Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini kita dikejutkan dengan budaya yang mencampuradukkan antara syariat dan fesyen. Dimomokkan pula dengan pelbagai rekaan fesyen yang menggunakan nama islam seperti yang dilakukan oleh isteri salah seorang pembesar negara di Islamic Fashion Festival di Monaco baru-baru ini. Sebagai contohnya seperti gambar di atas. Bertudung namun mengenakan legging dan blaus lengan pendek ataupun tiada lengan. Adakah fesyen ini sudah menepati tuntutan keperluan menutup aurat seperti yang dianjurkan oleh Allah Taala? Jika tidak, apakah dia pakaian wanita islam yang menepati syariat 100%? Marilah sama-sama kita mengupas isu hangat ini yang sering dibakulsampahkan oleh sesetengah golongan.
Allah telah menjadikan setiap kejadian ni berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang, rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan. Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi, untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. Tetapi, untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol ape ye?? Kawe pasti anda juga tahu maksudnye.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. Mata lelaki ni selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya dengan melabuhkan tudungnya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk dadanya, sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung.
Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian, mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ni seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka, janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.
Mata lelaki ini akan turun lagi, melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu, wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak same sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ni tak berdosa. Sesudah tu, mata lelaki ni akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka, tolonglah wahai muslimah semua, labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita.Tak pun, pakailah sarung lengan yang ada sekarang nie lebih afdal..kat mydin banyak jual.
Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi, mata lelaki ni ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ni akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu, wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat, kalau nak pakai pun pakailah untuk suami di umah. Lebih selamat.
Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah specialnya wanita, maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami kita. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim: "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak-lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian."
Penerangan Hadis:
Hadis di atas adalah antara hadis-hadis yang memperincikan masalah aurat dalam syariat Islam. Istilah aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram. Arahan menutup aurat ini adalah hasil dari keyakinan keagamaan dan ikatan syahadah yang termeterai dengan pengakuan lisan dan pengiktirafan dengan hati terhadap kebenaran agama Islam. Ia adalah hubungan yang terjalin antara manusia dengan Allah atau agama yang dianutinya. Ia lambang penyerahan diri dan persetujuan terhadap perintah Allah S.W.T. Dalam masa yang sama ia juga adalah tuntutan ibadah dan syariat Islam yang menjadi sebahagian dari anutan, amalan dan penghayatan agama. Ia bukan simbol yang tidak memberikan apa-apa fungsi apatah lagi untuk menandakan atau menunjuk-nunjuk secara provokasi keangkuhan beragama.
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain:
Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita....".
Ayat ini menegaskan empat hal :
1. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
2. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
3. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab, jika perhiasannya saja dilarang untuk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata “…kecuali yang biasa nampak…” dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar R.A. yang biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut ‘Atho,’ Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau (Ibnu Abbas) menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Mas’ud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan jilbab. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yang boleh tampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luarnya saja.
Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang bererti kain penutup kepala (tudung). Ini menunjukkan bahawa kepala dan dada adalah juga termasuk aurat yang harus ditutup. Bererti tidak cukup hanya dengan menutupkan tudung pada kepala saja dan hujungnya diikatkan ke belakang. Tapi hujung tudung tersebut harus dibiarkan terjuntai menutupi dada. Penekanan untuk tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kepada lelaki asing (bukan mahram) kecuali kepada orang-orang tertentu saja seperti suami, anak dsb.
Surah al-Ahzab: 59 "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59).
Pengertian jilbab ialah:
a) Pakaian yang menutupi badan langsung dari atas sampai ke bawah.
b) Pakaian yang lebih lebar dari tudung.
c) Pakaian luar wanita seperti jubah, gamis (baju panjang).
d) Menurut Ibnu Arabi, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala hingga mata kaki.
e) Al-Khatib asy-Syarbini dari al-Khalil menjelaskan bahawa setiap pakaian dalam, pakaian luar dan pakaian yang dipergunakan untuk menutupi adalah jilbab, jika yang dimaksud dengan jilbab itu adalah gamis, maka mengulurkannya itu ialah menyempurnakannya hingga menutup tubuh dan kedua kakinya.
Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap wanita muslimah dan merupakan tanda keimanan mereka. Menutup aurat adalah salah satu dari kewajiban yang telah ditetapkan bagi muslimah, sedangkan menuntut ilmu adalah kewajiban lain yang berlaku untuk seumur hidup.
Hadis sahih ini menjelaskan bagaimana wanita yang tidak akan mencium bau syurga disebabkan kerana mereka berpakaian namun telanjang, ertinya pakaian yang mereka kenakan sempit, transparent (terlalu jarang/nipis membayang) dan menampakkan bentuk tubuh sehingga Rasulullah s.a.w mengumpamakannya dengan ‘berpakaian namun telanjang’. Pakaian yang transparent tidak dapat memenuhi kriteria sebagai penutup aurat, kerana warna kulit masih terlihat, pakaian tersebut juga tidak boleh dipakai untuk solat, apalagi untuk keluar rumah. Al-Nawawi dalam syarahnya menjelaskan bahawa wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang tersebut adalah wanita yang berpakaian dengan menutupi sebahagian badannya dan membiarkan terbuka sebahagian yang lain, atau wanita yang berpakaian tipis sehingga terlihat warna kulit dan bentuk tubuhnya
Dalam hadis Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Asma binti Abu Bakar masuk menemui Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, "Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini," sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).
Hadis ini menunjukkan dua hal:
a. Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
b. Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Iman Syafie berpendapat: Perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol, cabul dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Ini bermakna penutupan aurat iatu adalah satu dari bentuk jaminan keselamatan yang diajukan oleh Islam untuk melindungi kepentingan wanita. Kalau dilihat dari sudut psikologi dan sosial maka pakaian menutup aurat termasuk tudung adalah selaras dengan matlamat murni untuk mewujudkan kejernihan sosial dan mengekang pengaruh rangsangan berahi seks yang jika sudah terkobar sukar dibendung, Hal ini akan menggugat maruah dan keselamatan kaum wanita.
Dari sudut kesihatan pakaian yang menutup aurat termasuk tudung kepala lebih menjamin kesihatan diri dari debu dan kotoran persekitaran. Bagi kaum wanita yang berada di negara beriklim sederhana atau dingin maka pakaian sebegini bukan hanya merupakan keharusan bahkan amat dituntut memandangkan cuaca yang boleh memudharatkan diri mereka kalau terdedah kepada cuaca berkenaan.
Yang lebih penting dalam hal ini ialah berfikir dengan lebih seimbang dan objektif dan tidak berat sebelah dalam melihat isu tudung dan pakaian yang menutup aurat ini. Jaminan kebebasan manusia untuk beragama perlu dipertahankan, Negara tidak akan runtuh hanya kerana kaum wanitanya menutup aurat atau bertudung. Negara runtuh dengan budaya porno, seks bebas, penindasan, sikap tidak bertoleraensi dan kehilangan disiplin kendiri yang dijana oleh persekitaran sosial yang mewabak.
Dari sebahagian dalil dan perbincangan yang telah diuraikan tersebut di atas kita dapat memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Bererti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa. Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain dapat melihat aurat kaum wanita.
Jadi Adakah Ada Batasan Aurat Diantara Perempuan Islam dan Perempuan Bukan Islam?
Berikut merupakan satu soalan yang telah diajukan kepada Hafiz Firdaus di dalam blognya http://hafizfirdaus.com
Soalan
Saya seorang pelajar IPTA yang ditempatkan sebilik di asrama bersama seorang wanita bukan Islam. Apakah batas aurat saya? - Aini, Jerantut, Pahang.
Jawapan:
Pandangan kebanyakan (jumhur) ilmuan Islam adalah batas aurat muslimat terhadap wanita bukan Islam ialah sama seperti terhadap seorang lelaki yang boleh dinikahinya. Segelintir lain berpendapat ia adalah antara pusat dan lutut. Perbezaan pandangan berlaku dalam menafsirkan perkataan “perempuan-perempuan mereka” dalam ayat yang berbicara tentang aurat muslimat: “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada …… perempuan-perempuan mereka……” [Surah al-Nur, ayat 31]
Untuk Syarat minimum, jika seorang muslimat berhadapan dengan wanita bukan Islam yang aman dari fitnah dan boleh dipercayai, maka aurat minimum yang wajib ditutup ialah adalah antara pusat dan lutut. Sebaliknya jika berhadapan dengan wanita bukan Islam yang boleh menimbulkan fitnah atau yang tidak dikenali latarbelakangnya, maka auratnya adalah seperti apabila berhadapan dengan lelaki yang boleh dinikahinya iaitu menutup keseluruhannya. Namun untuk langkah keselamatan eloklah sekiranya keseluruhan aurat ditutup sepenuhnya.
Sumber :
1. http://www.e-ulama.org
2. http://hafizfirdaus.com/content/view/244/90/
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Di bawah merupakan gambar-gambar fesyen yang menghina islam (halal + haram = haram)

Sekiranya Wajah Anda Seperti Diatas, Dinasihatkan Memakai Purdah Kerana
Wajah Yang Cantik Akan Menjadi Tumpuan Lelaki, Dengan Memakai
Purdah Dapat Mengelakkan Fitnah & Pandangan Kaum Lelaki Bukan Mahram.

Isteri Yang Solehah Adalah Yang Membuka Perisai Malunya
Untuk Suami Di Kamar Suami, Dan Memakai Kembali Perisai
Malunya Sebaik Sahaja Keluar Dari Kamar Suaminya.
Untuk Suami Di Kamar Suami, Dan Memakai Kembali Perisai
Malunya Sebaik Sahaja Keluar Dari Kamar Suaminya.
Jadi Adakah Ada Batasan Aurat Diantara Perempuan Islam dan Perempuan Bukan Islam?
Berikut merupakan satu soalan yang telah diajukan kepada Hafiz Firdaus di dalam blognya http://hafizfirdaus.com
Soalan
Saya seorang pelajar IPTA yang ditempatkan sebilik di asrama bersama seorang wanita bukan Islam. Apakah batas aurat saya? - Aini, Jerantut, Pahang.
Jawapan:
Pandangan kebanyakan (jumhur) ilmuan Islam adalah batas aurat muslimat terhadap wanita bukan Islam ialah sama seperti terhadap seorang lelaki yang boleh dinikahinya. Segelintir lain berpendapat ia adalah antara pusat dan lutut. Perbezaan pandangan berlaku dalam menafsirkan perkataan “perempuan-perempuan mereka” dalam ayat yang berbicara tentang aurat muslimat: “Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada …… perempuan-perempuan mereka……” [Surah al-Nur, ayat 31]
Untuk Syarat minimum, jika seorang muslimat berhadapan dengan wanita bukan Islam yang aman dari fitnah dan boleh dipercayai, maka aurat minimum yang wajib ditutup ialah adalah antara pusat dan lutut. Sebaliknya jika berhadapan dengan wanita bukan Islam yang boleh menimbulkan fitnah atau yang tidak dikenali latarbelakangnya, maka auratnya adalah seperti apabila berhadapan dengan lelaki yang boleh dinikahinya iaitu menutup keseluruhannya. Namun untuk langkah keselamatan eloklah sekiranya keseluruhan aurat ditutup sepenuhnya.
Sumber :
1. http://www.e-ulama.org
2. http://hafizfirdaus.com/content/view/244/90/
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
1 ulasan:
=)
Catat Ulasan