Assalamualaikum wbt
Bertemu kembali kita di dalam blog yang serba indah ini, hijau lagi tau, hijau adalah warna ahli syurga dan warna kehijauan bumi Allah ini. Banyak benda-benda elok yang berwarna hijau ni. Kali ni kita nak berbicara mengenai sebuah isu yang kadang-kadang kita sendiri tidak mengetahuinya iaitu kisah salah seorang dari individu yang boleh dikategorikan sebagai dajjal kecil iaitu Sathya Sai Baba. Siapakah dia Sai Baba yang cukup terkenal di dunia ini. Malah mempunyai jutaan pengikut setianya dari segenap pelusuk dunia.
Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada dilahirkan pada 23 November 1926 oleh Ibunya, Eswaramma dengan nama keluarga "Ratnakaram" dari keturunan Bharadwaja Rsi Ghotra di desa terpencil Puttaparthi, Andhra Pradesh, India. Ayahnya bernama Pedda Venkama Raju. Menurut cerita karut ibunya, sewaktu Sai Baba dilahirkan, bayi ini tidak menangis dan kelihatan seekor ular muncul seperti menjaga keselamatannya. Ditoko tambah ceritanya dengan mengatakan seorang pertapa bernama Sri Aurobindo telah menamatkan pertapaan sekejap untuk mengumumkan bahawa dewa Krishna telah turun ke dunia dalam bentuk sebuah tubuh iaitu Sai Baba. Dan ramai menganggapnya sebagai Avatar dunia.
Pada bulan Mei 1940, sewaktu berumur 14 tahun, Sathyanarayana (nama kecil Sathya Sai Baba) menyatakan dirinya sebagai jelmaan semula dari seorang ahli pertapa hindu iaitu Sai Baba dari Shirdi dan kemudian Sathyanarayana mengambil nama Sai Baba sebagai nama panggilannya. Suatu hari ada seseorang bertanya kepada Sathya Sai Baba; apakah kamu Tuhan? Sathya Sai Baba menjawab; “Ya, Aku Tuhan dan kalian juga Tuhan. Perbezaanya antara Aku dan kalian dimana Aku menyedarinya, sedangkan kalian tidak”. Itulah kata-kata mengarut lagi menyesatkan oleh Sai Baba si dajjal kecil. Sebagai seorang islam kita harus mengetahui bahawa Allah itu Esa dan tidak pernah diperanakkan dan memperanakkan. Jesteru kata-katanya yang mengatakan bahawa tuhan itu hadir dalam diri setiap insan dan bergantung kepada insan itu untuk menyedarinya adalah sesuatu yang karut dan tidak boleh diterima akalnya. Jikalau tuhan ada di dalam diri setiap insan, kenapa tuhan tidak menjadikan semua hati manusia baik? Jadi sebagai umat islam jangan mudah terpengaruh dengan ucapan si gila ini.
Pada 9 jun 1974, Sathya Sai Baba pernah bercakap kepada pengikutnya di Brindavan tentang makna namanya. Sathya Sai Baba mengatakan: “Sa bererti 'Tuhan', Ai atau Ayi bererti 'Ibu' dan Baba bererti Bapa. Nama tersebut menunjukkan Ibu dan Bapa Ilahi, sama seperti Saambasiva, yang juga bererti Ibu dan Bapa Ilahi". Inilah satu lagi kepercayaan karut mereka. Menjadikan nama sebagai satu bukti untuk mengatakan mereka sebagai jelmaan tuhan dan penyelamat dan pembawa kesejahteraan kepada dunia.
Si karut ini juga pernah berkata sewaktu suatu majlis ritual keagamaan yang dirasmikan olehnya, "Aku datang bukan untuk mengganggu atau menghancurkan keyakinan apapun, tetapi untuk menguatkan keyakinan mereka, sehingga seorang Kristian menjadi seorang Kristian yang lebih baik, seorang Muslim menjadi seorang Muslim yang lebih baik, seorang Hindu menjadi seorang Hindu yang lebih baik dan seorang Buddha menjadi seorang Buddha yang lebih baik.". Ini satu lagi kenyataan karutnya, bagaimana seorang yang tidak beragama dan berkepercayaan berbeza ingin menguatkan iman seorang yang jelas mempunyai akidah yang berbeza dengannya? Sungguh mengarutkan. Sungguh tidak masuk akal.
Sathya Sai Baba ini telah menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama sama ada agama itu agama samawi ataupun agama kebudayaan. Sebagai umat islam kita hendaklah menyedari bahawa gerakan ini semakin meluar disebarkan kepada pemikiran umat islam. Malah terdapat umat islam sendiri yang bergelar pemimpin yang menyamakan agama islam dengan agama yang lain atas dasar perpaduan dan semangat kesatuan negara. Kita harus sedar islam terlalu mulia untuk disamakan dengan agama samawi lain apatah lagi menyamakan agama islam dengan agama kebudayaan lain. Sungguh menyesatkan kenyataan yang berunsur demikian. Islam merupakan agama yang diredhai Allah Taala sesuai dengan FirmanNya di dalam Al-Quran Al-Karim. Jesteru sebagai umat islam kita harus berpegang teguh kepada Kalamullah ini.
Sathya Sai Baba turut mengatakan bahawa dia datang untuk membimbing umat manusia menegakkan nilai-nilai universal semua agama iaitu Sathya (Kebenaran), Dharma (Tindakan yang Benar), Shanti (Kedamaian), Prema (Cinta Kasih), dan Ahimsa (Tanpa Kekerasan). Dengan itu jelas di sini bahawa si penipu besar ini sememangnya datang untuk menyebarkan konsep persamaan antara agama di seluruh dunia. Ajaran mereka juga menekankan pada persaudaraan antara umat manusia dan Keesaan Tuhan. Dalam buku Sathya Sai Speaks, Sathya Sai Baba mengatakan: “Hanya ada satu Tuhan, Ia yang berada dimana-mana, Hanya ada satu Agama, Agama Cinta Kasih, Hanya ada satu Kasta, Kasta Kemanusiaan, Hanya ada satu Bahasa, Bahasa Hati”. Ini secara jelas meniru konsep akidah dalam islam. Kita sebagai umat islam jangan mudah terpengaruh dengan propaganda kedamaian antara agama yang dibawa oleh si penipu besar ini. Agama yang diredhai Allah hanyalah Islam, Rasullullah SAW sebagai contoh ikutan dan tauladan kepada kita, Al-Quran Al-Karim sebagai pedoman dan jalan hidup kita, Sunnah Nabiwiyyah sebagai panduan kita,Alim Ulama sebagai pembimbing kita ke arah Cinta Allah dan RasulNya dan mendapat Mardhatillah sebagai misi dan visi utama kita. Ayuhlah umat islam sekalian, kuatkan imanmu, jangan mudah terpedaya dengan dakyah mereka ini.
Dajjal kecil ini juga bijak bermain kata-kata yang boleh menyesatkan penganut agama lain dengan kata-kata yang berbaur kebajikan dan hampir serupa dengan slogan agama lain walaupun hakikatnya adalah peniruan dari agama lain. Inilah yang menyebabkan si penipu ini mendapat pengaruh yang besar dari setiap penganut agama lain tidak terkecuali penganut ajaran islam yang masih rendah iman dan takwanya. Menurut buku panduan organisasi mereka yang berjudul “Guidlines to Active Workers of Sathya Sai Seva Organisations Sathya Sai” disebutkan; “Pelayanan kepada manusia adalah pelayanan kepada Tuhan”. Inilah contoh buku yang menyesatkan umat manusia. Maka berhati-hatilah anda.
Pusat organisasi Sai di Amerika melaporkan bahawa organisasi mereka di sana telah melakukan pelbagai kebajikan seperti memberikan bantuan kepada orang miskin, memberikan pendidikan percuma kepada orang yang memerlukan tanpa mengira agama dan menyediakan kemudahan kesihatan percuma kepada sesiapa sahaja. Inilah cara-cara yang sering digunakan oleh mubaligh kristian untuk menyesatkan orang islam dan menarik orang tidak beragama ke arah agama mereka. Mereka berbuat kebajikan agar individu yang menerima kebajikan terhutang budi dan akhirnya sudi memeluk agama mereka. Oleh sebab itu, kemiskinan dan kekayaan yang teramat sangat akan menyebabkan jiwa kita kosong dari keimanan dan mudah goyah seandainya tidak dijaga dengan amal ibadat yang sebetulnya. Kerana itu, agama islam sendiri menggalakkan penganutnya hidup di dalam kesederhanaan, tidak terlalu miskin dan tidak terlalu kaya.
Pada tahun 1977, Sai Baba telah membuka The Sri Sathya Sai General Hospital di Whitefield, Bangalore, yang menyediakan perubatan yang kompleks, makanan dan nasihat perubatan secara percuma kepada penduduk di India. Hospital yang didirikan juga setakat ini telah merawat 2 juta orang. Sri Sathya Sai Central Trust turut membina beberapa buah hospital besar, 2 hospital pakar, hospital pakar mata dan sebagainya yang kesemuanya menawarkan perkhidmatan secara percuma. Atas nama kebajikan inilah, si penipu ini telah mendapat pengaruh yang cukup besar kepada individu di seluruh dunia. Malah perdana menteri India ke-14 iaitu Manmohan Singh, Presiden India ke-11, Abdul Kalam, Perdana Menteri Nepal 4 kali iaitu Girija Prasad Koirala, Nasionalis Indonesia iaitu Anand Krishna dan juga pengasas dan pemilik Hard Rock Cafe iaitu Isaac Tigrett turut merupakan pengikut setia Sai Baba ini. Sedarkah kita semua mengenainya?
Selain itu, salah satu dari jarum pengaruh atas nama kebaikannya adalah projek membekalkan bekalan air pada 1996, iaitu membekalkan 1,2 juta orang di sekitar 750 kampung di daerah kering di Anantapur, Andhra Pradesh. Projek bekalan air yang kedua selesai pada tahun 2004, iaitu memberikan bekalan air bersih kepada wilayah Chennai dengan membangunkan kembali saluran air yang diberi nama Sathya Sai Gangga Canal. Selain itu projek bekalan air di daerah Medak yang membantu 450.000 orang di 179 kampung dan di daerah Mahbubnagar yang membantu 350.000 orang di 141 kampung turut dijalankan. Dari sudut pendidikan juga mereka menyebarkan pengaruh sesat mereka iaitu dengan melaksanakan projek diberi dinamakan Sathya Sai Baba Educare Programme. Mereka mendirikan sekolah di seluruh dunia dengan tujuan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai kemanusiaan/budi pekerti seperti ajaran mereka yang sesat itu. Menurut website Sai Educare, sekolah Sathya Sai telah didirikan di 33 negara, termasuk Australia, Mexico, British dan Peru.
Ingatlah umat islam sekalian, perkuatkan imanmu dengan amal ibadat hanya pada Allah Taala. Gerakan penyebaran fahaman Sai Baba ini akan tetap menular ke seluruh dunia dan mungkin suatu hari nanti akan tiba ke Malaysia atas nama projek kebajikan. Pendidikan, kebajikan, pembasmian kemiskinan adalah antara jarum-jarum yang digunakan mereka untuk menyebarkan dakyah sesat mereka. Menyamakan agama islam dengan agama lain adalah jelas lagi bersuluh menyalahi ajaran Allah Taala. Kuatkan akidah dan imanmu wahai umat islam.
Puttaparthi merupakan tempat Sathya Sai Baba dilahirkan dan tempat tinggalnya sekarang, permulaannya kawasan ini hanyalah sebuah kampung kecil. Di sini terdapat sebuah kompleks universiti ajarannya yang luas, Chaitanya Jyoti iaitu sebuah muzium agama-agama dunia, planetarium, stesen kereta api, pengkalan udara kecil, stadium dengan pemandangan ke arah bukit, pejabat pentadbiran, stadium tertutup dan sebagainya. Ahli politik tertinggi India, seperti mantan Presiden India Dr. A. P. J. Abdul Kalam dan mantan Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee pernah menjadi tetamu rasmi di Puttaparthi. Pada perayaan ulang tahun Sathya Sai Baba yang ke-80, dilaporkan bahawa jutaan orang telah hadir, dan juga 13 000 delegasi dari India dan 180 negara lain.
Sathya Sai Baba menetap di kediaman utamanya yang disebut Prashanthi Nilayam bererti Kediaman Kedamaian Tertinggi di Puttaparthi. Selain itu, si penipu ini turut membina Prashanti Nilayam merupakan rumah bagi semua agama dunia, banyak sambutan perayaan keagamaan dunia yang dirayakan disana, diantaranya Guru Poornima, Sri Rama Navami, Hari Wesak, Deepavali, Hari Krismas, Sambutan Tahun Baru malah perayaan Aidilfitri turut diadakan di sini atas nama perpaduan. Inilah yang telah menyesatkan segolongan orang islam yang rendah imannya di sana. Masyallah, semoga Allah Taala melindungi kita semua dari dakyah mereka yang begitu menyesatkan ini. Pada musim panas, Sai Baba akan meninggalkan kediamannya di Prashanthi Nilayam dan akan ke kediamannya bernama "Brindavan" di Kadugodi, Whitefield, di pinggiran kota Bangalore.
Perayaan Aidilfitri beserta Hari Raya Hindu Dassera pada 21 September 2009 di Prashanti Nilayam yang dihadiri umat islam yang tersesat
Salah satu penipuan dan sihir yang dilakukan olehnya adalah kononnya melakukan keajaiban dia sendiri. Ini jelas menghampiri sifat dajjal itu sendiri iaitu berupaya mengeluarkan sihir dengan bantuan syaitan yang dikatakan sebagai mukjizat. Dilaporkan banyak sihir keajaiban yang telah dilakukannya seperti menyelamatkan anak didiknya yang terkena musibah, melihat masa depan, menyembuhkan orang sakit dan sebagainya. Sejak kecil lagi dia dikatakan memiliki kemampuan menciptakan suatu benda dari lambaian tangannya, seperti cincin, berlian, tasbih, salib, vibhuti (abu suci), yang biasanya ia hadiahkan kepada anak didiknya. Banyak cendikiawan yang membuktikan pembohongan dan penggunaan sihir untuk membuktikan keajaiban si penipu ini atas kemampuannya tersebut. Namun Sathya Sai Baba si penipu tetap berkata: “Kemampuanku bukan berasal dari hasil olah pertapaan tetapi merupakan sifat kosmis seorang Avatar." Kenyataan yang sungguh mengarutkan. Ingatlah umat islam sekalian, Rasullullah adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan kepada umat manusia, setelah baginda tidak akan ada lagi nabi sehinggalah yaumul masyhar menjelma. Jesteru itu, mukjizat juga tidak akan timbul. Keajaiban yang ditunjukkan oleh Sai Baba ini hanyalah sihir syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan umat islam.
Salib di atas ini kononnya telah dihasilkan oleh Sai Baba dengan kuasa keajaibannya dan telah dihadiahkan kepada seorang pengikut utamanya yang berasal dari barat iaitu John Hislop atau John R Hislop iaitu CEO bagi National Energy Inc. Iaitu syarikat gas asli dan petroleum berpusat di Kanada. Dan si penipu besar ini mengatakan bahawa wajah yang tertera pada salib berkenaan adalah wajah sebenar Jesus Christ. Pandangan ini telah disangkal oleh para paderi besar kristian dari Vatican City dan mengatakan bahawa itu semua adalah pembohongan dari Sai Baba. Selain itu, Sathya Sai Baba telah menyatakan akan Mahasamadhi (meninggalkan tubuh fizikal) pada usia 96 tahun iaitu pada tahun 2022 Masehi dan lapan tahun kemudian iaitu pada tahun 2030 akan mejelma kembali sebagai Prema Sai Baba. Menurutnya, Prema Sai Baba akan lahir di Karnataka, di sebuah tempat antara Bangalore dan kota Mysore, India. Prema Sai Baba dikatakannya sebagai penerus kepada ajaran yang dibawanya sekarang iaitu kononnya bertujuan untuk mendamaikan dunia. Untuk menguruskan Organisasi Sathya Sai selama ketiadaannya iaitu selama 8 tahun (2022-2030 ), Swami Nalin yang dikatakan kelahiran semula dari Swami Vivekananda akan menjawat jawatan ketua Organisasi Sathya Sai. Sungguh mengarut bukan. Inilah salah satu kekarutan terbesar yang diutarakan olehnya.
Sai Baba turut mengaku bahawa dia merupakan Sai kedua selepas Sai Baba Shirdi dan akan diikuti oleh Prema Sai Baba sebagai Sai yang ketiga. Mereka ini iaitu Sai Baba Shirdi, Sathya Sai Baba dan Prema Sai Baba dikatakan sebagai jemaan semula avatar triniti Sai yang membawa fahaman yang sama. Siapakah Sai Baba of Shirdi? Dia dilahirkan pada 15 Oktober 1918 di Pathri, India. Dia telah menyesatkan umat manusia sewaktu itu dengan menggabungkan agama hindu dan islam sekaligus. Malah sesetengah pengikutnya dari agama hindu telah menganggapnya sebagai jelmaan dewa Shiva atau Dattatreya dalam bentuk manusia. Manakala sebahagian orang yang mengaku menganut agama islam telah menganggap Sai Baba Shirdi sebagai seorang yang suci dan mulia. Selain pandai membaca Al-Fatihah, dia juga mengamalkan upacara hindu seperti Yoga dan sebagainya.
Prema Sai Baba yang dikatakan jelmaan Avatar Triniti ketiga selepas Sathya Sai Baba : gambar yang didapati dari cincin John R. Hislop, pengikut setianya
Sebagai umat islam kita harus memahami bahawa ini semua adalah karut dan tidak masuk akal langsung. Setiap insan yang meninggalkan dunia ini tidak akan dilahirkan semula dan akan menghadapi alam kubur berseorangan. Kepercayaan kelahiran semula adalah kepercayaan agama hindu dan kini digunakan juga oleh agama buddha dan fahaman karut Sai Baba ini. Kita sebagai umat islam harus menguatkan iman dan akidah agar tidak mudah terpengaruh dengan pengaruh si gila ini. Hujah-hujah yang mereka kemukakan kebanyakannya adalah dari aspek khayalan semata-mata tanpa ada pembuktian. Jesteru gunalah akal dengan sebaiknya untuk melawan kepercayaan dan fahaman yang mengarut ini.
Sebagai umat islam, kita harus mengetahui mengenai ciri-ciri dajjal yang akan menyesatkan umat islam nanti. Antara persamaan antara dajjal akhir zaman dan dajjal sai baba ini adalah seperti berikut :
- Dajjal seorang laki yang berposture pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok. Sai Baba seorang yang berposture pendek dan berambut kribo.
- Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.
- Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
- Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
- Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
- Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba emngatakan dirinya sebagai ikutan kepada pengikutnya.
- Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba menyatakan dirinya Avatar Triniti Sai yang menguasai dunia di zaman persengketaan.
- Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati dengan menyembuhkan penyakit kanser.
- Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba telah menadah hujan menggunakan projek pengairan di daerah yang kontang di India untuk kegunaan pengikutnya dan orang sekeliling.
- Dajjal boleh mengeluarkan perhiasan dan harta dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikutinya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, salib mini dsb.
- Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba boleh menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
- Dajjal boleh berpindah diri dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba berpindah dari satu jasad ke jasad lain dengan konsep kelahiran semula.
- Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makan makanan manusia. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga boleh berjalan ke pasar, melawat hospitalnya, melawat empangan pengairannya dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
- Dajjal tidak memiliki anak. Sai Baba mandul dan tidak berkeluarga (tidak berkahwin).
- Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.
- Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengatakan bahawa dia datang pada waktu banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.
Sumber :
- http://investing.businessweek.com/businessweek/research/stocks/people/person.asp?personId=550025&ticker=NEGY:US&previousCapId=3188854&previousTitle=Q%20Investments%20Ltd.
- http://robertpriddy.wordpress.com/2008/07/
- http://id.wikipedia.org/wiki/Prema_Sai_Baba
- http://id.wikipedia.org/wiki/Sathya_Sai_Baba
- http://en.wikipedia.org/wiki/Sathya_Sai_Baba
- http://en.wikipedia.org/wiki/Sai_Baba_of_Shirdi
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
2 ulasan:
masyaalllah...sm0ga umat islam lain tak terpengaruh....
mnx share ye..trime kasih..
terima kasih.
kajian saudara sangat berguna dan semoga dirahmati Allah. Pembohongan zaman akhir zaman sgt mencabar minda dan boleh menyesatkan bagi yang lemah iman dan pendek akal.
Catat Ulasan