SaHaBaT

12/12/2010

CaRa BaRu MeRoMPaK KeReTa

Ini merupakan cara baru yang dipraktikkan oleh perompak/pencuri kereta di nuansa sekarang. Modus operandinya cukup mudah dan mensasarkan pemandu perempuan di kawasan tempat letak kereta yang mempunyai kadar sekuriti yang rendah. Bagaimanakah caranya?

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang sewaktu mengundurkan kenderaan, kita akan dapati ada kertas yang melekat ditengah-tengah cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perhatian kepada pemandu dari kaum hawa? Pasti beg bimbit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci rumah kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi! Alangkah bahayanya, maka berhati-hatilah kaum hawa sekalian. Seandainya segala identiti anda diperolehi, pelbagai benda yang tidak baik dapat dilakukan oleh si pencuri itu. Jika ini berlaku, segera lapor pada pihak polis dan mengambil langkah-langkah keselamatan lain seperti menukar kunci/mangga rumah (jika kunci rumah turut dilarikan), melaporkan kepada pihak bank sekiranya kad bank, kad kredit dan sebagainya dilarikan.

Jika pemandu lelaki mungkin risiko lanjutan ini kurang berlaku, namun semuanya harus berwaspada. Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: