SaHaBaT

12/21/2010

MuZiUM MaYaT di PaLeRMo

Gereja Pengebumian bawah tanah Capuchins (Italian Catacombe dei Cappuccini) – gereja pengebumian bawah tanah ini terletak di bandar Palermo di Sicily, gereja bawah tanah ini kini dihuni lebih lapan ribu ‘penduduk’, kebanyakan mereka adalah golongan elit dan penduduk dari tanah semenanjung – antaranya seperti golongan alim gereja, aristokrat dan perwakilan masyarakat dari pelbagai profesion. Inilah antara gereja bawah tanah yang paling besar yang memaparkan mayat-mayat golongan elit ini yang telah diawet termasuk kanak-kanak dan wanita – rangka mayat, mumia yang diawet, mayat yang tidak reput dibaringkan, berdiri, terganrung da nada yang diatur dala barisan.


Pada akhir kurun ke-XVI, kadar kematian di bandar Palermo telah meningkat dan menyebabkan kawasan perkuburan kristian Capuchin menjadi sesak, kesempitan ruang untuk pengebumian golongan alim gereja telah menyebabkan pihak gereja terpaksa mencari alternatf lain. Ini kerana pengebumian golongan paderi gereja harus diberi penghormatan tinggi dan tidak sama dengan rakyat biasa. Dengan itu pihak gereja telah menggali bilik bawah tanah ini untuk tujuan berkenaan. Pada 1599, mumia adik kepada Datuk Bandar Gubbio telah dikebumikan di perkuburan bawah tanah ini, dan seterusnya mumia-mumia golongan alim gereja telah turut sama dikebumikan. Keseluruhan ruangan ini mempunyai kira-kira 1871 bilik yang menempatkan mumia-mumia golongan alim dan aristokrat ini.
















Perlu diingatkan di sini bahawa apa yang dipaparkan ini adalah adat dan budaya pengebumian bagi orang bukan islam. Justeru, menurut secara islamnya, bukan begini caranya untuk dkebumikannya mayat kerana walaupun itu hanyalah jasad yang tidak bergerak, namun ianya tetap harus dimuliakan kerana ianya adalah milik Allah Taala. Segala apa yang Allah Taala kurniakan kepada kita hendaklah disyukuri dan dikembalikan kepada tempat asalnya iaitu tanah dengan cara yang baik bukannya dengan mengawetkannya dan dibiarkan menjadi tatapan umum seperti ini.

Menguruskan jenazah adalah perkara yang tidak boleh dielakkan begitu saja. Ia adalah tuntutan fardu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanya sebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab itu. Orang yang paling berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarga atau waris terdekat si mati. Contohnya, anak si mati sekiranya si mati adalah bapanya dan jika warisnya tidak berkemampuan atau berpengalaman, maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatu kawasan untuk menguruskannya.

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani, katanya: “Ada tiga macam waktu, di mana Rasulullah melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu itu.

“Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam sama sekali.” Selain mengetahui waktu sesuai dan tidak sesuai mengebumikan mayat seperti yang disebutkan dalam hadis atas, cara mengebumikan mayat hendaklah dilakukan selari dengan ajaran Rasulullah.

Dalam hal ini, mayat hendaklah dibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat. Permukaan tanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit daripada permukaan bumi agar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu.

Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi saw bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Hadis riwayat Bukhari)

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: