Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, tuhan yang mencipta sekalian alam semesta ini, pemberi rahmat dan pertolongan kepada keseluruh makluk ciptaanNya, mematikan makhlukNya, memberikan kekuasaan dunia kepada hambaNya, memberikan makan dan minum kepada setiap makhlukNya hatta makhluk terkecil di dunia, memberikan segalanya yang diperlukan kepada makhlukNya. Marilah sama-sama kita mengucapkan ksyukuran tidak terhingga atas nikmat yang diberikan ini. Hatta nikmat bersin sekalipun walaupun kelihatan remeh namun ada hikmah disebalik pemberian nikmat itu. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa mengingati bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah Taala yang Maha Esa, yang tidak beranak dan diperanakkan.
Dasawarsa ini kita melihat manusia semakin hari semakin jauh dari matlamat utama sebagai hambaNya iaitu mendambakan diri sepenuhnya menjalankan amanah Allah di muka bumi ini. Tugas sebagai khalifah di muka bumi ini telah ditawarkan kepada gunung, namun segagah gunung itupun tidak mahu menerima bebanan amanah yang akan dipersoal di hari muka kelak. Namun manusia dengan kudrat tulang empat kerat yang sudah semestinya tidak mampu menandingi kudrat sang gunung, manusi sanggup menerima tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini. Kerana apa? Kerana Allah Taala telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk berfikir dengan waras dalam mentadbir dunia ini mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Allah Taala melalui KalamNya iaitu Al-Quran Al-Karim. Namun kita melihat manusia tetap dengan pemikiran kotornya menjahanamkan alam ini dengan 1001 kerenah walaupun mereka telah diutuskan beratus ribu nabi dan rasul.
Mengapa ini bisa terjadi? Jawapannya adalah mudah, iaitu menjadikan hawa nafsu sebagai raja dan menjadikan akal fikiran yang sihat sebagai tunggangan tidak bermanfaat. Sejarah telah menceritakan kepada kita bagaimana umat-umat terdahulu telah dilenyapkan dari muka bumi kerana sifat mereka yang sering menyekutukan Allah dan RasulNya. Menyeksa dan mencaci rasul utusanNya, membunuh para nabi yang diutuskan oleh Allah kepada mereka dan menyembah batu-batuan, pohon-pohonan iaitu makhluk Allah menjadi tuhan mereka. Kitab-kitab sebelum Al-Quran iaitu seperti Zabur, Taurat dan Injil diselewengkan dan ditokok tambah mengikut citarasa mereka sehingga hilanglah segala yang baik untuk dijadikan teladan. Kerana itulah Allah Taala telah menjamin kitab suci Al-Quran Al-Karim akan sentiasa terjamin dari pengkhianatan pihak yang zalim, walaupun ada pengkhianatan yang ingin dilakukan, namun kesemuanya telah digagalkan oleh Allah Taala. Namun berapa banyak kelompok manusia yang betul2 memahami apa yang terkandung di dalam Al-Quran? Berapa banyak kelompok yang betul2 bertindak dan berkata-kata berlandaskan Al-Quran? Dan berapa ramaikah manusia yang memanfaatkan kitab Al-Quran untuk memperbaiki diri mereka, amalan mereka dan segala urusan dunia mereka?
Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya sedar bahawa di zaman ini sudah terlalu banyak kemaksiatan dan kekhilafan yang berlaku hatta dalam umat islam sendiri. Mereka berteriak kononnya merupakan individu yang memartabatkan islam, memperkasakan islam dalam pemerintahan mereka, menjadikan islam sebagai tunjang kepada pembangunan dan segala macam bidang lain. Namun hakikatnya itu semua hanyalah kosmetik semata-mata dalam meraih sokongan manusia untuk mereka berkuasa. Mereka bermuka-muka inilah yang menjadi pemimpin dalam dunia sekarang. Pemimpin masyarakat diutamakan dan segala kemewahan dilimpahkan kepada mereka. Akhirnya mereka sendiri menindas rakyat dibawah pimpinan mereka. Kisah kesederhaan Khalifah Ar-Rasyidin dan kisah takutnya Khalifah Umar Abd Aziz dalam menjalankan amanah sebagai pemerintah tidak pernah mereka semat di dalam hati, sekadar menjadi sapaan angin yang lalu sahaja. Inikah dia kepimpinan yang dikatakan menegakkan islam.
Tongkat kuasa yang diberikan bukanlah suatu tiket kepada sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin untuk mereka menjejak kaki ke syurga Allah Taala. Malah digambarkan bahawa menjadi pemimpin ini ibarat telah meletakkan kaki kiri ke dalam neraka, sedikit amanah yang tidak ditunaikan akan menyebabkan keseluruhan badan terjerumus ke lembah neraka yang panas lagi menyala-nyala itu. Seharusnya kita sebagai khalifah di muka bumi ini memikirkan tentang kata-kata ini. Jangan mudah menerima amanah sekiranya tidak mampu. Jangan mudah mempersembahkan diri kepada khalayak ramai dengan ego mengatakan kitalah yang mampu padahal kita hanya berniat untuk mendapat kemasyhuran dan keegoaan dunia semata. Berfikirlah sebelum mengambil dan menerima sesuatu amanah, lakukan seperti saranan Rasullullah S.A.W dalam kita menerima amanah. Sesungguhnya menerima amanah seperti sedang meletakkan sebilah pedang berkilauan di leher. Namun seandainya kalian mampu dan wajib untuk memikul amanah itu, maka laksanakannya dengan penuh beramanah, beretika dan berakhlak. Jangan jadikan amanah sebagai medan untuk kita meraih kemasyhuran, keegoan, keriakkan malah merasakan bahawa orang bawahan yang lain tidak berilmu dan tidak setaraf dengan kita.
Dewasa ini antara penyakit yang melanda individu berpendidikan agama adalah mereka merasakan diri mereka mulia berbanding individu lain. Mereka merasakan mereka lebih dipandang tinggi dalam masyarakat dan mereka terus hanyut di dalam khayalan mereka sendiri. Kita seharusnya ingat, semakin tinggi ilmu agama yang dipelajari, semakin kuat godaan syaitan datang menerjah untuk membuatkan kita alpa dalam kemungkaran Allah. Muhammad Hassan Basri dalam bukunya bertajuk Andai Syurga & Neraka Tidak Ada, mengatakan bahawa godaan syaitan kepada manusia ada 2 perkara. Pertama godaan untuk melakukan perkara kemungkaran sehingga kita tidak mampu lagi menolak godaan tersebut. Kedua ialah godaan untuk melakukan kebaikan. Godaan melakukan kebaikan merupakan godaan yang sering diberikan kepada insan yang mempunyai ilmu agama. Syaitan/Iblis akan menggoda kepada insan beragama agar melakukan banyak kebaikan dan akhirnya insan tersebut akan berasa bahawa dia sudah cukup untuk memasuki syurga Allah. Malah kelama-lamaan akan timbullah perasaan ujub dalam hati maka rosaklah segala amal ibadahnya selama ini dek kerana sifat tersebut. Inilah dia penyakit yang sedang melanda golongan beragama tanpa mereka sedari.
Maka selaku insan yang ditugaskan di bumi ini sebagai khalifah Allah Taala. Kita seharusnya menyedari setiap gerak-geri kita haruslah berdasarkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qias. Tanpa keempat-empat ini, maka tempanglah hala tuju kita. Jauhilah sifat riak, takabbur, sombong dan ujub dalam diri. Ingatlah setinggi manapun kita belajar ilmu sama ada ilmu fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Ilmu yang kita miliki itu hnyalah setitis dari lautan ilmu Allah Taala. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar dari peringatan yang tidak seberapa ini. Jadikanlah hari ini lebih esok dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ana insan yang serba kekurangan dan serba dhaif ini ingin mengucapkan
Semoga Allah memberkahi kita semua, insyallah, Amiinn....
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIAH
1432 H / 2010 M
1432 H / 2010 M
Semoga Allah memberkahi kita semua, insyallah, Amiinn....
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
1 ulasan:
='(
Catat Ulasan