

Akhirnya dia membela kesemua 6 kucing termasuk ibu kucing tersebut. Setelah semakin lama memelihara, timbul di hatinya ingin menjaga mereka buat selamanya. Craig telah membuat suatu rumah kecil untuk keenam-enam kucing kesayangannya itu dan sehinggalah jumlah kucing yang dipeliharanya menjadi 11 ekor semuanya. Ruangan memelihara menjadi semakin sempit dan padat. Dia harus memikirkan jalan penyelesaian. Akhirnya pada suatu hari, dia terbaca di dalam akhbar tentang lelongan hartanah di luar daerahnya. Tanah tersebut seluas 5 ekar dan ditawarkan dengan harga yang murah termasuk bayaran ansuran yang berpatutan. Namun yang menjadi masalah adalah tanah tersebut terletak di Jacksonville iaitu sejauh 100 batu dari tempat tinggalnya. Maka dia segera melihat tempat tersebut dan bersetuju untuk membelinya dan akhirnya setelah tinggal di sana, dia membeli lagi 20 ekar tanah di kawasan tersebut dan kini kawasan yang dimilikinya seluas 25 ekar. Keseluruhan tempat tersebut telah ditukar menjadi habitat yang bersesuaian dengan habitat kucing kesayangannya. Sehingga kini, terdapat sekitar 500 ekor kucing terbiar yang dipeliharanya di kawasan itu. Kawasan habitat kucing terbiar ini mempunyai pelbagai kelengkapan seperti seorang manusia seperti gereja, dewan orang ramai, kincir air dan rumah-rumah penginapan khusus bagi kucing-kucing tersebut.















1. http://caboodleranch.com/About_Us.html
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan