SaHaBaT

5/28/2010

AiR MiNeRaL PaLiNG MaHaL DuNiA



















Boleh dikatakan bahawa air adalah zat mineral yang paling banyak di bumi ini. Jadi tak hairan jika air mudah didapati dengan mudah baik untuk mencuci, mandi, ataupun sebagai air minuman seperti air mineral.

Bercakap tentang air mineral, rasanya tidak sah jika kita tak bercakap tentang Fillico Beverly Hills. Apakah itu Fillico Beverly Hills? Fillico Beverly Hills adalah air mineral yang talah dinobatkan sebagai air mineral termahal di dunia, harga per botol (740 ml) boleh mencapai USD100.

























Ternyata air mineral ini bukan air mineral biasa. Air mineral ini berasal dari mata air yang berada di kaki gunung Rokko, di Kobe Jepun. Air dari mata air ini dipercayai sebagai air yang terbaik untuk pembuatan sake, dan jumlahnya pun terhad, maka tak hairanlah jika harganya begitu mahal.





















Syarikat air mineral Fillico Beverly Hills ini dikendalikan oleh perusahaan yang bernama Vieluce hanya mampu menghasilkan sekitar 5000 botol setiap bulan.

Bentuk botol ini diperbuat dari bahan istimewa dengan penutup botol yang berbentuk seperti mahkota dan dihiasi dengan kristal swarowski.

Sanggupkah anda membeli jika fungsinya sama sahaja dengan air mineral lain iaitu untuk membasahkan tekak?












Kt atas ni merupakan mahkota yg menjadi trademark bagi jenama air mineral termahal dunia ni, sape la yang membazir dalam benda yang useless ni, elok beli mineral water yg RM1.20 dh ok dah, rasanya lbh kurng sme, tpi mgkin sumber dia lain, tu yang jadi jenama ni mahal sgt2 nih....

Sumber : http://www.luxury-insider.com/Current_Affairs/post/2008/02/11/Fillico-Beverly-Hills-Water.aspx

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: