SaHaBaT

5/01/2010

KeNaPa ALLaH TuRuNKaN PeNYaKiT ?















Satu penjelasan terbaik kenapa Allah beri penyakit dan kesengsaraan kepada kita…..

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting itu memulakan tugasnya itu, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, tukang gunting itu berkata ,''Saya tak percaya Allah itu wujud.''

“Kenapa kamu kata begitu ?'' tanya si lelaki tadi.

“Cuba kamu lihat di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah itu wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu ? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar ? kalau Betul Allah itu wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tak dpat bayangkan Allah Yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku.

Si lelaki itu berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki itu pun pergi.

Selepas beberapa langkah pergi, si lelaki itu ternampak seorang lelaki tua berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki itupun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut itu seraya berkata ,''kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting juga tidak wujud ?''

''Kenapa kamu kata macam tu ? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu sebentar lagi.'' Kata tukang gunting.

''Tidak !'' kata si lelaki tadi. ''Kalau tukang gunting wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang, tidak terurus, berjanggut panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan tadi.''

''Ah ! tukang gunting memang wujud ! lelaki tu jadi macam tu sebab dia tak datang pada saya untuk menggunting rambutnye !” kata tukang gunting itu lagi.

''Tepat sekali !'.” kata si lelaki tadi.

“That’s what the point !. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan dan penderitaan) Jika manusia tidak mengingatinya dan kembali kepadanya untuk memohon pertolongan.''

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

Kaizen Shinobi.com berkata...

analogi yang terbaek... syabas sahabat...