jodoh kita. Suami yang baik dan soleh tidak akan membiarkan zaujahnya di dalam situasi yang tidak sepatutnya. Dia akan menyayangi Zaujahnya melebihi dia sayang akan dirinya kerna tanpa isterinya, kahidupannya tidak akan berseri lagi seperti sediakala. Dia mengasihani zaujahnya selepas cinta dan kasih pada Allah Taala, Rasullullah dan ibubapanya. Jesteru jika kalian mahu mencari seorang pendamping hidup, carilah dari sudut agama terlebih dahulu. Kerna individu yang mencintai Allah dan Rasul-Nya tentunya akan mencintai orang yang menyayangi dirinya dengan sepenuh hati dan sanggup mengorbankan segalanya demi cinta zaujahnya.





















Namun bukan itu yang ana maksudkan untuk dibincangkan di sini. Cuba kalian baca sedutan yang ana 'crop'kan dari laporan akhbar itu. Kenyataan dari fatwa mengatakan bahawa tiada persamaan diantara gender lelaki dan perempuan. Dalam hal pembahagian harta pusaka. Wanita tetap mendapat 1/2 dari harta yang diterima oleh anak lelaki. Allah Taala membenarkan lelaki berkahwin empat kerana bilangan wanita semakin banyak melebihi lelaki dan jangka hayat lelaki akan semakin berkurang beberapa tahun lagi. Selain itu dengan perkahwinan mungkin dapat menyelamatkan wanita dari gejala tidak sihat. Menagapa? Sekuat manapun kita bertekad untuk tidak berkahwin dan menumpukan perhatian kepada pekerjaan, nafsu tetap bergelojak di dalam jiwa. Lelaki tidak dapat lari dari wanita begitu juga wanita tidak dapat lari dari lelaki. Tipulah jika kita langsung tidak mempunyai nafsu terhadap jantina yanhg berlainan. Lelaki tetap ketua keluarga walaupun suami tidak mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding isteri, dan sebagainya.

Jesteru sebarang tindakan untuk persamaan gender di antara lelaki dan perempuan hanyalah gimik dan provokasi untuk merendahkan martabat hukum-hakam islam. Seharusnya para muslimah yang berpegang teguh kepada islam tidak akan mudah terpengaruh dan memahami konsep hukum-hakam islam itu yang dilaksanakan untuk memartabatkan kaum wanita. Mengikut hukum, haram bagi seorang isteri itu keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya dan haram untuk bekerja mencari wang jika suaminya tidak memberi kebenaran untuk berbuat demikian. Tetapi ramai dalam kalangan wanita zaman sekarang yang melanggar etika hukum islam ini. "Awak tu dahlah gaji kecik, kelulusan pun rendah. Ada hati nak tanggung keluarga sorang2. Saya tetap nak pergi kerja walau awk tak bagi. Saya ada kelulusan ijazah, semua orang nak amik sebagai pekerja, Awak tu setakat SPM takkan berjaya nak tampung belanjawan keluarga kita. Saya betul2 susah sejak kahwin dengan awk. Tak macam sewaktu saya tinggal dengan mak dulu".

Cuba kalian perhatikan dialog di atas. Berapa kesalahan yang telah dilakukan oleh si isteri tidak bersyukur ini? Pertama dia melanggar arahan suaminya yang tidak membenarkannya bekerja. Kedua, tidak bersyukur dengan perkahwinannya itu. Ketiga menidakkan peranan suami sebagai ketua keluarga. Keempat merendah-rendahkan suami. Kelima Mengungkit segala yang sudah lepas. Dan yang paling besar adalah menyakiti hati suaminya. Wanita semacam ini tidak akan mencium bau syurga walau sedikit dan akan terus dihumban ke dalam neraka. Cuba kalian bayangkan tentu ramai wanita-wanita yang berkelakuan seperti ini bukan? Tidak hairanlah sabda Rasullullah S.A.W yang mengatakan bahawa wanita adalah penghuni yang paling ramai di dalam neraka Allah Taala nanti. Jesteru insaflah dunia wanita. Jadilah wanita solehah dan Zaujah yang taat kepada suami masing2 selagi suaminya tidak menyuruh kepada perkara2 mungkar. Sesungguhnya janji2 Allah itu benar belaka. Tiada sebarang penipuan walau sedikit.

Sesungguhnya hukum-hakam islam itu bersesuian untuk sepanjang zaman hingga hari kiamat. Sebarang tindakan untuk mengubahnya adalah bertentangan dengan syariat adalah salah dan tidak benar. Kenyataan akhbar ini sungguh mengelirukan kerna mengatakan bahawa hukum-hakam islam adalah ketinggalan zaman dan perlu dirunding semula. Islam tidak mengikut arus perkembangan dunia moden tetapi dunia modenlah yang seharusnya mengikut hukum-hakam islam. Tiada istilah menggubal hukum-hakam islam di dalam syarak kerna islam itu 'luwes'. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka yang tidak faham agama ini. Perkuatkan imanmu duhai wanita islam. Sesungguhnya Allah itu maha permurah dan mendengar doa hambanya. Moga2 Allah menguatkan iman kita semua untuk menangkis semua dakyah2 mereka ini.
Amiiinn...
Wallahua'lam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Mengembara Untuk Gula-gula....?






























Salam...
Sungguh pelik bukan? Namun bagi kanak-kanak ini adalah sesuatu yang biase. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Dari sudut nilai motivasinya, kanak-kanak merupakan individu yang paling mudah terpengaruh dengan kemahuan diri. Kerna mereka masih tidak dapat berfikir dengan logik. Dalam islam dikatakan belum mumaiyiz (tidak dapat membezakan yang mana satu salah dan yang betul). Atau istilah yang paling mudah untuk mengukur sama ada kanak2 itu sudah mumaiyiz atau belum, kalian letakkan najis dan goreng pisang. Tengok yang mana satu akan dipegang oleh kanak2 itu. Jika belum mumaiyiz kanak2 itu akan memegang keduanya. Oleh itu jagalah zuriat2 kalian dari memasukkan benda yang berbahaya atau tidak sepatutnya ke dalam mulut kereka.

Ana sendiri pernah menghadapi saat seperti ini. Sewaktu berumur 6 tahun di tadika. Ana masih ingat ana tinggal di Gua Musang, Kelantan sewaktu ayahanda dan bonda ditugaskan untuk menjadi pendidik di sana. Ana pernah menghadiri pertandingan lukisan bersempena Bulan Kemerdekaan Malaysia. Ana mendapat tempat kedua dan menerima hamper yang tingginya melebihi ketinggian ana sewaktu itu. Selepas selesai majlis entah macam mana ana terus ke menunggu di luar dewan sedangkan sepatutnya ana menghadiri majlis jamuan makan dahulu bersama ayahanda dan bonda. Sewaktu itu ayahanda dan bonda ana sibuk mencari ana di dalam dewan. Setelah lebih kurang 1/4 jam menunggu di luar, kelibat kedua ayahanda dan bonda masih belum muncul dan ana mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke rumah yang jaraknya dalam 3 kilometer dari rumah. Dengan berbekalkan hamper yang tinggi itu, ana mengorak langkah balik ke rumah melalui jalan kampung yang agak redup dan suasana nyaman.

Sewaktu dahulu jalan di Gua Musang tidak seperti jalan yang terdapat sekarang. Di sepanjang jalan dipenuhi dengan pohonan menghijau. setelah lebih kurang 1 kilometer berjalan, ana merasa bahawa hamper yang dibawa terlalu berat kerana ada sebuah botol minuman 1.5 liter di dalam. Akhirnya ana berehat di tepi sebuah alur sungai sambil minum2 air tersebut tetapi langsung tidak menyantuh makanan di dalamnya kerna pada fikiran ana sewaktu itu ana ingin berkongsi dengan ayahanda dan bonda. Setelah lebih kurang 1/2 jam berjalan akhirnya ana tiba di rumah. Kelihatan Mak su sudah berada di hadapan rumah sedang menyapu laman. Dia terkejut dan terus mendapatkan ana dan dibancuhkan air milo segelas dan dihulurkan kepada ana. Akhirnya selepas ana minum air milo ana pun tertidur di atas toto. Ayahanda dan Bonda yang sedang mencari ana semakin berputus asa kerana tidak dijumpai anak sulung mereka ini. Bonda sudah menangis manakal ayahanda semakin tertekan. Mereka mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebelum pergi ke balai polis Gua Musang untuk melaporkan mengenai kehilangan ana itu. Sebaik sahaja tiba di rumah dalam keadaan tergesa2 mereka keluar dari kenderaan namun disambut oleh Mak Su dan mak su mengatakan bahawa ana ada sedang tidur di dalam. Bonda dan ayahanda terus meluru mendapatkan ana, dipeluk dan diciumnya ana. Ana dalam keadaan mamai terbangun dan terpinga-pinga dengan tindakan ayahanda dan bonda. Inilah Kasih ayahanda dan bonda yang terus ana ingat hingga sekarang. Semoga Allah merahmati ayahanda dan bonda. Amiinnn....
Wallahua'lam

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Malaysia Negara Kuasa Besar?!?!

Terlaras Penuh





























Assalamualaikum....w.b.t.
Berita Hari ini 9 Ogos 2008, dari Berita Harian muka paling depan terpapar suatu berita yang agak pelik, melucukan dan kelihatan 'berlagak'. Ini berikutan berita dari Washington yang mengatakan Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington telah dipanggil untuk memberi keterangan terkini berhubung kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Dato' Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia dengan bangganya mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang berdaulat dan Amerika tidak seharusnya campur tangan dalam kes yang dikatakan bersifat jenayah di kaca mata mereka. Namun di kaca mata rakyat jelata kisah ini lebih berbaur politik yang disaluti kes jenayah. Itu hanya andaian dan spekulasi dari rakyat jelata terutama penyokong setia DSAI dan juga penyokong dalam Pakatan Rakyat (PR). Dato' Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran dan mengingatkan kerajaan dan ahli politik Amerika Syarikat agar tidak campur tangan atau terpaksa menghadapi teguran dan tekanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Agak melucukan jika kita mengandaikan Amerika akan mendengar teguran dan tekanan dari PBB. Lihat sahajalah serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan. Adakah PBB hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang teguran, nasihat taupun ancaman kepada Amerika? Jawapannya sudah pasti. Namun adakah Amerika mengikuti nasihat itu? Semestinya tidak kerna Amerika merupakan sebuah negara kuasa besar dan mempunyai kuasa veto untuk menghapuskan dan tidak menyokong sebarang resolusi dari PBB. Resolusi yang suatu ketika dahulu yang ditandatangani oleh semua negara kelas ketiga dan pertama, kedua dan beberapa negara maju mengenai penghapusan senjata nuklear dari bumi tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat dan resolusi tersebut tidak dapat dilaksanakan dan akhirnya tinggal kenangan sahaja.





















Jesteru, tidak mungkin bagi Amerika untuk menerima nasihat ataupun teguran dari pihak PBB dalam hal mencampuri undang-undang Malaysia ini. Jadi tidak perlu kepada Malaysia terlalu bermegah-megah di dada akhbar mengatakan akan menegur perbuatan kerajaan Amerika Laknatullah itu. Jangan menjadi megah di mata rakyat tetapi lemah sewaktu berhadapan tekanan dari kuasa2 besar yang lain. Contohi kerajaan Republik Islam Iran yang bertindak tegas untuk tidak tunduk kepada mana-mana tekanan kuasa besar kerna mereka mengetahui apa yang sedang mereka lakukan dan tidak akan mengkhianati rakyat mereka sendiri. Sebaiknya Malaysia mencontohi mereka dahulu sebelum berbuat apa2 tindakan. Mengapa kerajaan itu tersangat berani menghadapi tekanan dari negara kuasa besar yang lain? Ini kerana Presidennya mempunyai matlamat yang jelas dan mengetahui betapa terseksa rakyatnya selama ini di bawah pergantungan kepada negara lain. Presiden Mahmoud Ahmadinejad adalah seorang presiden yang berhati rakyat dan tidak pernah mengkhianati rakyatnya sendiri. Pentadbiran sewajarnya mencontohi kepimpinan beliau yang bersifat sederhana dan tidak terlalu mewah seperti pemimpin di negara ini. Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia mempunyai jalan penyelesaian ke atas isu campurtangan ini dan berjaya menunjukkan kepada rakyat jelata kononnya Malaysia ibarat sebuah kuasa besar tetapi negara kecil yang berjaya menyedarkan dan menegur negara kuasa besar dunia ataupun polis dunia Amerika Syarikat. Semoga semuanya jelas terang lagi bersuluh.
Tepuklah dada, Tanyalah Iman.
Wassalam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Panduan Mencari Sahabatmu...

Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.

4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.

7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.

8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.

10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.

11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.

12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Berkembangnya Syiar Islam Di Dunia...
















Syukur Alhamdulillah, moga2 Allah merahmati saudara2 seislam kita di Russia. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon kepadamu agar diselamatkan saudara2 kami di sana dan engkau kuatkanlah semangat perpaduan dalam kalangan umat islam di serata pelusuk dunia. Jangan engkau jadikan kami semua umpama buih2 di lautan yang seandainya datangnya badai melanggar kami, kami akan berpecah belah. Ya Allah, jadikanlah kami semua para mujahidmu yang berjuang di jalanmu. Kurniakan semangat Khalid Al-Walid di dalam kekuatan mereka, semangat Abu Bakar di dalam kepercayaan mereka terhadap agama kami ini, Kebengisan dalam kelembutan Umar Al-Khattab di dalam perlaksanaan hukum hakam-Mu Ya Allah, Kesetiaan dan Kesolehahan Aisya Humaira, kepada para mujahidah kami dan semangat kepada kami untuk berjuang kerana-Mu Ya Allah....
Amiiinn....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

8/08/2008

Kerajaan Islam Kedah
































Assalamualaikum....w.b.t.
Bertemu kembali kita di arena isu2 politik tanahair. Cuba kalian teliti laporan akhbar di atas. Kita sepatutnya amat-amat bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memenangkan sebuah parti islam di sana. Akhirnya sedikit demi sedikit syiar islam dan undang-undang islam dilaksanakan sama seperti di Kelantan, yang berada di bawah kepimpinan ulama. Adakah mana-mana kerajaan negeri di bawah pimpinan UMNO dan BN mengamalkan undang-undang islam seperti ini. Jikalau ada tolong buktikan dan beserta sekali dengan foto jikalau boleh. Islam adalah agama rasmi dan paling utama dalam negara. Jesteru, mengapa kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat di bawah pemerintahan BN ingin melaksanakan undang-undang ini? Adakah atas nama toleransi kaum dan agama? Atau tidak mahu mengacau keharmonian agama-agam laen?

Tidak satu pun agama di dalam dunia ini yang mengajak kepada kemusnahan dan kebinasaan kecuali agama dan ajaran Yahudi Laknatullah. Jesteru bukankah disko, pub, kelab malam, pusat perjudian dan pelacuran adalah sesuatu aktiviti yang tidak sihat dan membawa kepada kemusnahan minda malah tingkah laku para remaja di dalam negara ini. Tanyalah sesiapa sahaja penganut agama lain, adakah agama mereka menghalalkan arak dan judi? Jikalau penganut setia agama lain tentunya akan mengatakan bahawa arak dan juga judi adalah sesuatu yang haram di sisi agama mereka. Jesteru mengapa kerajaan Malaysia masih mengamalkan aktiviti yang tidak bermoral ini. Contohilah kepimpinan Tok Guru di Kelantan. Tiada satu pun lesen kelab malam, Pub, disko, pusat hiburan, kasino, pusat perjudian dan segala tempat-tempat maksiat yang lain dikeluarkan.

Tiada kedengaran walau sedikitpun rungutan dari penganut agama lain kepada kerajaan negeri kerana tidak memberi lesen kepada pusat-pusat percambahan maksiat ini dari diluluskan. Sebaik sahaja pihak Parti Islam Semalaysia dan rakan-rakan yang lain dalam parti pembangkang negara berjaya memenangi pilihanraya pada tahun 1990, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang pertama dari kalangan ulama'. Apa yang dilakukan olehnya adalah mengharamkan dan membatalkan kesemua lesen-lesen pusat2 maksiat di dalam negeri Kelantan yang selama di bawah kepimpinan UMNO dan BN pusat2 ini cukup dilindung dengan alasan untuk menjaga sensitiviti agama lain yang dikatakan menghalalkan aktiviti tidak bermoral ini. Seharusnya BN dan UMNO haruslah memperjuangkan hal-hal sedemikian ini. Kerana keruntuhan dan kegiatan jenayah nyang berleluasa sekarang adalah disebabkan oleh bercambahnya pusat-pusat maksiat yang tidak bermoral seperti ini.

Jesteru, tindakan pihak kerajaan Kedah mengharamkan iklan-iklan yang memaparkan wanita yang tidak menutup aurat dan berbaur kemaksiatan adalah langkah yang tepat dan bijaksana. Kesian kepada para huffaz Al-Quran, tentunya mereka tidak dapat berjalan dan bersiar2 di bandar malahan untuk membeli barang keperluan juga akan terjejas. Kerna apa? Kerana bandar-bandar telah dicemari dengan poster-poster kemaksiatan. Para Huffaz Al-Quran cukup menjaga hal ehwal berkaitan maksiat kerna hafalan Al-Quran dan minda mereka akan menjadi tumpul dek terlihatnya kemaksiatan walau sedikit. Kerajaan2 negeri lain juga haruslah mengikut hukum perlaksanaan kerajaan negeri Kelantan dan juga Kedah ini. Jika benar mereka ingin memartabatkan islam, langsaikan dulu tanggungjawab membanteras maksiat ini.
Wassalam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kisah Perdana Eksekutif Kerajaan Terengganu...



















Assalamualaikum...w.b.t.
Bertemu kembali kita di arena politik yang dipenuhi dengan sepak terajang ini. Bukan maksud ana ingin mengatakan hinanya arena politik ini. Untuk menegakkan syiar islam di dalam negara yang kononnya demokrasi ini dan mengamalkan kebebasan media, kita memerlukan saluran pilihanraya ataupun berpolitik untuk menaikkan syiar islam di negara ini. Jalan peperangan bukanlah jalan yang baik dan sepatutnya untuk kita menegakkan islam di dalam negara ini kerna peperangan dapat menyebabkan huru-hara dan mengorbankan banyak nyawa. Kita terpaksa mengikut sedikit-sedikit jalan demokrasi yang diuarkan oleh pejajah barat ini.

Cuba kalian perhatikan dan renungkan maksud di sebalik keratan akhbar di atas. Baru2 ini heboh kisah penyelewengan yang terdapat di dalam pentadbiran kerajaan negeri Terangganu. Ini semua gara-gara tersebarnya mengenai pembelian 14 buah kereta berprestij mercedes compressor untuk kegunaan para exco2 kerajaan negeri untuk kegunaan rasmi. Nilai 14 buah keret mercedes itu yang bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan duit rakyat seakan memberikan 100% kemewahan kepada para exco2 negeri. Ujar Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said mengatakan tujuan sebenar pihak kerajaan negeri membeli 14 buah kenderaan itu adalah untuk menggantikan kenderaan sedia ada kerajaan negeri iaitu proton perdana eksekutif yang dibeli pada thun 2004. Katanya kos penyelenggaraan kenderaan proton perdana yang terlampau tinggi telah menjadi sebab mengapa kerajaan negeri mengambil keputusan drastik untuk membeli kenderaan lain bagi kegunaan para exco2 negeri.

Hal ini telah mendapat penghebahan yang luas oleh media arus perdana sama ada media cetak mahupun elektronik. Kerajaan negeri terengganu telah melenting dan membidas pihak media kerna terlalu membesarkan hal yang dianggapnya remeh dan tidak memberi impikasi besar kepada perkembangan politik dalam negara. Namun hal ini telah menarik perhatian semua individu politik di dalam negara. Sehingga pihak kabinet menteri telah bermesyuarat dan akhirnya memutuskan untuk tidak membenarkan pihak kerajaan negeri Terengganu menggunakan kenderaan itu dan kenderaan itu hanyalah untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri sahaja. Akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan ini untuk memenangi hati rakyat Terengganu yang mula gelisah kerna duit mereka dihabiskan untuk membuatkan para exco kerajaan negeri hidup dalam kehidupan yang mewah.
























Cuba kalian perhatikan keratan akhbar yang sempat ana cropkan di sini. Pihak pengurusan tertinggi Proton terkejut kerna pihak kerajaan negeri Terengganu tidak menserviskan kereta2 proton perdana itu di pusat servis yang ditauliahkan oleh pihak Proton sendiri. Dan siasatan telah dikeluarkan yang mengatakan bahawa pihak pusat servis tidak bertauliah ini menggunakan alat ganti yang tidak tulen dan disahkan oleh pengedar proton. Selain itu pihak pusat servis tidak bertauliah ini juga telah mengenakan surcaj ataupun caj tambahan ke atas setiap kenderaan yang lewat dibayar degan kadar yang tidak munasabah. Akhirnya beberapa buah pemilik bengkel tersebut telah ditahan atas tuduhan mengenakan surcaj yang amat tinggi untuk penyelenggaraan sebuah proton perdana.

Namun saya ingin berkongsi cerita mengenai sesuatu dengan kalian semua. Kisah ini mengenai kisah rasuah seorang pegawai syarikat yang tidak boleh diberitahu syarikat mana. Kisahnya begini. Pihak syarikat telah memberikan perintah kepadanya untuk membeli 10 set komputer berkuasa tinggi untuk kegunaan rangkaian syarikat di seluruh negara. Dia telah menerima perintah agar membeli kesemua set-set komputer menggunakan duit dia dahulu dan harus mempunyai bukti pembelian seperti resit untuk menuntut kembali duit yang digunakan untuk membeli set komputer tersebut. Dia telah mencari di seluruh bandar utama itu komputer berkuasa tinggi namun berharga amat murah. Soal mutu sudah tidak menjadi rujukan lagi. Yang penting harga murah dan mempunyai title sebagai komputer berkuasa tinggi.

Akhirnya dia mengenali salah seorang penjual komputer yang sanggup menawarkan komputer berkuasa tinggi pada kadar yang cukup murah namun tidak mempunyai kualiti yang seperti diharapkan. Akhirnya selepas diberi sedikit suapan, penjual tersebut telah bersetuju dengan permintaan si pembeli ini untuk menulis harga 2 kali ganda dari nilai asal di dalam resit pembelian set-set komputer tersebut. komputer yang dikatakan berkuasa tinggi yang dibeli bernilai RM 2000.00 akhirnya ditulis sebanyak RM7000.00 di dalam resit pembelian. Dengan berbekalkan resit palsu dan komputer berkuasa rendah yang dikatakan berkuasa tinggi itu telah dibawa ke syarikat untuk dibentangkan. Akhirnya dia menerima cek bernilai RM70000.00 atas pembelian komputer 'berkuasa tinggi' berjumlah 10 set itu. Dia sepatutnya hanya menerima RM 20000.00 di atas pembelian itu. Cuba kalian bayangkan RM 50 000.00 telah dibazirkan oleh pegawai ini. Setelah 5 tahun komputer tersebut digunakan akhirnya komputer tersebut mengalami kerosakan kerana keupayaannya sangat rendah dan tidak mampu untuk menyambung rangkaian syarikat itu di seluruh negara dan menampung bebanan kerja maya yang tinggi. Kesemua 10 set komputer itu telah dihantar ke kedai pembaikian dan pengurus syarikat amat terkejut kerana diberitahu bahawa komputer tersebut hanya bernilai RM 2000.00 sahaja dan bukanlah RM7000.00 dan bukan komputer berkuasa tinggi. Perkara ini telah disiasat dan akhirnya pegawai syarikat yang membeli komputer tersebut ditangkap dan di dakwa di mahkamah atas tuduhan penyelewengan wang syarikat.

Setakat itu sahaja kisah yang ana kira amat bersesuaian untuk ana ketengahkan di laman maya ini. Mungkin ada yang tidak mengerti, dan mungkin ada yang mengerti kaitan kisah ini dengan kisah realiti di dalam dunia sekarang ini. Jika ada dalam kalangan kalian yang memahami kisah ini ataupun tidak memahami kisah ini, sila tinggakan komen kalian di dalam blog ana ini.
Sekian, Jazakumullahu khairan khathira.
Wslm...













IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Bahaya Jus Oren





























Assalamualaikum....w.b.t.

Amacam kalian semua? Nak minum lagi ker? Baik minum air masak yang suam2 hangat la. Mengikut kajian setiap hari manusia memerlukan dalam 8 Gelas besar Air sehari kalau nak elok lagi 8 liter seharian. Bersamaan dalam lebih kurang 5 botol air air besar la. Bukankah air suam yang dimasak ini dapat melawaskan pembuangan najis dan di samping tu dapat mengekalkan metabolisme dalam diri kita. Tetapi harus diingat, kalau hendak minum. Amalkan Sunnah Rasullullah S.A.W iaitu baca doa makan dan mulai dengan bismillah. Pastu kalian telan ataupun teguk air tu seteguk demi seteguk. Jangan minum air tuh satu gelas dengan satu nafas sahaja. Dilarang sama sekali bernafas sewaktu minum air kerna dibimbangi kotoran yang ada di dalam nafas akan masuk ke dalam air. Di samping itu nafas yang dipenuhi CO2 akan mengubah kandungan kimia di dalam air tersebut.
Wassalam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kereta Kebal Untuk Bersiar-siar































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Kebenaran Islam








































Assalamualaikum.....w.b.t.
Salah satu lagi bukti betapa agungnya Islam. Sebuah kaedah yang telah lama diperkenalkan oleh Islam kini telah berjaya membuktikan bahawa islam itu syumul dan bersesuaian untuk setiap zaman. Akhirnya sebuah bukti sudah jelas di kacamata masyarakat dunia. Hanya Allah Taala yang akan mengurniakan hambanya taufiq dan hidayat untuk menyedarkan mereka mengenai hakikat kehidupan yang serba kekurangan ini.
Wassalam.




















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/09/2008

Suatu Pendekatan Islam Yang Murni

































Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu kembali di dalam laman yang penuh dengan pendedahan terkini mengennai isu-isu dalam negara dan berkaitan dengan agama islam sebagai agama yang diredhai oleh Alah Taala. Baru-baru ini Meteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat telah mengeluarkan sebuah mekanisme baru untuk perlantikan para pekerja di sektor awam iaitu mereka akan disaring sama ada solat mencukupi ataupun tidak. Sistem akan diguna pakai tidak lama lag oleh kerajaan negeri Kelantan untuk melantik mana-mana individu menjawat jawatan awam di peringkat negeri. Usaha ini dilihat sebagai satu langkah terbaik kerajaan negeri untuk memastikan bahawa semua pekerja sektor awam mematuhi peraturan kerja di saming tidak meninggalkan amanah Allah Taala kepada sekalian manusia.

Niat murni kerajaan Kelantan ini juga menarik perhatian kerajaan negeri Kedah apabila Menteri Besar, Ustaz Azizan akan megemukakan cadangan seumpamanya di dalam perlembagaan negeri. Jesteru, langkah ini dilihat suatu yang amat positif dan wajar dilakukan oleh semua kerajaan, tidak hanya kerajaan Kelantan dan Kedah sahaja tetapi melibatkan Kerajaan-kerajaan lain. Inilah kali pertama di dalam Malaysia, kerajaan negeri menetapkan bahawa aspek solat harus diutamakan di dalam pemilihan penjawat awam. Solat merupakan tiang agama islam. Jika umat manusia tidak lagi menunaikan solat, ianya sama diibaratkan sengaja meruntuhkan tiang agama islam. Solat juga dapat menyatupadukan ummah keseluruhannya.

















Jadi wajarlah sekiranya kerajaan-kerajaan negeri yang lain, yang diperintah oleh Barisan Nasional yang terkenal dengan pendekatan islam hadhari dan penghuraiannya di dalam 10 rukun islam hadhari mengenakan syarat seumpama ini untuk penjawat awam yang baru tidak lama lagi. Jadikan solat itu adalah asas kepada semua pekerjaan. Tanpa solat sesuatu bangsa itu akan runtuh laksana runtuhnya tamadun manusia terulung di dunia seperti tamadun Firaun, Raja Namrud dan lain-lain. Ini merupakan satu cabaran kepada semua kerajaan negeri yang lain di bawah pemerintahan BN agar melaksanakan tindakan dan perlaksanaan seumpama itu.


Namun di sebalik tindakan murni ini, masih terdapat insan yang dikira berpendidikan tinggi dan dipandang tinggi ekoran penulisannya di dalam akhbar yang mengecam dan mempersoal tindakan murni Tuan Guru untuk melaksanakannya. Seharusnya dia menyokong tindakan oleh Tuan Guru untuk melaksanakan dasar islam di dalam negeri serambi Mekah ini. Saya percaya dia juga merupakan seorang warganegeri Kelantan, yang lahirnya di negeri segala ulama ini. Jadi mengapa tidak disokong tindakan MB Kelantan ini malah memberi komen yang negatif kepada perlaksanaan undang-undang kecil ini. Sewajarnya dia memberi sokongan dan bersyukur kerana kerajaan negeri mempunyai hasrat murni untuk menyebarkan agama islam di muka bumi ini. Jesteru, Berfikirlah sebelum menulis, jangan hanya memandang segalanya berdasarkan suatu sudut sahaja. Pandanglah ia dengan iman dan akal yang dianugerahkan oleh Alah Taala kepada kamu. Wslm....

















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Wartawan Yang Tak Faham Agama





















Assalamualaikum warahmatullah, bertemu kembali dalam perbincangan isu-isu semasa yang cukup sensitif di abad ini. Sebuah lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang kolumnis di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan yang dikenali nama penanya Abe Li yang tulisannya cukup memeritkan telinga orang yang beragama. Dia mengecam tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam mengedarkan risalah dakwah islam kepada semua penduduk islam di negeri ini. Antara isi risalah yang diedarkan kepada orang ramai ialah saranan untuk berpakaian sopan iaitu menutup aurat bagi wanita dan tidak memakai gincu tebal dan juga kasut tinggi yang mengeluarkan bunyi apabila digunakan. Cuba kalian perhatikan petikan yang saya kerat dari akhbar Sinar Harian Edisi 29 Jun 2008, kalian baca dan nilaikan isi kandungan petikan tersebut.



















Betulkah kata beliau bahawa berhias di luar rumah tidak akan mengundang jenayah dan menyumbang kepada kes-kes rogol? Cuba kalian bayangkan seorang wanita yang berpakaian seksi dan menampakkan segala lurah dan benda yang tak sepatutnya ditayangkan kepada umum dan seorang lagi berpakaian menutup segala auratnya dan menghindarkan dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama, yang manakah yang akan menjadi sasaran para pelaku jenayah ini? Tentu sekali yang berpakaian seksi bukan? Memang ada wanita yang bertudung dirogol oleh pelaku jenayah, tetapi adakah kalian pernah mendengar seorang wanita yang berjubah dan bertudung labuh menjadi mangsa rogol? Tentu sekali tidak pernah bukan. Ini kerana seorang muslimah akan menghindarkan dirinya dari tempat2 yang tidak eok. Mereka hanya keluar pada waktu yang sesuai untuk keluar bagi serang anak gadis. Mereka tidak akan keluar pada awal pagi diwaktu matahari beu terbit dan balik terlalu lewat sewaktu malam mendengkur tidurnya.

Berkenaan kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi, kolumnis ini mengatakan bahawa tidak mengapa jika memakainya kerana tidak mengganggu ketenteraman awam. Inilah susahnya jika seorang kolumnis menulis artikel di dalam akhbar hanya berdasarkan hukum manusia dan pandangan sendiri tanpa mengendahkan hukum-hakam agama. Seorang penulis harusnya mendapat nasihat seorang yang beragama islam yang teguh sebelum menulis sesuatu yang mungkin menjadi kekeliruan kepada pembaca. Pemakaian kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi tetap haram di sisi syarak. Samalah juga hukum memakai gelag berloceng yang mengeluarkan bunyi, hukunya juga haram. Mengapa ianya haram? Kerana setiap yang berbunyi itu tentunya akan menarik perhatian orang ramai. Dan orang ramai itu tidak hanya terdiri dari satu jantina iaitu wanita tetapi juga lelaki Setiap perkara yang bertujuan menarik perhatian lelaki sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja. Hukumnya haram dan dihumban ke dalam api neraka jahannam.

Apakah penulis ini tidak memikirkan sesuatu sebelum dia menulis artikel ini? Harap penulis ini akan sedar tentang kesilapannya di dalam penulisan. Ingat bahawa dengan menarik perhatian lelaki akan timbullah nafsu syahwat yang mengatakan wanita itu cantik walhal sebenarnya langsung tidak cantik. Ianya cantik hanya pada pandangan nafsu bukan pada pandangan iman. Lelaki yang memandang wanita itu akan melakukan zina, iaitu zina mata. Zina bukan hanya menggunakan anggota syahwat sahaja, tetapi pengertian zina itu luas dan melibatkan zina mata, zina hati, zina pendengaran dan sebagainya membabitkan pancaindera ini.

Dia mengatakan bahawa berhias itu sudah menjadi lumrah wanita. Memang tidak dinafikan bahawa wanita itu suka berhias tetapi perhiasan itu hendaklah hanya kepada suami sahaja dan di dalam lingkungan yang tidak dapat dilihat oleh individu lain. Maka sesiapa wanita yang berhias melebihi had yang niatnya untuk dipertontonkan kepada orang lain selain suaminya, maka sudah jelas dia akan dihumban ke dalam neraka. Mengapa hendak berhias untuk orang lain, sedangkan di rumah sewaktu berada bersama suami dan anak-anak, dia langsung tidak menghiaskan diri dan berpakaian selekeh sahaja. Jadi jangan mengurut jika suami ingin mencari wanita lain sebagai madu kamu. Ingat wanita yang berhias kepada orang lain kecuali suami, maka dia diibaratkan seperti seorang pelacur jalanan.

Jesteru, memakai kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi apabila digunakan dan juga memakai gincu yang tebal dan terang sehingga dapat dilihat dengan jelas adalah haram. Dan tindakan mengedarkan risalah oleh pihak MPKB-BRI adalah satu tindakan yang rasional dan btul ke arah mendidik manusia dan rakyat negeri Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Wassalamualaikum.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

7/05/2008

Pemakaian Tidak Menjadi Faktor Kes Rogol ??!!



















Ini satu lagi penyelewengan yang dilakukan oleh menteri pembangunan, wanita dan masyarakat Datuk Dr N YenYen. Mengenai isu risalah yang diedarkan oleh pihak badan kerohanian Majlis Perbandaran Koa Bharu Bandaraya Islam. Adakah beliau memahami mengenai sensitiviti umat islam di Kelantan. Usaha pihak MPKB ini adalah bertujuan untuk enyedarkan dan menyebarkan dakwah dalam kalangan wanita-wanita muslimah di negeri ini khususnya dan negeri-negeri lain amnya. Beliau seharusnya memahami mengenai tataetika pemakaian bagi seorang wanita muslimah iaitu menutup semua anggota badan kecuali telapak tangan dan juga muka. Jesteru saranan pihak MPKB untuk berpakaian menutup aurat adalah tindakan yang wajar. Inilah kesulitan jika melantik seorang yang bukan beragama islam di dalam mengendalikan sebuah kementerian yang membicarakan mengenai hukum-hakam agama islam dan keluarga islam. Cuba kalian tengok sebuah lagi kata-katanya yang dipetik dari akhbar ini :
















Betulkah tanggapannya ini ? Bagi seorang yang beragama seperti dia, memang tidak menjadi masalah. Asalkan menutup dada dan celah kangkang sudah memadai. Tapi bagi seorang islam, muslimah itu wajib untuk menutup keseluruhan badan kecuali telapak tangan da muka sahaja. Pemakaian purdah juga penting seandainya dikhuatiri raut wajah yang indah dapat menarik perhatian lelaki di sekeliling, maka hukumnya wajib dipakai. Mengenai isu ini, Betulkah faktor pemakaian luaran tidak menyebabkan kadar jenayah seksual dalam kalangan wanita meningkat ? Tepuk dada tanya iman.

Ana lelaki. Ana mengetahui banyak benda mengenai lelaki. Satu perkara yang paling utama mengenai aurat dan tarikan seks ini. Lelaki tidak akan langsung naik nafsu jika wanita muslim itu berpakaian dengan pakaian yang sopan dan menutup aurat. Cuba bayangkan semua wanita memakai tudung labuh menutupi dada, leher dan belakang, memakai jubah atau pakaian yang tidak ketat, nipis dan singkat, memakai sarung lengan dan stokin dan yang sudah mempunyai ikatan perkahwinan atau pertunangan memakai purdah. Adakah kes-kes rogol akan terjadi ? Ini kerana definisi wanita solehah mempunyai skop yang luas. Bukan hanya dari aspek pemakaian malah dari aspek kegiatan ekonomi, pergaulan, personaliti, keluar masuk dari rumah dan pelbagai lagi. Seorang wanita solehah tidak akan keluar rumah tanpa ibubapa, adik beradik ataupun kau kerabat yang tidak halal berkahwin.

Banyak kes-kes rogol yang terjadi akibat dari wanita ini yang tidak langsung mematuhi etika seorang muslimah islam. Yang bukan islam tidak mengapa kerana mereka langsung tidak menitik beratkan mengenai faktor pemakaian ini. Kita sebagai umat islam hendaklah mempunyai banyak kelainan dari orang bukan islam. Sama ada dari segi pemakaian, pergaulan dan sebagainya. Jika seorang ayah pandai mendidik anak-anak perempuan dengan didikan agama yang betul, seorang abang menjaga adik dan kakak perempuannya dari menyeleweng ke arah yang salah, seorang suami mendidik isterinya dengan nilai-nilai dan pemakaian seorang wanita dan isteri solehah, tentunya perkara yang tidak bermoral ini tidak akan berlaku.

Jesteru, faktor pemakaian juga turut menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dan moral dalam kalangan masyarakat. Jangan pisahkan antara pakaian dan juga faktor peningkatan gejala sosial. Dan jangan asyik salahkan lelaki kerana merogol wanita dan menyumbang kepada peningkatan gejala sosial. Wanita juga harus muhasabah diri melihat dari sudut agama mengapa perkara ini banyak terjadi. Rajinlah membelek Kitab Al-Quran dan Kitab Hadis yang muktabar yang banyak membicarakan mengenai permasalahan ini.Kalau tidak ada gula, tidak akan ada semut yang menghurungnya.
Wassalam....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6/07/2008

HARGA MINYAK NEGARA PENGELUAR MINYAK DUNIA






























Cuba anda bandingkan harga minyak negara dengan harga minyak dari beberapa lagi negara pengeluar minyak yang lain. Untuk pengetahuan anda yang masih tidak lagi mengetahui, negara Malaysia yang dikatakan negara demokrasi ini juga merupakan negara pengeluar minyak antra yang terbesar dan minyaknya berkualiti tinggi. Mengapa pula harga minyak kita semakin tinggi dan harus mengikut pasaran negara-negara yang bukan negara pengeluar minyak. Jangan dibandingkan dengan Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia. Cuba anda bayangkan harga minyak di Singapura, rakyatnya tidak mengeluh sangat mengenai harga minyak kenapa ? Jikalau anda mengisi setangki penuh minyak di dalam kereta anda, tunggu seminggu dulu baru anda perlu mengisinya semula kerana keluasan negaranya hanya sebesar negeri yang sederhana di negara kita.

Anda bayangkan negara Brunei pula. Minyaknya merupakan antra negara pengeluar minyak dan saiz negaranya juga kecil sahaja. Macam yang saya cakapkan tadi, seperti negara Singapura, jika anda mengisi penuh tangki pada awal bulan, anda hanya perlu mengisi tangki hanya 2 kali sahaja dalam sebulan. Kenapa ? Kerana negaranya hanya kecil sahaja dan tidak memerlukan jumlah petrol yang tinggi berbanding negara ini. Sudahlah negara kita besar dan rangkaian jalan rayanya luas dan tidak teratur, ditambah pula kadar tol yang tidak pernah turun malah semakin meninggi, kenderaan yang semakin 'makan' banyak minyak, dan kadar minyak seliter yang naik melangit dan tidak tercapai oleh kita.














Ini adalah salah satu penipuan yang jelas diperkatakan oleh Najib, orang nombor kedua negara. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kuat menipu. Dia masih tidak menjawab dengan jelas mengenai isu kaitannya dengan wanita yang dibunuh suatu masa dahulu, Altantuya Shariibu. Namun semuanya masih tinggal tanda tanya. Penggunaan C4 yang kebiasaannya digunakan oleh pihak tentera dalam sesi latihan untuk membunuh model dari Mongolia. Kerajaan Mongolia telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia seandainya kes tersebut tidak dapat diselesaikan dengan berjaya, mereka akan memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Malaysia. Seandainya benar hubungan antara negara ini dan negara Mongolia berlaku, apakah yang akan diterangkan oleh Perdana menteri dan juga timbalannya. Marilah sama-sama kita melihat akhbar-akhbar mula menipu dan memutar belitkan fakta selaras dengan kehendak para menteri-menteri penipu ini.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...