SaHaBaT

12/09/2010

PeMBoNGKaRaN BaHTeRa NaBi NuH A.S : Siri 2

Ini merupakan suatu pendedahan ekslusif mengenai penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S yang dikeluarkan sekitar tahun 2005. Penulis mendapat salinan artikel ini dari seorang sahabat melalui emel yang dikirimkan. Sengaja didedahkan mengenai penemuan ini kerana masih ada individu yang masih belum mengetahui mengenai artikel ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat dijadikan ikhtibar dalam mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah Taala, pemilik alam semesta ini. Artikel ini didedahkan secara bersiri kepada anda.

SIRI 2

Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

Catatan Dr.John Morris, seorang Pendaki dan Pengkaji ‘Noah Ark’ di Mount Ararat.

Banyak sungguh halangan untuk mencari ‘The Great Noah Ark’. Saya mendaki banyak gunung lain di dunia dan saya mendaki Ararat ini sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt. Ararat ini memang sebuah gunung yang meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan, Mount Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yang dipanggil ‘Lurah Ahora’, terdapat dinding-dinding batu yang curam. Bahagian yang curam itu sememangnya sukar untuk didaki. Mount Ararat ialah sebuah gunung berapi yang telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ‘banjir besar Nuh’ itu dulu. Puncaknya ditutupi dengan ais batu seluas 17 batu persegi glasier dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasier itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.

Memanjat dari arah air batu yang meluncur itu memang susah. Bermacam-macam masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing & serigala liar, beruang gunung beserta ular-ular berbisa sering datang mengganggu. Puncak gunung yang setinggi 17,000 kaki yang ditutupi dengan ais batu itu pula selalu terjadi cuaca yang tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat. Setiap petang terdapat kilat yang diikuti angin, hujan dan salji. Angin yang bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi, gas yang keluar dari gunung itu ialah gas beracun yang boleh mendatangkan masalah untuk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dalam keadaan susah untuk bernafas.

Puak-puak yang tinggal berdekatan dengan gunung juga turut memberikan banyak masalah kepada kami, kami telah ditembak beberapa kali oleh perompak. Gerila Kurdish juga telah menggunakan gunung itu sebagai tempat persembunyian dalam pertelingkahan dengan kerajaan Turki dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yang terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah. Ramai orang telah terkorban di gunung itu dalam mencari ‘The Great Noah Ark’. Pengalaman yang paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu untuk mencari ‘The Great Noah Ark’.

Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yang sekarang ini telah bersara, tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

Presiden US, Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran sebelum berlakunya Revolusi 1979. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus ais batu ketika Air Force One yang membawa Presiden Jimmy Carter melintasi Mount Ararat. (Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29 Disember 1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31 Disember 1977).

"Saya adalah jurufoto dan wartawan yang berhak meliputi segala aktiviti Whitehouse dan saya selalu sahaja ikut Presiden Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti Presiden itu. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang di utara Turki, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG 29 Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yang kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas ‘sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar yang sebahagiannya ditutupi dengan ais batu."

Gambar The Noah Ark Yang Hilang.

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mount Ararat kerana urusan perniagaan. Tiba-tiba dia terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari ais batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh juruterbangnyanya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar. Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakannya di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari ‘Noah Ark’. Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.

Pada 27 Disember 1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel. Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem ‘Noah Ark’ telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian. Filem dan gambar ‘Noah Ark’ telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam/putih ‘Noah Ark’ yang berukuran 8 x 10 inci. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana.

Pengakuan dibuat kepada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang tinggal di kaki Mount Ararat. Mengikut sejarah/tradisi, mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari ‘Noah Ark’ itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Haji Yearam sentiasa tinggal di kaki Mount Ararat itu. Beberapa ratus tahun selepas 'banjir besar', anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat ‘Noah Ark’ itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macam mana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini. mungkin kerana perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya.

Semasa Haji Yearam masih kecil, ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya. Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis, mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita ‘The Great Noah Ark’ itu adalah berupa dongeng semata-mata. Para saintis kemudiannya mengupah bapa Haji Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mount Ararat dan Haji Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, ais batu salji yang menutupi sebahagian Puncak Ararat mencair.

Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas ‘Noah Ark’ kelihatan seolah-olah berada di dalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari ‘Noah Ark’ itu terjulur keluar dari ais batu. Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh bahagian luar dan dalam ‘Noah Ark’ itu diselaputi syelek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daunnya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan ‘Noah Ark’ tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan ‘Noah Ark’ itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.

Para saintis itu kemudiannya memberi amaran kepada ayah Haji Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itu susah untuknya bercerita tentangnya kepada sesiapa sahaja, itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja.

Gempa Bumi

Pada 2 Mei 1883, telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutupi hampir keseluruhan kampung-kampung yang terdapat di kaki Mount Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasyhat, sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turki menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.

Seorang kapten berbangsa inggeris, Kapten Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turki untuk menyertainya. Di amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan ‘The Great Noah Ark’ itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur ‘Noah Ark’ malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya ditutupi dengan ais batu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar. Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam ‘Noah Ark’. Apa yang mereka dapati ialah ‘Noah Ark’ itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

Pengalaman Ed.Davis

"Saya seorang Sarjan Mejar yang menjaga pembinaan dalam Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran, pada tahun 1943. Ketika sedang mengeluarkan batu dari kuari. Budak berbangsa Kurdish yang menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mount Ararat seraya berkata " Ya, disitulah kampung halaman dan tempat dimana orang tua saya tinggal. Yang mana di puncaknya pula terdapat ‘Noah Ark’, dan ayah saya tahu di mana letaknya ‘Noah Ark’ itu".

Saya terkejut dan berkata "Benar ?.. Boleh bawak saya kesana? " Budak pemandu Kurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dengan ayahnya.

Suatu hari, budak Kurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas. "Pada masa ini, ‘Noah Ark’ masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak." kata Abbas.

Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya. "Kita boleh pergi sekarang kalau nak." kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat-saat yang paling saya tunggu.

Kami seramai 8 org mula mendaki Mount Ararat. Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi. Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus-ratus tahun nenek moyang Abbas akan berhenti di ‘Perigi Yaakob’ berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yg diletakkan oleh orang-orang yang menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi. Kami pun meninggalkan ‘Perigi Yaakob’ dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yang digelar ‘Pintu Belakang’. Itu merupakan jalan ‘short cut’ agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.

Setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain. Mereka memberi satu tali panjang yang mempunyai satu tempat untuk mengikat pinggang. Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua orang Kurdish sentiasa berada di belakang saya seolah-olah pengawal peribadi. Abbas telah kehilangan 2 orang anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati-hati. Saya rasa mereka yang lain semua ada pengalaman mendaki gunung ini, sebab mereka semua tahu jalan-jalan yang mereka lalui walaupun keadaan suasana yang gelap. Hanya saya seorang sahaja yang asing dan berbangsa Amerika.

Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang-barang tentera. Saya lihat Abbas dan rakan-rakannya mempunyai peralatan yang baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana. Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kepada semua. Kami memakainya sepanjang masa. Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yang dapat kami gunakan bagi memberi isyarat. Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yang akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel untuk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.

Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. Rasa-rasanya seperti daging dan sayur sahaja. Pada dinding gua itu terdapat lukisan-lukisan purba. Hanya Abbas dan rakan-rakannya sahaja tahu apa makna lukisan itu. Semua orang masih terikat dengan tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali-kali membuka tali. Cuaca tidak elok semasa kami naik, sentiasa hujan dan berangin. Kami berjalan diatas batu dan ais batu. Terdapat bermacam-macam bahaya, kami selalu sahaja tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. (Memang mereka tinggalkan orang yang mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa). Abbas dikatakan penjaga kepada ‘Noah Ark’ itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada orang/bangsa asing naik ke gunung itu untuk mencari/mengkaji ‘Noah Ark’. Dia kata setiap org yang naik mahu mengopek dan memecahkan mana-mana bahagian ‘Noah Ark’ bagi tujuan membawanya balik.

Sedangkan orang Kurdish ini tidak mahu ‘Noah Ark’ itu di apa-apakan. Pertama kali saya nampak ‘Noah Ark’, ia seolah-olah sebongkah batu biru yang sangat besar. Semakin dekat, barulah rupa bentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak orang. Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan-jalan di atasnya. Abbas menerangkan bahawa ‘Noah Ark’ itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah orang yang telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.

Sebenarnya sebahagian dari barang-barang antik muatan ‘Noah Ark’ telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. Saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah, pasu, bikar, pinggan yang diperbuat dari kulit kerang, piring pelita, semua itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja. Abbas juga menerangkan pada saya, moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspedisi bersama saintis Turki. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sebagai madu asli.

(BERSAMBUNG KE SIRI 3)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: