SaHaBaT

12/07/2010

MiNYaK NaiK, RaKYaT NaiK MiNYaK

Assalamualaikum w.b.t.

Fakta DEB dahulu telah menunjukkan bahawa tahap ekuiti bumiputera masih di bawah 30% walaupun selepas 20 tahun DEB dilaksanakan. Walaupun terdapatnya sedikit peningkatan dalam tahap pegangan ekuiti bumiputera, namun ianya masih teramat rendah. Sehingga kini tahap ekuiti bumiputera masih lagi rendah. Kita sedang berbicara mengenai keadilan dalam ekonomi bukannya mempertahankan bangsa melayu. Kita sekarang berada di dalam sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum. Maka tidak seharusnya memandang dari sudut bangsa melayu itu sahaja. Perlembagaan Malaysia yang digubal sebelum kemerdekaan telah menyatakan, barangsiapa memeluk agama islam, maka secara perlembagaannya dia adalah melayu kerana perlembagaan menetapkan bahawa orang beragama islam itu ialah melayu. Maka inilah yang menjadikan ramai orang bukan melayu bukan islam yang berbelah bagi untuk memeluk islam. Dr. Redhuan Tee, pensyarah UPNM dalam bual bicaranya dengan Utusan Malaysia pada 5 Disember 2010 lalu mengatakan kelemahan perlembagaan Malaysia adalah kerana menggariskan bahawa orang beragama islam adalah melayu. Justeru sesiapa sahaja bukan melayu sama ada dari kaum cina, india, msyarakat orang asli, dan sebagainya yang masuk islam, maka mereka secara perlembagaannya telah masuk kaum melayu. Bagaimana pula dengan orang melayu yang sudah kristian? Adakah mereka masih melayu? Islam bukan untuk melayu dan bukan untuk bangsa arab, kamu melayu tidak semestinya kamu islam kalau Allah tentukan kamu bukan islam. Islam adalah untuk semua, bukan hak milik ekslusif orang melayu. Malah islam telah tiba terlebih dahulu di negara Cina sebelum islam tiba di Tanah Melayu.

Inilah yang menjadi sebab mengapa ramai orang bukan melayu yang tidak beragama islam semakin jauh dari agama islam. Malah terdapat sesetengah usaha dari pihak tertentu yang menghalang orang bukan islam membaca dan mengenali Al-Quran. Mereka mengatakan haram kepada bukan islam membaca Al-Quran malah isu ini telah hangat dipolitikkan oleh parti yang sekular di negara ini. Maka bertambah jauhlah lagi bukan islam kepada islam. Sedangkan di negara-negara barat, kita dapat ketahui berjuta-juta orang bukan islam membaca dan mempelajari Al-Quran, malah ada yang menghafal keseluruhan Al-Quran seperti puak-puak orientalis. Namun kita di negara yang diuar-uarkn sebagai negara islam contoh (kononnya) menghalang bukan islam mempelajari Al-Quran. Kita ketahui bahawa asas syariat islam adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis. Justeru apa salahnya mereka mempelajari Al-Quran dan insyallah mereka akan mengambil intipati dari Al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan. Jika mereka salah dalam membaca Al-Quran, mentafsir Al-Quran dan menggunakan Al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar mereka apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Al-Quran itu sendiri. Tapi umumnya kini kita yang menjauhkan mereka dari Al-Quran. Alangkah silapnya kita.

Keadilan harus ditegakkan kepada sekalian rakyat bukannya sesetengah kaum, sesetengah golongan dan sesetengah pemimpin sahaja. Inilah yang diamalkan oleh islam, malah dari sudut sivik dan moral juga menyarankan kita berbuat adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mngira kaum. Namun inikah yang berlaku dalam negara ini? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peningkatan harga minyak yang berurutan. Pada 1 Disember 2010 minyak RON 97 telah dinaikkan 15 sen seliter menjadi RM2.30 seliter. Alasan kenaikan tersebut adalah kerana Malaysia tidak mampu mngawal harga minyak RON 97 kerana kadar kenaikan mengikut tingkat harga antarabangsa. Yang peliknya Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak bermutu tinggi di pasaran dunia. Sehingga kita terpaksa menjual minyak kita ke luar negara dan mengimport minyak luar untuk kegunaan kenderaan dalam negara untuk mengekalkan imbangan perdagangan yang positif. Inilah malaysia, negara yang mengutamakan kebajikan rakyat kononnya. Alasan yang diberikan adalah minyak di Malaysia adalah antara terendah di rantau asia tenggara ini. Itulah alasan yang biasanya diberikan oleh pihak pak menteri kabinet kita di Putrajaya.

Percayalah tidak lama lagi harga minyak akan semakin naik. Namun harus diingatkan bahawa apabila PRU 13 menjelma nanti, insyallah minyak akan diturunkan kembali dengan alasan kerajaan ingin membantu rakyat, ekonomi Malaysia semakin pulih dan harga minyak dunia stabil. Itulah strategi biasa yang diamalkan oleh kerajaan dalam memanipulasi pemikiran rakyat. Maka media-media arus perdana sama ada media cetak ataupun elektronik akan memainkan peranan mereka dalam mem'buta'kan mata rakyat. Hanya mereka yang sedar sahaja akan mengerti cara permainan mereka ini.

Dari hari ke hari, jurang kemiskinan semakin bertambah, yang miskin semakin miskin, yang kaya semakin kaya menimbunkan harta berjuta-juta ringgit. Segala macam projek pembangunan diagihkan secara tender runding terus tanpa tender terbuka melalui persaingan pasaran. Maka projek lambat disiapkan timbul, kontraktor melarikan diri, kontraktor menjual tender kepada pihak ketiga dan sebagainya. Begitulah senario Malaysia zaman sekarang menuju wawasan 2020. Kita sebagai rakyatlah yang akan merana dek kerakusan golongan kaya termasuk pemimpin negara yang sedang menimbun harta. Rakyat miskin disogokkan dengan bantuan yang tidak seberapa, dibeli undi dengan beberapa kampit berat dan baja sawah. Seorang pemimpin yang memiliki kemewahan melampau dianggap sebagai pemimpin yang hebat, disambut bagaikan raja di zaman kesultanan melayu melaka, diidolakan oleh semua golongan miskin untuk menjadi kaya seperti mereka. Inilah senario kita, senario Malaysia kita. Golongan muda yang lebih terbuka fikiran mereka tidak mungkin dapat dikaburi dengan projek pilihanraya bernilai berjuta-juta ringgit itu, jika nak mengaburi fikiran orang asli mungkin berhasil taktik ini.

Peningkatan harga bagi RON 97 sebanyak 15 sen baru-baru ini tidak dihebohkan oleh media massa arus perdana kerana menurut keterangan pak menteri bertanggungjawab, harga RON 97 tidak perlu dihebohkan kerana harganya tidak stabil dan mengikut pasaran harga minyak sedunia. Maka peningkatannya tidaklah penting. Bagi mereka kebanyakan rakyat dianggapkan banyak menggunakan RON 95 hatta kereta BMW, Mercedes dan sebagainya. Namun menurut syarikat BMW sendiri, mereka menyarankan pengguna menggunakan RON 97 untuk mengelakkan enjin mengalami pengurangan prestasi (http://peraktoday.com/wp/?p=5197) Malah kereta lain seperti model Golf, type R dan Swift semuanya menyarankan pihak pengguna menggunakan RON 97 sebagai bahan api.

Maka setelah meningkatnya harga minyak RON 97, pak menteri yang bertanggungjawab dengan kepenggunaan telah memberikan jaminan bahawa minyak RON 95 tidak akan dinaikkan harga, itupun setelah heboh mengenai kenaikan harga minyak RON 97. Maka dengan berkeyakinannya sewaktu sidang akhbar, beliau menyatakan bahawa minyak RON 95 tidak akan dinaikkan harga kerana rakyat sentiasa didahulukan dalam soal kebajikan. Buktinya ada di bawah, keratan akhbar KOSMO bertarikh 3 Disember 2010 yang menyiarkan ucapan dari pak menteri tu sendiri.

Tup tup pada 4 Disember 2010 tahun yang sama, sehari selepas sidang akhbar pak menteri ni, maka terbuktilah pak menteri ni menipu rakyat rupanya. Mengatakan bahawa minyak RON 95 tidak akan naik, akhirnya ada 4 Disember 2010 tahun yang sama, rakyat dikejutkan dengan peningkatan harga bukan sahaja minyak RON 95 tetapi DIESEL, gas LPG yang digunakan untuk memasak dan juga GULA. Hah ini dia kerajaan kebajikan yang dipangkah oleh segelintir masyarakat yang masih tidak sedar. Sudah sah lagi bersuluh pembohongan pak menteri kita, kalau tahu harga naik diam je la, jangan bagi komen yang memberikan harapan menggunung pada rakyat, akhirnya rakyat akan menilai semula prestasi kerajaan anda. Maka digembar-gemburkan bahawa peningkatan harga RON 95, gas masak, Diesel dan Gula adalah disebabkan pengurangan subsidi oleh kerajaan. Dikatakan pengurangan subsidi itu dapat menjimatkan duit kerajaan sebanyak RM1 bilion lebih dan dapat digunakan untuk pembangunan. Masalahnya mana pembangunan yang kerajaan nak buat, kalau ada pun menelan perbelanjaan yang tidak masuk akal. Kerana adanya ketirisan dana di sana dan di situ. Apabila pihak PAC mendedahkan penyelewengan, barulah diambil tindakan, itupun secara tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya rakyat juga yang merana, duit itu duit rakyat, kalau rakyat tak bayar cukai, kerajaan takkan ada duit. Inilah mentaliti pemimpin negara yang tidak ada kelas langsung.

Kalau dibelanjakan wang subsidi itu untuk menampung harga minyak, apa salahnya, sebab rakyat juga yang dapat faedahnya. Dikatakan pula bahawa pemberian subsidi itu tidak menepati golongan sasaran, sebab itulah dinaikkan harga minyak tersebut. Dalam Malaysia ini berapa kerat je orang betul-betul kaya? Yang ramai adalah rakyat sederhana dan rakyat miskin. Agaknya pak menteri kita ni ingat semua orang malaysia dah gaji RM3000 Ke atas ke? Masih ramai lagi penganggur yang tak dapat keje, orang miskin yang gaji rendah dri RM700 sbulan. Bila kerajaan naikkan harga minyak, orang kaya tetap boleh membeli minyak walau berapa tinggi naiknya sebab mereka berduit, macam mana dengan orang miskin dan tidak berwang ni? Sungguh mundur pemikiran pemimpin kita ni. Budak sekolah menengah pun boleh berfikir secara logik.

Malah dengan bangganya pak menteri kita menceritakan kisah penglipurlara sejak zaman PRU 12, mereka mengatakan bahawa harga minyak di Malaysia masih lagi rendah jikalau dibandingkan dengan harga minyak di negara-negara jiran. Masalahnya kita mengukur nilai matawang mereka dengan nilai matawang kita. Memang la jdi mahal sebab nilai dolar di Singapura lebih mahal dari nilai Ringgit kita. Kalau minyak di Singapura 1 liter minyak berharga $1.50 Dolar Singapura (sebagai contoh), maka di Malaysia akan jadi RM2 lebih. Tapi bagi rakyat Singapura harga tersebut masih lagi rendah, orang malaysia je kata minyak kat sana mahal sebab harga dikira dengan duit kita. Contoh lain seperti RON 97 pada tahun 2004 berharga RM1.42 sliter, maka bagi kita harganya tidaklah terlalu membebankan, namun bagi rakyat indonesia semestinya harga tersebut mahal jika mereka menilainya menggunakan matawang mereka kerana nilai matawang Malaysia lebih tinggi dari nilai matawang indonesia. Kita rakyat Malaysia masih tertipu dengan taktik kotor kerajaan dalam memanipulasikan isu ini dalam menutup kelemahan mereka.

Dalam kita mengharungi hari yang semakin hari semakin dekat ke penghujung usia, adakah kita perasan bahawa di Malaysia sekarang ni banyak kes eksiden yang melibatkan kereta terbakar. Eksiden je mesti kereta terbakar punya. Ada sesetengah kes terpencil, kereta yang diparkingkan di kawasan yang selamat pun boleh terbakar tiba-tiba. Ada tak sesiapa pernah tengok atau baca? Memang ada kes macam ni. Dahulu dalam 5 tahun sebelum ni jarang ade kes kemalangan kereta terbakar ataupun kereta yang secara tiba-tiba terbakar di kawasan parking. Tetapi sejak pengenalan petrol RON 95 ni, kes kebakaran kereta semakin meningkat. Tahun ini sahaja melebihi 100 kes yang direkodkan yang melibatkan kebakaran kereta terutama selepas kebakaran berlaku. Namun sewaktu mula-mula pengenalan penggunaan petrol RON 95 menggantikan petrol RON 92, dikatakan kepada rakyat bahawa prestasi enjin akan lebih bagus, mesra alam dan selamat digunakan. Agaknya media tipu kita ke, agaknya pemimpin negara tipu kita ke? Sendiri mau ingat la, kita semua dah 50 tahun lebih merdeka, takkan nak percaya berita bohong dan karut dari pihak yang berkepentingan.

Menurut sumber http://peraktoday.com/wp/?p=5197 RON 95 sememangnya minyak yang tidak berkualiti terutama kepada kenderaan import yang berprestasi tinggi. Sebagai contoh pihak BMW telah menyarankan kepada penggunanya agar menggunakan RON 97 ke atas demi mengelakkan kejadian enjin kurang berkuasa. Macam keterangan sebelum ni, banyak lagi jenama kenderaan lain yang tidak menggalakkan pengguna menggunakan minyak RON 95. Dengan jelas lagi bersuluh bahawa minyak ini samalah seperti minyak RON 92 dahulu, iaitu minyak tahap rendah. Dahulu semua kenderaan menggunakan minyak RON 97 bukannya RON 92, kenderaan yang menggunakan RON 92 ataupun minyak merah ni hanyalah untuk motosikal lama, enjin mesin rumput, enjin motor yang tidak kompleks.

Malah menurut pendapat seorang pengguna yang sudah menjalankan ujian realistik mengenai bahayanya minyak RON 95 telah mengatakan bahawa hasil ujian tersebut menunjukkan bahawa minyak RON 95 sememangnya mudah meruap menjadi wap. Wap minyak ataupun gas yang terhasil dari pemeluwapan mintak RON 95 lebih mudah terbakar walaupun tidak terkena punca api. Cukup sekadar adanya kehadiran haba yang mencukupi, maka kebakaran boleh berlaku dengan pantasnya. Sila layari web sumber http://peraktoday.com/wp/?p=5197. Namun masih ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa semua minyak mudah terbakar, sudah semestinya begitu, kalau tidak terbakar bukan minyak namanya. Tetapi untuk RON 95 ni, ianya lebih mudah terbakar kerana terdiri dari 50% minyak dan 50% alkohol. Sepertimana kita ketahui bahawa alkohol merupakan agen cecair yang mudah meruap, disebabkan adanya alkohol di dalam campuran minyak, maka kadar pemeruapan semakin cepat berbanding minyak RON lain. Disebabkan oleh itulah banyaknya berlaku kebakaran akibat dari kemalangan di jalan raya.

Ada sesetengah pihak menyalahkan sikap pemandu itu sendiri apabila berlakunya kebakaran sewaktu kemalangan. Memang betul, tetapi macam mana dengan kejadian kebakaran yang berlaku tanpa berlakunya kemalangan? Adakah ada sebab musabab lain? Ada kebakaran akibat kemalangan yang menyebabkan kematian mangsa. Ini kerana kebiasaannya kemalangan yang berlaku banyak yang menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta, mereka masih lagi bernafas dan dapat diselamatkan jika tindakan cepat diambil. Namun dek kerana kebakaran, ramai mangsa yang terkorban tidak dapat diselamatkan walaupun mereka masih hidup tetapi tersepit dalam kereta. Memang betul kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu, tetapi malang itu tidak berbau, kita tidak boleh sepenuhnya menyalahkan pemandu kerana faktor jalan, kenderaan, dan faktor-faktor lain dapat menyebabkan terjadinya kematian. Justeru, tindakan kerajaan harus ditagih agar penyelesaian kepada masalah ini dapat dilaksanakan.

Suatu lagi kenaikan yang sudah tentu membebankan rakyat dan pengguna adalah kenaikan harga gula dan gas. Seperti kita sedia maklum, apabila harga minyak dan gula dinaikkan secara sekaligus, maka kita akan lihat adanya peningkatan harga makanan dan bahan mentah. Alasan pemborong dan penjual adalah kerana kenaikan harga gula dan bahan api. Kadang-kadang ada benarnya dakwaan mereka itu, peningkatan harga minyak terutama diesel (yang biasa digunakan lori) dan juga harga gula, maka mereka juga terhimpit antara mengutamakan mata pencarian mereka ataupun membantu mengurangkan beban pengguna. Jikalau mereka menjual pada harga yang sama, maka kos modal akan meningkat dan ini mengurangkan mata pencarian mereka. Mereka juga seorang pengguna, mereka turut merasai apa yang pengguna lain rasa. justeru tindakan kerajaan harus dikaji dengan sepenuhnya dalam setiap dasar kerana ianya akan membebankan rakyat terutama rakyat yang sederhana dan tidak berkemampuan.

Ada sesetengah pihak memuji tindakan kerajaan kerana ini merupakan langkah untuk mengurangkan pengambilan gula dalam masyarakat di Malaysia. Pada harga sekarang mereka mungkin akan menyokong tindakan kerajaan, tetapi jika harga terus meningkat sehingga tahap yang tidak dapat diterima, mereka juga akan melenting. Kerana dengan peningkatan harga gula, bermaksud harga makanan, kueh-mueh, air minuman dan produk lain akan meningkat. Gula, garam, minyak dan bahan mentah makanan merupakan suatu barang penting dalam penghasilan makanan. Sekiranya bahan mentah meningkat, maka harga barangan akhir iaitu makanan juga akan meningkat. Golongan kaya tidak bimbang malah memuji tindakan kerajaan kerana mereka tidak merasa bebanan rakyat bawahan malah mereka mendapat keuntungan dengan perniagaan dan penjualan produk mereka. Jika harga barang mentah keperluan harian meningkat, maka mereka mungkin mengalami peningkatan kos pengeluaran, tetapi mereka akan mendapat keuntungan lebih dengan meningkatkan harga berlipat kali ganda atas alasan barang mentah seperti gula dan bahan api untuk sistem pengangkutan meningkat. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Itulah senarionya Malaysia hari ini.

Maka menjadi tanggungjawab kita berfikir secara rasional dalam memilih pemimpin di masa hadapan. Kita bercakap soal politik kerana dalam negara Malaysia ini, politik memainkan peranan penting dalam negara menewaskan faktor ekonomi dan sosial. Sesiapa yang memiliki penguasaan politik dalam Malaysia, nescaya akan memperolehi penguasaan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mereka menggunakan kuasa politik mereka untuk memperolehi kekayaan melalui syarikat-syarikat mereka dalam tender kerajaan, mereka menggunakan media massa untuk menunjukkan betapa mereka prihatin kepada masyarakat dan rakyat dalam negara. Itulah Malaysia kita hari ini hasil dari perancanaan puak-puak yahudi, kapitalis dan barat. Senario ini tidak sama seperti di Amerika Syarikat. Di US, sesiapa yang memegang kekuasaan dari sudut ekonomi, maka dia akan menguasai politik dan sosial. Sepertimana pelobi-pelobi yahudi di senat/kongres US, mereka berupaya memaksa presiden US untuk menentukan dasar-dasar luar terutama yang membabitkan negara Israel. Mereka menggunakan ejen-ejen sosial mereka seperti CNN, BBC malah FACEBOOK sendiri untuk menunjukkan bahawa merekalah manusia dan bangsa yang terbaik berbanding bangsa lain. Inilah akibatnya jika terlalu taksub kepada bangsa. Betullah ujaran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, tidak kira kaum melayu ke, india ke, cina ke, malah yahudi sekalipun, sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan sesungguhnya, maka kamu akan mendapat keredhaanNya.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri, adakah apa yang kita pilih adalah insan yang layak menjadi seorang ulul amri. Kalau sekadar melaungkan memartabatkan islam dengan membina ribuan masjid. Pemimpin bukan islam pun boleh memberikan peruntukan untuk membuat masjid. Ulul amri yang kita inginkan adalah seorang pemimpin yang mempunyai ilmu agama yang kukuh dan disulam dengan ilmu pemerintahan yang mantap. Mempunyai akhlak yang baik dan mampu membimbing keluarga sendiri untuk mendapat redha Allah. Macam mana seorang pemimpin itu ingin memimpin rakyatnya ke arah mendapat keredhaan Allah sekiranya isterinya sendiri tidak menurut syariat Allah. Sebagai seorang suami, dia sendiri seharusnya mampu mengajar isterinya menurut syariat islam.

Wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: