Assalamualaikum w.b.t. semuanya, kali ini kita akan membicarakan mengenai sebuah kisah yang sungguh pelik tetapi benar. Inilah dia kekuasaan Allah Taala kepada manusia, walau sehebat manapun ciptaan manusia dan sebijak manapun otak manusia, untuk mencipta 1 sel pun tidak mungkin kerana setiap benda di atas dunia ini adalah ciptaanNya. Di sebuah wilayah di china, terdapat seorang budak lelaki berbangsa cina yang berusia 6 tahun yang mempunyai keseluruhan 31 jari termasuk jari kaki dan tangan. Sehinggakan dia terpaksa menjalani operasi pembedahan untuk membuang jari yang lebih itu.
Pembedahan yang mengambil masa selama 6 jam setengah itu diadakan di Hospital Shengjing di wilayah Shenyang, China. Doktor terpaksa membuang 11 jari kaki dan tangan kanak-kanak tersebut. Ini kerana terdapat sesetengah jari kanak-kanak tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu menurut ibunya telah dikenali sebagai 'raksasa' oleh kawan sekelasnya di tadika. Menurut Daily Mail, kanak-kanak ini telah mencatatkan rekod sebagai manusia paling banyak mempunyai jari di dunia. Salah satu tangannya mempunyai 7 jari dan sebelah lagi mempunyai 8 jari. 4 jari di sebelah tangannya dan 3 jari di sebelah tangan yang lain tidak dapat berfungsi dengan betul walaupun sifat jari tersebut sempurna.
The boy’sKeadaan penyakit kanak-kanak ini dikenali sebagai polydactyly, suatu penyakit genetik yang jarang berlaku di seluruh dunia. Pada kebiasaannya penyakit ini berlaku pada jari yang paling hujung sama ada di ibu jari ataupun jari kelingking. Tetapi kanak-kanak ini mengalami penyakit central polydactyly, iaitu jari lebih yang tumbuh di tengah-tengah jari yang lain menurut Daily Mail.
Sumber :
1. http://www.nydailynews.com/lifestyle/health/2010/03/24/2010-03-24_sixyearold_chinese_boy_with_31_fingers_and_toes_has_extra_digits_removed_through.html
2. http://damncoolpics.blogspot.com/2010/03/boy-with-31-fingers-and-toes.html
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan