SaHaBaT

5/15/2010

SeLaMaT HaRi GuRu 2010

















Assalamualaikum...w.b.t. ayahanda dan bonda tercinta....

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU ABAH & MAK...

Along merindui ayahanda dan bonda buat selamanya...
Along masih ingat waktu baby dulu along sokmo sakit, along ada sakit lelah sejak lahir lagi, dalam sijil lahir along pun ada tercatat penyakit along iaitu lelah@athma...

Tapi walaupun along masih sakit, mak dan abah sokmo bersengkang mata jaga along...
Mak pernah citer yang along kalau kena lelah mesti dada berombak, mak akan nangis bila tengok along sakit, abah pulak bile tengok dada along berombak macam orang nazak, mesti abah panggil mak n mak pangku along dekat riba mak, abah lak sapukan ubat kat dada along, Along tak berdaya nak balas semua tu...

Abah & mak, apa yang along mampu buat apa-apa untuk abah dan mak just buat mak n abah hepi jer, hu3x... Along membesar dgn sepenuh jagaan mak dan abah, dan akhirnya kini along dan dewasa...

Along dh pun msuk Institut Perguruan, along janji pd mak dan abah akan belajar sungguh dan nanti bila dah tiba masanya along nak abah dan mak datang ke konvo along n kejayaan yang along terima tu adalah kejayaan abah dan mak sebenarnya, sejak dari kecil lagi membesarkan along hingga kini along dan besar... Along janji akan belajar sungguh dan membentuk karakter guru dalam jiwa along, along nak mewarisi kerjaya mak dan abah yang selama ni tabah mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, dan along akan mencontohi ketabahan abah dan mak, along kagum dengan mak dan abah, along sayangkan mak dan abah, along rindu sangat2 pada mak dan abah, wlaupun mungkin susah nak along ucapkan rindu dan sayang pada mak dan abah, tapi along nak mak da abah tahu yang along sangat sayang dan rindu pd mak dan abah, melihat wajah mak dan abah dah wat along bersemangat dalam hidup, gambar mak dan abah tak pernah along lupa bawa ke mana2, jika along ilang semangat mesti along akan tengok gmbar mak dan abah...

Along nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU buat ayahanda dan bonda tercinta....
ALONG SAYANG KAT AYAHANDA DAN BONDA......






























GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

~.~ berkata...

:)..terharu

Akhi Mohamad Aiyad berkata...

hu3x...tharu gk...
smoga ayahanda dan bonda sokmo dlm rahmat Ilahi....