SaHaBaT

10/20/2010

20 TaHuN KeRaJaaN KeLaNTaN

Oleh : Wan Nik Wan Yussof dan Mazlan Jusoh

Sesungguhnya, berkat usaha gigih dan komitmen tinggi pemimpin PAS dan Tok Guru Nik Aziz sepanjang berhadapan kekalahan sejak 1978 telah membuahkan hasil. Rakyat mula memberi perhatian kepada apa yang disampaikan oleh PAS. Sebahagian timbul kesedaran untuk bersama perjuangan Islam yang dibawa PAS. Tok Guru Nik Aziz dan beberapa ulama’ serta pemimpin PAS sering diundang menyampai kuliah dan ceramah ke segenap Dun dan Parlimen di Kelantan. Sehinggalah PAS mendapat sokongan padu golongan rakyat semasa pilihan raya umum 1990. PAS mencapai kemenangan mutlak bersama-sama dengan Angkatan Perpaduan Ummah. Mandat daripada kemenangan mutlak itu, menjadi kekuatan bagi parti PAS menerapkan dasar peruangannya di dalam pentadbiran negeri. Justeru dasar Membangun Bersama Islam dijadikan pakaian rasmi di dalam mentadbir kerajaan negeri. Inti pati kepada dasar pentadbiran ini adalah amar maaruf nahi munkar yang berpaksikan ketakwaan kepada Allah. Oleh itu, rekod kemenangan PAS dan kejayaan memerintah Negeri Kelantan penuh berliku, dan liku-liku itulah yang telah mencorak senario politik rakyat Kelantan sehingga dua dekad ini rakyat kekal memberi mandat kepada PAS.

Dua dekad Membangun Bersama Islam: 1990–2010

Pada 21 Oktober PAS setelah dua dekad di bawah kepemimpinan ulama’ didapati Kelantan yang dipacu oleh asas-asas keagamaan terus maju ke hadapan. Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa Negeri Kelantan dalam kemunduran, miskin dan tidak membangun. Namun, mata memandang sedia menjadi saksi bila mana susuk pembangunan berlaku di setiap pelosok negeri. Malah penyaksian itu turut merakamkan selama dua dekad ini, Negeri Kelantan menerajui perubahan dan mendahului di dalam beberapa aspek pembangunan.

Kerajaan BN tinggal hutang

Namun, di sebalik liku-liku itu ramai yang tidak tahu hakikat kemenangan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Misalnya, tatkala kemenangan berlaku kerajaan PAS yang mengambil alih tampuk pentadbiran turut mewarisi hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN terdahulu berjumlah RM760 juta. Hutang tersebut menjadi beban kepada rakyat dan kerajaan negeri untuk dilunaskan. Sehingga 2006 hutang tersebut mengecil kepada RM635 juta. Sehingga kini, beban hutang itu terus dibayar.

Apa pun, berkat pentadbiran negeri yang berteraskan Islam, keberkatan dan rezeki itu tetap disanadarkan kepada ketentuan Allah SWT. Meskipun beban hutang tertunggak sebanyak itu, ia tidak mematikan ikhtiar untuk menambahkan punca hasil baru. Sejak Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (semasa menjawat Timbalan Menteri Besar) dan kini ahli Exco, Dato’ Husam Musa sebagai perancang kewangan, ia dilihat berjaya menguruskan kewangan negeri bersama-sama Pegawai Kewangan telah melaksanakan tadbir urus terbaik. Tunggakan cukai dan kutipan hasil dapat dipertingkatkan, di samping seni pengurusan kewangan yang berhemat terus dihayati. Hasilnya upaya kewangan negeri mampu membiayai semua peningkatan kos pentadbiran ekoran kenaikan harga minyak. Malah setiap kali pihak Kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran bonus, maka tiadalah ketinggalan pihak Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz turut mengumumkan pembayaran bonus kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Berdasarkan realiti kewangan sedemikian, ia telah dibuktikan oleh kajian Abd. Rahim Anuar dan Azizah Mohd Yusof dari Universiti Utara Malaysia (2001) bahawa kesan pelaksanaan Membangun Bersama Islam terhadap hasil Negeri didapati telah memberikan kesan positif kepada hasil Negeri––hasil Negeri meningkat.

Kelantan Trace Centre

Kerajaan Pusat kontra federalisme

Konsep federalisme membelah kerajaan di Malaysia kepada dua entiti kuasa iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pembahagian itu ditentukan berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apa pun dalam konteks amalan serta kesannya kepada keutuhan Kerajaan Negeri Kelantan, didapati Kerajaan Pusat sedia melaksanakan tindakan-tindakan kontra dengan hukum federalsime yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Paling ketara tindakan itu adalah ketidakpatuhan amalan kewangan dan menafikan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri mengurus projek yang disalurkan oleh kementerian di bawah Kerajaan Pusat. Ia menyimpang daripada amalan good governance dalam prinsip birokrasi yang demokratik!

Berpandukan perlembagaan tersebut Kerajaan Negeri diberi kuasa berkaitan hal ehwal agama, tanah di samping pertanian dan perhutanan. Kuasa pusat pula lebih dominan merangkumi hubungan luar, pertahanan, keselamatan, pentadbiran, keadilan, kewangan, perdagangan, perhubungan, pengangkutan dan banyak lagi. Manakala bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam senarai di atas diletak di bawah Senarai Bersama. Kuasanya meliputi kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan hidupan liar, kebudayaan, sukan, perumahan dan perlembagaan persekutuan.

Bagaimanapun dalam amalan rule of law (berperlembagaan) kerajaan pusat melakukan tindakan over rule. Contohnya kewujudan Putrajaya di Prang Besar, Selangor tanpa mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof (1995) menyifatkan tindakan tersebut sebagai quasi-federal, iaitu tidak menepati kehendak federalisme.

Sebenarnya bukan sekadar kes Prang Besar yang mencerminkan tindakan over rule kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap negeri, malah banyak lagi kes lain. Antaranya turut melibatkan hubungan Pusat dengan Kelantan. Contoh yang berada di hadapan kita sekarang iaitu pencabulan perjanjian penyerahan hak cari gali petroleum Kelantan kepada Petronas pada 1975 yang jelas tidak mematuhi Akta Pembangunan Petroleum. Kerajaan Pusat telah mengkhianati perjanjian setelah tidak membayar bayaran wang tunai (royalti) hasil cari gali itu kepada kerajaan Kelantan.

Lihat afidavit Tun Abdul Rahman Yakub dalam kes kerajaan Terengganu lawan Petronas dan kerajaan Malaysia pada 2001. Kerajaan Pusat secara terang-terangan telah melakukan over rule.

Namun, anehnya beberapa pemimpin Pusat dari Kelantan (pemimpin parti Umno) seperti Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Hussin menafi berkali-kali perairan negeri Kelantan ada menghasilkan minyak. Mereka menegak hujah seumpama menegak benang basah, dengan menukar hak royalti kepada wang ihsan. Lalu mendakwa wang ihsan diberi atas nasihat Peguam Negara.

Biar pun banyak kemucup politik melekat di kaki, Kelantan tetap melangkah jauh ke hadapan. Malangnya ketika langkah semakin deras, masih ada lagi pemimpin Umno menganggap PAS gagal mentadbir Kelantan sepanjang 20 tahun ini.

Kota Bharu Trade Centre

Imbas sejenak tahun 1990

Menjelang pilihan raya umum ke-8, Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) berjaya dibentuk. Kemudian PAS telah menjalin kerjasama dengan Angkatan. Angkatan pula mengandungi kerjasama tiga parti, iaitu Semangat 46, Berjasa dan Hamim. Semuanya adalah akibat pergolakan dalaman Umno pada 1987 menjadi detik permulaan sehingga lahirnya Semangat 46. Pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh merebut jawatan presiden Umno ketika itu membawa Umno yang ditubuh pada 1946 diharamkan Mahkamah Tinggi. Dr Mahathir kemudiannya menghidupkan Umno Baru, manakala Tengku Razaleigh menubuh Semangat 46. Ini bermakna Umno yang ditubuh Dato’ Onn Jaffar pada 1946 sudah tidak wujud lagi. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru dipelopori Dr Mahathir.

Hasil kerjasama erat PAS bersama Angkatan, menyaksikan pilihan raya umum 21 Oktober 1990, kekalahan teruk BN dan terpaksa meninggalkan pejabat pentadbiran yang dirampas melalui MAGERAN pada 1978. Ketika itu PAS bertanding di 24 Dun dan enam parlimen, Semangat 46 bertanding 13 Dun serta tujuh kerusi parlimen. Manakala Berjasa dan Hamim masing-masing bertanding di satu kerusi Dun.

Maka pada tanggal 21 Oktober 1990 mencatatkan sejarah baru di Malaysia, apabila Umno gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan. Ia suatu sejarah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Angka keramat dengan agregat 39-0 (Dun) dan 13-0 (parlimen) menjadi saksi penerimaan terhadap PAS dan penolakan Umno oleh rakyat ketika itu. Bermula dari detik 1990 itu, kerajaan BN bertunjangkan parti Umno yang selama 12 tahun 7 bulan berkuasa di Kelantan akhirnya roboh. Dua hari selepas 21 Oktober, majlis angkat sumpah pembentukan kerajaan Angkatan diadakan. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Dun Semut Api) sebagai Menteri Besar, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Dun Banggol) dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar I dan Rozali Isohak (Dun Dabong) dari parti Semangat 46 sebagai Timbalan Menteri Besar II. Di ikuti dengan saf ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco), iaitu tiga Adun dari PAS––Ustaz Yahya Othman (Dun Banggol Judah), Ustaz Idris Ahmad (Dun Tawang) dan Dato’ Halim Mohamad (Dun Bunut Payong), dari parti Semangat 46 pula Zianon Abdin Ali (Dun Panglima Bayu) dan Daud Jaafar (Dun Jelawat) dan Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad (Dun Padang Garong) dari parti Berjasa turut dilantik sebagai Exco.

Kota Bharu Sentral

Adun Semangat 46 keluar parti

Biar pun rumah tangga Angkatan utuh, namun cabaran dan mehnah politik dan pentadbiran tidak dapat dielak. Semangat 46 mulai dilanda masalah dalaman apabila dua Adunnya, Nordin Salleh (Sungai Pinang) dan Wan Mohamad Najib Wan Mohamad (Limbongan) melompat parti. Kedua-dua Adun terbabit mendapat sokongan Setiausaha Perhubungan Semangat 46, Kassim Mohamad dan Ketua Penerangan, Yaakub Mohamad bagi menentang kepemimpinan Tengku Razaleigh.

Ekoran tindakan mereka, persidangan Dun pada 25 April 1991 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menggugurkan mana-mana Adun yang melompat parti.

Pada 3 Julai 1991 Speaker Dun mengisytiharkan kedua-dua kerusi terbabit kosong kerana melanggar perlembagaan negeri. Ekoran itu pada 24 Ogos 1991 pilihan raya kecil diadakan di Sungai Pinang dan Limbongan. Keputusan pilihan raya kecil berpihak kepada calon Semangat 46. Sungai Pinang diwakili Mahmud Yaakub dan Limbongan pula Samat Mamat.

Bagaimanapun Umno telah mencabar pindaan perlembagaan negeri ke Mahkamah Tinggi. Pada 8 November 1991 Mahkamah Tinggi memutuskan pindaan tersebut sebagai tidak sah. Kemudian pada 22 Januari 1992 Mahkamah Tinggi juga memutuskan pengisytiharan kekosongan kerusi Dun Sungai Pinang dan Limbongan sebagai tidak sah.

Kes tersebut akhirnya dibawa Mahkamah Agung. Pada persidangan mahkamah tertinggi terbabit tanggal 3 April 1992 telah memihak kepada Umno. Nordin dan Wan Najib mendapat semula kedudukan sebagai Adun. Keputusan mahkamah tersebut menyebabkan rakyat Kelantan menggelarkan mereka sebagai wakil mahkamah dan bukannya wakil dipilih rakyat.

Kerajaan Negeri sekali lagi berdepan dengan ujian pilihan raya kecil berikutan kematian Adun PAS di kawasan Dun Lundang, Ustaz Mawardi Ahmad. Pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mac 1994. PAS diwakili Ustaz Mohamad Daud Iraqi. Keputusannya berpihak kepada calon PAS dan sekali gus membuktikan sokongan rakyat terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri tetap utuh.

Apa yang menariknya pada pilihan raya kecil Lundang itu, tok Guru Nik Aziz bertindakan secara berstrategi dengan mengungkap kata-kata ‘tak dok sebab demo nak lawe kawe’ di samping melancarkan perang psikologi melalui ungkapan ‘beri kain pakai, beri gula kacau, bila undi, undi bule’ sehingga menyebabkan jentera kempen BN terperangkap dan gagal melaksanakan pendekatan kempen kebendaan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/19/2010

IsLaMiC FaSHioN FeSTiVaL 1MaLaYSia

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita di laman blog diusahakan oleh saya yang mededahkan beberapa penyelwengan yg terlalu ketara di dunia akhir zaman ni. Macam2 kepincangan berlaku dalam dunia ni yang semuanya diletakkan atas dasar islam. Sebagai contohnya penggunaan dana haram untuk membangunkan negara sebagai contoh terdekatnya penggunaan cukai arak, judi dan segala macam kemaksiatan yang ber'lesen' dari kerajaan untuk pembangunan. Sbb tu la knapa org yg btul2 jg mkan minum mcm tok guru di pndok pngajian islam yg byk tdapat di kelantan, terengganu & kedah diorg x kerja kerajaan. Pasal diorg ragu dri sumber mana kerajaan dpt duit utk bayar gaji mreka jika mreka bkerja dengan kerajaan persekutuan malaysia. Ntah2 dri sumber x elok n gaji diorg dpt akn ada effect pd ank2. That's way tok guru pndok byk berniaga secara halal dri mkan gaji ni.

Sekarang sibuk dengan isu sumbangan syarikat lumba kuda di Penang kepada kerajaan negeri pulau pinang yang dikatakan oleh BN PP sbagai haram. kata mereka wang tersebut iaitu dari sumber haram telah digunakan untuk membangunkan rakyat termasuk memberi sumbangan kepada fakir miskin dan sumbangan kematian sebanyak RM1000. Sedar atau tidak sedar, malaysia ni ada brape bijik kasino? Pusat tbesar kasino di malaysia ada gi Genting Highlands (aku pernah g Genting, mmg rmai2 mat saleh celup ada kt sne dok minum air setan & berjudi). So mana masuknya duit segala cukai2 arak, cukai judi, cukai sport toto 4D, cukai Pub, Disco & others? Klu x msuk ke akaun pembendaharaan negara ke mana lagi kan. Stakat yg gua belajar dlm subjek ekonomi, akaun negara ada 1 je n dlm tu smua jnis cukai msuk tmasuk cukai dri benda2 haram dlm islam tdi. Dan dari pembendaharaan negara ni la dilaburkan utk wat jalan, highways, bayar gaji kakitangan awam, malah ada disalurkan utk bantuan keagamaan sbgai contoh pembinaan rumah ibadat spt masjid, kuil dan tokong. Klu tokong n kuil x kisah sgt, ko bayangkn klu masjid dibina atas sumbangan dari kerajaan yang dri mana sumbernya. Tapi jgn bimbang, dosa smua tu ditanggung oleh pmimpin atasan. Bukan senang jadi pmimpin atasan ni, dunia je mewah, akhirat merana la jwbnya.

Ni nak citer ttg kisah pertunjukan fesyen yg mengarut di Monte Carlo, Monaco. Sape pnah dgr nama Monaco? Monaco ni mrupakan sbuah negara kecik je n kerajaan dia kaya sbb produk perlancongan yg banyak kt sne. Biasalah mat saleh mmg perlancongan diorg nih jnis2 gile punye, klu pantai tu xder tayangan free mmg bukn pantai mat saleh pnye. Sdangkn kt malaysia yg kononnya negara islam pn ader pantai gitu, ni apatah lagi di Eropah. Negara Monaco ni tletak di Barat Daya Eropah dkat dgn laut Mediterranean. Keluasan neagra ni pn xlah luas sgt, dlm 2 km persegi je n pnduduk dia pn dlm 35 000 org je, tpi produk perlancongan kt sni mmg terkenal. Tu pasal PM & isteri dia g wat pertunjukan fesyen islmic dkat sne.
Ha ni dia pertjunkan pakaian islam di Monte Carlo, Monaco. Dato' Seri Najib & isteri Datin Seri Rosmah Mansor pun ada gk dtg. Siap jdi tetamu VVIP lgi dn disambut oleh Putera Albert I iaitu pemerintah/ketua negara Monaco ni. Klu dlm Grand Prix, yg perlumbaan F1 tu, litar monaco mrupakan antra litar tercanggih mcm litar kt Singapore gk, kenape? Sebb litar lumba dia adalah jalan raya biasa di Monaco. Ditambah pula pemandangan yg cntik iaitu btul2 tepi laut mediterranian. So mmg lokasi percutian & hiburan melampau la kt sni.

Ha nmpk x kt atas PM kita ter'cinta' bsama isteri ter'cinta' sedang bergambar bersama putera albert I pemeirntah negara Monaco. Khabarnya pameran ni mendapat kerjasama dari Malaysia dengan diketuai oleh isteri PM kita. Cuba tengok kt papan tanda background pentas, jelas kelihatan perkataan ISLAMIC FESYEN FESTIVAL n yg plng comey kelihatan perkataan KUALA LUMPUR - JAKARTA - MONTE CARLO, he3x....ketiga2 ni adalah nama ibu negara bagi 3 buah negara yang mengajurkan festival fesyen islam ni iaitu MALAYSIA, INDONESIA & MONACO, he3x... proud to be malaysian, he3.x...

Kt atas ni nampk x PM ter'cinta' kita dgn isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sedang mghadiri majlis ni. Ensem jugak PM kite ek, berpakaian tuxsedo hitam. Isterinya pun comey sungguh. Kt bawah ni fesyen yang didatangkan khas dari indonesia. Tengok muka peragawati (sebenarnya hudoh) dh tau org indon n cara tudung mmg sah dri indon. Agaknya gini ke pakaian islam yg sbenar? Memang memalukan islam, guna nama islam, agaknnya diorg ni x fham islam tu ape kot, klu mat saleh monaco tu x kisah sgt coz mmg bukn islam, tpi ni islam dri malaysia n indonesia, xkan xleh beza mana satu pakaian islam. Mungkin islam 1Malaysia n islam 1Indonesia kot....

Klu tgk gambar2 ni mmg sah diorg ni x pemalu. Menjaja nama islamic tpi pakaian yg diperagakan bukan bercirikan islam langsung. Peragawati tu lantaklah tpi pereka dan org yg mengajurkannya, ape punye x btul la (kata Dr HM Tuah dlm bukunya tpi bukn mnyentuh ttg festival ni la).


Tengoklah pakaian yg diperagakan ni, agaknya ader ciri islamik ke..? Warna Terang menarik perhatian, x tutup rambut & leher (malah dada ditonjolkan semaksimum mungkin), lengan x bertutup, ketat, menampakkan bentuk badan, menarik perhatian org rmai n mcm2 lagi. Kesemua ciri ni menafikan ni pakaian fesyen islam. Memang sah, terang lagi bersuluh gitu. Ape nk dipertikai lagi, nilah salah satu jarum2 yg digunakan utk mmburukkan orng islam & agama islam itu sendiri. Agama kebenaran & penghindaran dari kemaksiatan. Bayangkn klu ader org nk msuk islam pastu tertgok lak festival ni, mesti dia berfikir, ala islam dengan agama lain same je, xder beza pun. wat pe msuk islam klu dh smua agama sama. Tengok? sape salah skrg...? Agaknya otak deme kelu kot klu x pun terlalu byk minum air berais, otak jdi beku sush nk mikir dh.

Ha, cube tgk kt bawah ni, nmpk x background dia tulis ISLAMIC FASHION FESTIVAL? Sikit punye bangang btul la, ni la dia konsep negara islam yg dipraktikkan oleh ptadbiran atasan Malaysia, agaknya nk jdikan Malaysia mcm Turki swaktu era Kamal Artarturk kot, cume kamal tu terlampau ekstrem & terang menentang islam. Tapi konsep ni menentang islam secara senyap2 n dri dlam lgi. Ala2 org munafik mmusnahkan islam, gini la konsepnya, memusnahkan islam dri dalam.

Jom kite same2 baca fatwa yng dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan dengan pakaian wanita islam ini. Utk maklumat lanjut boleh melayari link ni http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=2070&Itemid=48

Soalan:

Bagaimanakah bentuk pakaian wanita Islam?

Jawapan:


Kesopanan dalam sebarang keadaan termasuk berpakaian adalah nilai kemurnian akhlak dan kemantapan iman. Rasulullah S. A. W. diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dan mendidik manusia dengan kesempurnaan adab dan kesopanan. Di antara ciri-ciri kesopanan dan kesusilaan yang dapat dilihat adalah melalui berpakaian dan pakaian yang bersopan di sisi Islam ialah yang menutup aurat sama ada bagi lelaki mahupun wanita dengan tiada dihadkan bentuk dan fesyen bahkan diserahkan kepada kebiasaan sesuatu kaum atau sesebuah masyarakat. Yang pentingnya wajib berpakaian yang menutup aurat kerana ia sesuai dengan martabat manusia yang dimuliakan.

Para ulama’ dengan berpandukan al-Quran dan as-sunnah telah memberi garis dan panduan yang jelas tentang aurat yang wajib dilindung atau ditutup dari pandangan. Kita boleh mengambil contoh garis panduan yang dinyatakan khas bagi aurat kaum wanita di hadapan lelaki ajnabi iaitu yang bukan suaminya dan mahramnya di luar sembahyang dari semua pendapat aliran-aliran mazhab yang empat:

1. Mazhab Hanafi

Aurat perempuan (merdeheka) seluruh badannya termasuk rambut yang terhurai kecuali muka dan tapak tangan (tapak dan belakangnya) dan dua kaki di dalam sembahyang tetapi di luar sembahyang ia adalah aurat juga tiada boleh dilihat atau disentuh.

2. Mazhab Maliki.

Aurat dibahagikan kepada dua (1) mukhaffafah (2) mughallazah.Mukhaffafah ialah dada dan yang bertentang dengan dada dari belakang, dua tangan dan dua kaki. Selain anggota-anggota tersebut adalah aurat mughallazah.Pembahagian ini dibuat berkaitan dengan hukum sembahyang ketika terbuka aurat-aurat tersebut itu. Adapun dari segi hadapan lelaki ajnabi maka semuanya aurat kecuali muka dan dua tapak tangan itupun wajib ditudung kerana takut fitnah bukan kerana aurat.

3. Mazhab Syafie.

Seluruh badan kecuali di dalam sembahyang maka dikecualikan muka dan dua tapak tangan. Demikian juga ketika tawaf dan al-Imam an-Nawawi salah seorang ulama’ as-Syafie mengecualikan muka dan dua tapak tangan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang.

4. Mazhab Hanbali.

Aurat perempuan seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya. Kesimpulannya semua mazhab bersependapat bahawa aurat perempuan (merdeheka) di hadapan lelaki ajnabi adalah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangannya di mana kedua-dua anggota itu terdapat khilaf padanya sama ada aurat atau bukan aurat.

Di dalam zaman sekarang ini yang banyak memerlukan tenaga wanita di luar rumah maka pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan itu bukan aurat adalah difikir munasabah kerana “hajat”.Hajat itu umpama menuntut ilmu, memberi ilmu, mencari nafkah menampung saraan hidup, menunai kewajipan yang khusus dengan wanita atau kerana pertunangan atau menjadi saksi atau lain-lain yang tiada dapat tiada dibuka mukanya atau kerana mengelak dari masyaqqah (kepayahan/kesusahan) sekiranya tiada dibuka muka seperti untuk rawatan perubatan.

Klu d Malaysia secara majoritinya penganut islam di Malaysia memegang mazhab Imam As-Syafie, justeru secara automatiknya hanya pegangan mazhab Syafie sahaja dipraktikkan di malaysia kcuali mempunyai beberapa maslahat. Itupun dengan perkenan dari Sultan/Raja sesebuah negeri dan YDPA bagi negeri tidak bersultan@raja. Maka pendapat imam As-Syafie lah yg harus diambil kira iaitu aurat bagi pmpuan ialah smua badan kcuali permukaan wajah dan permukaan tapak tangan. Dan Disyaratkan pakaian itu tidak terlalu nipis, terlalu ketat, warna terlalu terang dan menarik perhatian mata lelaki, terlalu jarang dan pakaian itu haruslah tidak menyerupai pakaian wanita agama lain. Dengan tu jelas lagi terang lagi bersuluh apakah dia ciri-ciri pakaian islam. Agaknya pakaian dlm Islamic Fashion Festival ni menepati tak ciri-ciri pakaian pmpuan islam & mukminah menurut Al-Quran & Hadis? Sendiri mau pikir la (nada nabil raja lawak).

Dalam byk2 pakaian 'islamic' yg dipertontonkn di khalayak rmai wktu tu, pakaian ni la yg pling HOT SPICY kot. Siap terbuka bahagian blkg badan lgi, skali tgk nk tgk 100 kali kot, He3x....Memng pndai Malaysia, Indonesia & Monaco ni cri & reka pakaian muslimah islam. Memang suami tgk pun tgoda hbis la jwbnya, x lena tido la sekali tgk. Tapi klu utk suami xder maslaah slagi org luar x tgk, tpi agaknya pakaian ni ssuai x utk pakai dlm umah? Ni ke pakaian islam yg dicanangkn oleh Kuala Lumpur, Jakarta & Monte Carlo, Macam2 la pmimpin 'pandai' & 'bijak' nih.

At least kite dpt tahu mmg dlm dunia ni byk sgt penyelewengan yg menggunakan nama islam. Klu yg syiah tu lantak la mmg diorg dh lama wat keje penyelewengan akidah ni, ni org islam yg sunni & bpegang pd mazhab As-Syafie pn wat gini gk. Alamatnya mmg dunia dh btul2 akhir zaman la. Diharapkan kita sme2 dpt mghindarkn diri dri bahaya akidah & akhlak mcm nih, Amiin....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/16/2010

DaGiNG SiNGgANG KaLiMaH aLLaH

Semalam 18 September 2010 surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk jamuan.

Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan. Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah lauk di kemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang. Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer. Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi.



IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/15/2010

CaRa BaRu MeNCuLiK AnAK AnDa

Kisah ini saya dapati dari sebuah emel kiriman seorang sahabat seagama melalui group di yahoo mail. Semoga dapat kita manfaatkan dan amik ikhtibar utk dijadikan suatu langkah berhati-hati di masa hdapan. Kisah ini betul2 di'copy' 'paste' dari emel yang diterima. Selamat membaca.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini. Ingatlah bhw anak yang dianugerahkan oleh Allah Taala adlh suatu amanah yg amt bharga. Justeru didiklah mreka dengan sebaiknya dan jgnlah leka dan lalai dalam menjaga dan membesarkan mereka.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/14/2010

KeLaNTaN = GaNaS ??

PENYOKONG Kelantan bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam Selasa. Kedua-dua negeri itu terikat dengan keputusan 0-0. - Foto BERNAMA

Ni la laporan yg dikeluarkan oleh MSTAR atau The Star dalam bahasa melayu, agaknya media ni memang nk mensasikan berita buruk kelantan je. Bermula dari sudut politik, ekonomi sampaikan kebersihan bandar di kelantan pn digambarkan sebagai amat teruk. Berita yang baik2 ttg kelantan agaknya xder kot.

Mmg nmpk sgt la kelantan diburukkan di media. Smua berita ttg kelantan smua buruk. Tak kira bidang ape, politik memang semestinya kelantan sering digambarkan sebagai tidak sehaluan dengan pusat, menggunakan agama utk berpolitik, menfatwakan ape yg haram. Klu dri sudut ekonomi plak, digambarkan org kelantan orang miskin, hidup bertani dan bersawah, xder pembangunan ekonomi lngsung, x maju n jumud pemikiran, xleh terima pembangunan n mcm2 lgi. Dari sudut sosial lak digambarkan org kelantan ni pemalas, yang digambrkn dlm media org kelantan slalu trima bantuan je, mcm la org kelantan ni dh pemalas sgt nk keje. Klu korng nk tahu, aku rasa orng kelantan smua kaya2 tpi antra salah satu sift org kelantan, korng sush nk tgk kekayaan tuh. Tgk je pesawah biasa tpi duit dlm simpanan kt bank byk kot. Biasalah org kelantan mmg suka menabung coz xder tmpt nk mmbazirkn duit tuh. Klu korng dtg kelantan, cikgu2 kt kelantan smua rumah besar2, x caye dtg la, aku tahu la jiran2 aku byk yg cikgu n rumah diorg ader smpai 7 bilik n ada yg wat banglo kot. Same besar dgn banglo Ibrahim Ali, presiden PERKASA yang ada kt wkaf bharu tu. Kereta tak penting tpi rumah penting. Sebb tu kt kelantan rumah besar gila, tpi keta just kancil n MPV biasa sbijik. X caye lgi, dtg sndri la tgk kt kelantan.

Dalam media juga sokmo dipaparkan kelantan ni pengotor, x pandai jg kebersihan. Tengoklah dlm akhbar Berita Harian (BH) smuanya ttg kes demam denggi dan kebersihn di kelantan tmbh2 di kota bharu. seolah-olah diorg nk kata rakyat kelantan ni pngotor. Memang diakui ader sgelintir yg jnis mcm tu, tpi yang pmbersih lgi ramai. Kt negeri2 laen trutama negeri maju lain tu rmai gile yg pngotor tpi x dicanangkan spt kelantan. Dikhabarkan kes demam denggi di kelantan byk sgt smpai thap mmbimbangkn, tpi bukn tu sbnarnya diorg nk gambarkn tpi diorg nk gambarkn bhw org kelantan ni pngotor sbb tu ada kes denggi. Ala negeri lain pun rmai kot yg kena demam denggi, tpi ader ke disensaikan. Klu ader pun just digambarkn angka shj. Mana etika kewartawanan? Memang media sekarang btul2 dimanipulasikan utk memburukkan kerajaan kelantan khususnya dan kerajaan negeri bawah PR amnya. Buktinya skrg smua berita ttg kerajaan selangor adlh berkaitan dengan kelemahan, keburukan dan segala macam yg x menyenangkan.

Klu mcm ni la, asyik2 mmburukkan kelantan, kerajaan pusat jgn hrap nk mrampas kelantan. Kitaorng lebih arif ttg kepimpinan kerajaan sekarang. Jangan sekali-kali memburukkan kelantan sebb padahnya korg akn tgk melalui PRU nnt. Tunggulah anak muda dh x rmai sokong korupsi dan nepotisme. Dan nak bodohkan golongan brusia melalui media boleh la, tpi utk membodohkan golongan muda x smudah itu, kitaorng mmg bace akhbar, tpi blog pun kitaorng bace gk utk dptkan berita dari pihak sebelah lagi. Sesungguhnya berita sekarng hnya memberikan pandangan dari sebelah pihak sahaja. Tunggulah PRU 13 nnt.

Ok berbalik kita semula kepada keganasan yang kononnya ditimbulkan oleh penyokong kelantan. So kesemua berita ni adalah rangkuman dari informasi dari beberapa laman blog penyokong kelantan dan juga laman web KAFA sendiri. Klu x caya bleh surf sendiri.

Kalau tengok gambar mmg agak pelik kenapa anggota rela dan FRU rmai di kawasan pnyokong Selangor, sebenarnya diorg nk kawal penyokong selangor la, klu dia nk kawal n arrest penyokong kelantan, msti polis n rela ada dkat kwsn penyokong kelantan. Bukan nak mengatakan penyokong selangor smua jhat, rmai lgi yg baek2 n org selangor mmg baek n berminda kelas tinggi. So yang buat2 hal ni mesti kelompok minoriti je. Ingt lagi x kisah dlm suratkhabar ttg penyokong kelantan yg mati tgk bola kt sne? Mengikut laporan dri media massa, sorg penyokong mati sbb sesak nafas, tapi menurut public witness diorg kata ada 2 org mati malam tuh, penyokong slangor pn ngaku gk ader 2 org mati. Pertama mati sbb sesak nfas n kdua mati sbb pgaduhan kdua2 pnyokong.

Gambar atas merupakan gambar dipetik dari web KAFA yang menunjukkan tempat individu tersebut dipukul smpai nyawa2 ikan n at last meninggal, innalillah. Kat bawah ni mrupakan bukti ttg pergaduhan tu, pbualan d FB ttg pgaduhan mlam tu antara salah seorang kaki pukul jugak, tpi dia x pkul individu yang mati ni, dia just dpt tgk je. Bukti perbuala ni boleh dilayari di http://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=541:masih-hidup-atau-mati&catid=3:berita-komuniti iaitu web rasmi bagi KAFA kelantan. Nak lagi terang n jelas besarkn je image ni or trus d laman web KAFA utk berita tu.

Dikhabarkan dari laman web KAFA, pihak pengurusan stadium yang patut dipersalahkan sebab x bijak membahagikan tempat penonton dan tidak mengasingkan tempat parking penyokong kelantan dan selangor, pintu keluar pun disamakan dan tidak dikawal oleh penguatkuasa. Sebab tu la blakunya insiden pergaduhan sampai mati ni.Yela, klu dah penykong kuar pintu sama mmg akn ada pgaduhn pnye. Pengurusan stadium pun klu dh tahu pnyokong kdua2 pasukan ni jenis berbahaya n kuat gaduh, watpe x asingkn pintu masuk n parking pnyokong2 kdua2 negeri nih, asyik2 nk tuduh penyokong yg salah, n biasanya pnyokong yg disalahkan pnyokong kelantan la. Kata stadium maju, klu stadium maju tpi pengurusan berfikiran minda kelas ketiga xder gune gk. Pengurusan tu yg plng penting.

Bile dah kena pukul truk bru si polis dtg. Tu pun dtg dengan keta yang kemik n kaca retak kena baling or pukul dgn something. Tapi ader ke dlm suratkhbr ttg citer nih, stakat hari ni 14 oktober mmg xder berita ttg kereta peronda polis kemek dan cermin kereta dia retak. Yang ada hnya keganasan di stadium tercetus dan dimulakan oleh penyokong kelantan. Dan just sorg penyokong kelantan yang mati hnya disebabkan sesak nafas.

Citer ttg penyokong ni gini, stakat penyelidikan yang dijalankan di beberapa laman blog dan laman web KAFA sendiri. Penyokong Kelantan ni dia kuar dengan kwn2 dari pintu yg dipenuhi oleh penyokong selangor. Mungkin ade gaduh2 mulut pastu jdi x puas hati. Tu yang jadi gaduh besar gila. Kawan si arwah ni dh lari awal2 lgi, mungkin si arwah x smpat lari sbb dh dikepung or still btikam lidah lagi. So kena katok (pukul) smpai x lembik pastu 2-3 pnyokong slangor usung laki ni letak kt parking. Kalau tgk dari gambar mmg keadaan dia lembik la. n dari sumber warna merah2 kt muka dia tu bukan shj warna chat tpi warna lebam sbb dipukul bertalu2. Cuba perhatikan btul2 gambar kt bwh. Klu tgk gambar kt bwh ni logik ke umur dia 39 thun nk dkat 40? Berdasarkan saiz badan dan ciri fizikal mmg kelihatan seperti pmuda berusia 20-an bukan? Penyokong Kelantan yang meninggal kerana sesak nafas adalah Che Karma Sulaiman dari Kampung Telong Bachok tpi dh selamat dikebumikan dengan bantuan KAFA jugak. Jadi gambar ni merupakan gambar individu yang dipukul dan mati dalam pergaduhan tu. Bukti ada pada gambar2 kt bwh ni, perbesarkan imej utk baca tulisan pada gambar atau trus ke laman web KAFA jugak.






Secara tuntasnya, apa pngajaran kita dpt amik ialah jgn terlalu membawakan emosi dalam sukan ni. Kalah ke, menang ke itu adat permainan. Apa yang penting kita kne jg emosi kita n bfikiran secara org moden. Jangan pakaian je moden tpi pemikiran dan tingkah laku mcm org xder tamadun. Ingt moden dan bertamadun ialah pembangunan secara holistik dan merangkumi pelbgai aspek. So bhati2lah dlm bertindak.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/12/2010

HuKuM MeNCuKuR KeNiNG !

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

10/11/2010

Pusat Kota Empat Janji Walaupun Kalah ?

2010/10/11
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat sudah mengotakan empat janji utama yang dibuat di Manek Urai, walaupun Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, empat janji itu membabitkan projek membaik pulih 500 rumah uzur, pembinaan jambatan Manek Urai, kemudahan sukan di Manjur dan pembaikan Masjid Temalir. Katanya, kerajaan sudah menyelesaikan kerja membaik pulih 500 rumah usang di Manek Urai membabitkan kos RM1.5 juta, manakala tiga lagi janji lain sedang dalam pelaksanaan.

“Empat janji yang dibuat 14 bulan lalu di Manek Urai sudah ditunaikan dan kita perlukan masa melaksanakannya, bukan dibuat serta-merta. Saya berharap isu ini tidak dimainkan di Galas kerana kita tidak pernah mungkir janji,” katanya sebelum Majlis Penutup Program 1Program, 1Daerah dan Selangkah ke Universiti di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, memperoleh 5,348 undi mengatasi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dengan majoriti tipis 64 undi. Mustapa berkata, kontraktor bagi membina jambatan Manek Urai yang kosnya dianggarkan kira-kira RM10 juta sudah dipilih dan memerlukan sedikit masa untuk proses selanjutnya.

Ulasan elaksamana :

Baguslah kalau dah btul2 kotakan smua janji tu, tpi ingt, masih ada 1 janji lgi yg x dikotakan yg menyebabkan puluhan ribu rakyat kelantan susah yang mungkin merencatkan langsung peluang BN utk menang di Kelantan. Ape dia...? Tak lain tak bukan ialah projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang kini ibarat siput je progressnya. Hari ni brape haribulan ek? owh 11 oktober 2010 kan, cube korang tgk papan tanda projek kt bwh nih. Agaknya bile tarikh dijangka siap?

Ha, ni la dia, klu di closeup kan kita dpt tgk tarikh mule projek adalah pada 2007 iaitu sbelum PRU 12 n tarikh dijangka siap bile? Ha sudah terang lagi bersuluh 17 Disember 2009. Tahun 2009 tu bile..? tahun lepas kan sebab tahun ni tahun 2010....maknanya angka 9 mendahului angka 10, jadi ape maknanya tu..? Maknanya projek di dh melebihi jangka masa siap dia, sekarang pn dh nk akhir thun 2010 dah n nk msuk 2011 dah, alamatnya mmg lembap thap siput **** la projek ni. Ni projek sape? Projek JKR dan JKR milik sape? JKR milik pusat. So pd yg bwajib, jgn lupe projek ni x siap2 lagi, klu stakat jambatan manek urai bleh la siap coz senang n org gune pn x byk. Yang jambatan Sultan Yahya Petra 2 ni gane? tiap2 hari berpuluh ribu keta lalu lalang atas jambatan ni.


Kalau tengok dari lukisan arkitek berkenaan dengan jambatan ni, sebenarnya jambatan ni disertakan dengan jalan bertingkat. Untuk pengetahuan korang, projek ni skrg x smpai 50% pun siap, sebab ape, yg kelihatan dibina untuk jalan bertingkat ini hanya beberapa batang tiang separuh yang dapat dibilang dengan jari. Sedangkan projek ni dh bmula seawal akhir tahun 2007 dan spnuhnya dipecahtanah oleh PM terdahulu iaitu Tun Abdullah Badawi sblm PRU 12.

Tengok sndirilah rupa jambatan ni, kata BN klu rakyat kelantan pilih diorg utk menang, maka projek2 gini akan byk d kelantan, tpi org muda di kelantan dh x tertipu dengan janji pmbngunan ni, klu PR jdi kerajaan pn PR bleh je nk buat jmbtan ni, nak kata Kelantan miskin, memang la Kelantan miskin sebab bantuan kpd kerajaan negeri mana ada, dibiarkn kerajaan kelantan berdiri dengan sendiri. Pastu nak dibandingkan projek kerajaan pusat n kerajaan negeri lak, mmg la menang kerajaan pusat coz duit negara yg beratus bilion tu diorg pgang, cube bgi kerajaan kelantan pegang, kerajaan kelantan pn bleh wat program gni gk...

Ni la rupa jambatan tu dlm pmbinaan, tapi smpai skrg ni je la pemandangan yg korg bleh tgk kt construction site tuh, mmg menyedihkan. Pemaju yang dilantik iaitu Redland Sdn. Bhd pn dh xder, skali dgn pejabat urusan dia kt kwsn pmbinaan tu pun dh xder. Jangan kata pejabat, sepanduk Redland pn dh xder dh, ntah ke mana diorg cabut...





Klu mcm ni la kerajaan pusat wat pd Kelantan, pastu tuduh rakyat kelantan miskin n pengotor, alamatnya smpai kiamat la BN xkan menang di Kelantan. Kerajaan negeri Kelantan memang miskin tpi rakyatnya smua senang n cukup mkan, brg2 murah, mkn murah n beraneka jenis. Kalau berdasarkan bancian baru2 ni kata kelantan antara negeri yang mempunyai rmai rakyat miskin, tapi korng kne ingt, bancian x semestinya btul, pakcik2 nelayan n petani tu ingt sikit ke hasil diorg, kdg2 diorg tu lagi kaya dri org yg keje kerajaan.

Macam anak2 nk isi borang yang ader maklumat pkerjaan n pendpatan parent la, yg petani2 n kerja kampung ni tulis pekerjaan hanya kerja kampung. Pendapatan RM500 sbulan, btul ke? Klu nk ikot yg ternak kambing, lembu, tanam sawah berelung-relung tu lgi kaya. Diorg memang keje kampung tapi pendpatan diorg tinggi. Lembu sekor dh brape dh, kos pelihara xlah byk sgt kcuali yg pelihara ladang saintifik tuh. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku, dlu waktu skolah rendah n sekolah menengah, ramai anak petani, penternak binatang. Gaji tiap bulan hasil jual lembu, kambing, padi smuanya beribu. Tapi ats borang ckp gaji RM500 je, ye la keje kampung katakan.

So BN klu sntiasa mmburukkan kelantan, jgn harap anak kelantan nk ngundi korng. Tggu masa BN jatuh je dek keegoaan dan kebongkakan diorg tuh...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...