Assalamualaikum w.b.t semua,
Terima kasih kerana masih setia membaca artikel-artikel di blog saya ini. Semoga setiap informasi terkini yang di'post'kan di sini akan menjadi sumber ilmu dan dapat mengilmukan diri kita di masa hadapan. Kali ini kita akan berbicara mengenai sebuah keajaiban kejuruteraan yang dibina oleh jurutera dari barat iaitu sebuah balkoni yang diperbuat daripada kaca sepenuhnya. Balkoni kaca ini dibina di tingkat 103 menara willis di Chicago, Illinois. Willis Tower dahulunya dikenali sebagai Sears Tower, adalah bangunan setinggi 108 tingkat, 1451 kaki tinggi ataupun 442 m. Bangunan ini selesai dibina pada 1974, ia merupakan menara tertinggi di dunia selepas mengatasi ketinggian menara WTC di New York. Menara Willis @ Sears ini telah memegang rekod bangunan tertinggi selama 25 tahun iaitu dari 1974 sehingga 1998.
Menara ini dibina bermula 1969 oleh syarikat Sears, Roebuck & Co. Pada 1974, menara ini telah siap dibina dengan kos sekitar USD$150 juta dan jika dinilai dengan nilai semasa, kos pembinaannya sekitar USD$950 juta. Ini berdasarkan perkiraan pembinaan Menara Taipei 101 di Taiwan yang bernilai USD$1.76 Bilion. Pada 2003, Menara Sears ini telah tamat kontraknya menggunakan nama Sears Tower, namun selepas itu menara ini masih dinamakan sebagai nama Menara Sears. Pada Mac 2009, sebuah syarikat dari London iaitu Willis Group Holdings. Ltd., bersetuju untuk membeli menara itu dan menambahbaikkan menara tersebut. Pada 16 Julai 2009, Menara ini telah secara rasminya berpindah milik dan dinamakan semula sebagai Willis Tower.
Setelah penjenamaan semula bangunan ini dilakukan oleh Willis Group Holdings, banyak penambahbaikan telah dilakukan oleh syarikat untuk menjadikan bangunan tersebut lebih relevan dengan arus pembinaan semasa dan menarik perhatian orang ramai. Antara pembaharuan yang dilakukan adalah dengan pembinaan 2 balkoni yang diperbuat daripada kaca. Keseluruhan balkoni itu diperbuat daripada kaca dan dibuka kepada orang ramai. Tahap keselamatan pembinaan balkoni ini sungguh tinggi dan sering diselenggera untuk memastikan ianya sentiasa selamat dari semasa ke semasa untuk orang awam. Balkoni ini terletak setinggi 1,353 kaki di udara iaitu di tingkat 103 dan keluar dari badan bangunan 4 kaki. Balkoni ini berukuran 4x10x10, diperbuat dari kaca keseluruhannya termasuk dinding, lantai dan bumbung. Balkoni ini telah membuatkan pengunjung seolah-olah sedang berada di atas dan berawangan sebuah bandar.
Sumber :
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Willis_Tower
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan