SaHaBaT

12/21/2010

CaRa OraNG TiBeT KeBuMi MaYaT

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini kita akan dipaparkan dengan suatu pendedahan yang sungguh mengejutkan. Bagi muslim di seluruh dunia, setiap mayat muslim selagi dia mengucap dua kalimah syahadah walaupun hidupnya dipenuhi dengan kemaksiatan, jasad/mayat itu haruslah dibersihkan dari segala kekotoran dan tanda tidak semulajadi seperti tatu, rambut berwarna ataupun sebagainya, sesudah itu dimandikan oleh beberapa individu dari kaum sejenis, dan kemudian dikafankan dan diletakkan wangian kepada mayat itu dan seterusnya ditanam di liang lahad dengan penuh hormat dan keinsafan. Bagi agama lain seperti kristian, mereka juga memuliakan mayat iaitu dengan memandikan, dan dipakaikan sut lengkap beserta kot/tuxedo dan diletakkan di dalam keranda yang ditempah khas beribu dolar setiap satu. Begitulah sesetengah agama yang memuliakan jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Namun sebagai orang islam, walau setinggi manapun pangkat dan kekuasaan seseorang itu, setelah mati mereka tetap ditanam ke dalam kubur dipagari tanah dan dikafankan dengan kain putih yang sahaja. Tidak ada istilah golongan raja dan atasan menggunakan kain songket ataupun bersulamkan emas untuk dikafankan kerana itu adalah syariat yang telah ditetapkan. Itulah hikmahnya islam, tiada sesiapa yang lebih tinggi dari sesiapa melainkan yang membezakan mereka hanyalah amat ibadah mereka di dunia yang fana ini.

Namun bagi sesetengah manusia yang menganut agama farsi seperti di tibet dan india mereka mempunyai cara pengebumian mayat yang agak pelik dan kejam sekali. Bagi mereka inilah cara terbaik untuk memudahkan mereka memasuki syurga di langit (bagi pendapat mereka beragama farsi ini). Apabila seseorang itu sudah tua dan uzur, mereka akan berpindah ke satu tempat penginapan di atas bukit yang tinggi dari kawasan daratan yang lain dan mereka akan menetap di sana sehingga akhirnya menemui ajal di kawasan tinggi tersebut.

Setelah itu mayat mereka akan dibogelkan di suatu kawasan lapang yang tiada penduduk dan tempat kebiasaan laluan burung hering/vulture. Di situ tugas sami bagi agama itu ialah untuk memotong bahagian-bahagian badan mayat tersebut dan mengeluarkan darah supaya mudah untuk dihidu oleh kumpulan burung hering yang berada tidak jauh dan yang melalui kawasan itu. Setelah itu burung hering itu akan berkumpul di sekeliling mayat tersebut untuk meratah daging mayat tersebut. Mereka percaya apabila burung-burung hering/vulture ini memakan mayat mereka dan terbang di langit, maka roh mereka akan menunggang bersama burung tersebut untuk naik ke langit dan memudahkan roh untuk ke syurga kerana mereka percaya syurga berada di langit. Marilah sama-sama kita menilai betapa kejamnya upacara pengebumian masyarakat kepercayaan ini. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai islam oleh Allah Taala, sesungguhnya nikmat yang paling besar kepada kita di dunia ini adalah nikmat iman dan nikmat islam. Semoga menjadi muhasabah diri kita semu.

Wassalam....









IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: