SaHaBaT

12/25/2010

KeMPeN JoM JaDi PaDeRi??

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kembali kita di laman blog penuh berinformasi ini bertujuan untuk melengkapkan diri kita dengan pelbagai disiplin ilmu dan disamping itu kita mengetahui pelbagai keajaiban ciptaan Allah Taala yang dipaparkan olehNya di seluruh dunia bertujuan untuk menunjukkan betapa tinggi kekuasaanNya ke atas kita iaitu makhluk ciptaanNya. Kali ini isu yang akan ditampilkan ke hadapan adalah isu mengenai suatu disiplin dalam ajaran kristian, Buddha dan juga hindu yang melarang pernikahan kepada sesiapa yang ingin mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Dalam dalam terma kristianiti dikenali sebagai celibacy yang melarang sesiapa sahaja yang menjadi paderi dari berkahwin, manakala di dalam ajaran Buddha, larangan perkahwinan ini telah diutarakan oleh Siddhartha Gautama dengan keputusan beliau meninggalkan isterinya iaitu Puteri Yasodharā dan anak lelakinya Rahula kerana bertujuan untuk melengkapkan dirinya bersatu dengan tuhan. Manakala bagi agama hindu pula, larangan berkahwin ini dikenali sebagai brahmacharya seperti yang dinyatakan dalam kitab Veda iaitu bab keempat yamas.

Baru-baru ini didedahkan di dalam laman sesawang Newsweek mengenai kisah larangan paderi berkahwin yang telah menyebabkan bilangan paderi berkhidmat di seluruh eropah semakin berkurangan malah penglibatan golongan muda sebagai paderi juga semakin berkurangan. Masalah ini semakin ketara berlaku di Perancis, salah sebuah negara yang mempunyai penganut agama kristian katholik yang ramai. Perancis mempunyai 61 juta penduduk dengan 64 peratus atau 41.6 juta daripadanya menganut kristian katholik. Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 2 juta sahaja pergi ke gereja setiap minggu menurut Jacques Carton, wakil persidangan paderi (Bishop Conference) di Perancis.

Pope Benedict XVI sedang menghadiri persidangan
paderi di Vatican City, bandar Kristian di eropah.

Artikel Newsweek itu menyatakan bahawa gereja-gereja di Perancis terpaksa mendapatkan para paderi dari Afrika bagi berkhidmat di gereja-gereja di Perancis. Nampaknya bukan sahaja pasukan bolasepak perancis yang dipenuhi pemain kulit hitam, kini gereja-gereja di perancis turut dipenuhi dengan paderi-pader dari negara afrika seperti Ghna, Nigeria dan Senegal.

Web Kempen Menjadi Paderi

Artikel di Newsweek juga menyebut oleh kerana rakyat perancis berkulit putih enggan menjadi paderi, maka gereja di sana memutuskan untuk membuat kempen bagi menarik minat rakyat perancis khususnya golongan muda untuk menjadi paderi. Slogan kempen tersebut adalah “Pourquoi Pas Moi?” atau “Mengapa Tidak Saya”.

Pada 20 April 2009, kempen besar-besaran dibuat di seluruh negara dengan 70 000 poskad dengan gambar paderi yang berpakaian lengkap dengan butang yang berbunyi “Jesus is my boss” diedarkan. Artikel tersebut mendakwa kempen yang dijalankan oleh pihak gereja di Perancis tersebut menemui kegagalan kerana anak muda di Perancis tidak mempunyai minat menjadi paderi.

Slogan Kempen Yang Memaparkan Gambar Anak Muda Memegang
Banner Kempen Dengan Lencana di Baju Mereka 'Jesus is My Boss'

Jesus Is My Boss ??

Menurut seorang paderi, Eric Poinsot yang terlibat dalam menguruskan kempen tersebut, antara penghalang utama anak muda dalam menjadi paderi adalah ajaran kristian katholik yang tidak membenarkan seorang paderi berkahwin. Eric Poinsot menyatakan, “tidak diragukan pembujangan (celibacy) adalah satu halangan untuk anak muda menjadi paderi.”

Bishop Eric Poinsot Yang Ditugaskan Melancarkan
Kempen
Menjadi Paderi di Perancis

Paderi itu juga menceritakan anak muda di Perancis sudah jauh dari pegangan agama kristian. Diberitakan apabila salah seorang anak muda Perancis diajak pergi ke gereja bagi mendekatkan diri dengan tuhan, jawab anak muda tersebut, “Devil is my god.” (Syaitan adalah tuhan saya).

Sebuah tulisan Rudolph W. Giulani (mantan datuk bandar New York) di dalam bukunya Leadership. Beliau menyatakan sewaktu beliau masih remaja beliau pernah bercita-cita menjadi paderi dan telah mendaftarkan diri di Monfort Fathers sebagai paderi yang akan bertugas di negara-negara miskin seperti Haiti ataupun Afrika. Bagaimanapun beliau tidak berupaya meneruskan niatnya itu kerana katanya, “keinginan saya kepada golongan wanita adalah sesuatu yang tidak boleh dipendamkan.” Dengan perkataan lain, keinginan untuk berkahwin menjadi penghalang kepada Giuliani menjadi paderi.

Buku Tulisan Rudolph W. Giulani Bertajuk Leadership Menceritakan
Kisah Hidupnya Ingin Menjadi Seorang Paderi, Tetapi Terhalang Kerana
Keinginannya Terhadap Wanita.

Fenomena yang dihadapi oleh gereja di perancis dan masalah yang dihadapi oleh Guilaini untuk menjadi paderi menunjukkan betapa sukarnya agama kristian bertarung dengan keinginan fitrah manusia. Pembujangan menjadi prasyarat utama untuk mereka yang ingin hidup sebagai paderi kini diakui sendiri oleh para paderi di perancis sebagai hambatan besar bagi menarik minat rakyat perancis atau anak muda di sana untuk hidup sebagai paderi.

Sheikh Muhammad at-Tahir Ashur (Ibn Ashur) seorang alim ulama Tunisia yang terkenal di abad ke-20 telah menghasilkan satu kitab yang amat masyhur iaitu Maqasid al-Shari’ah. Di dalam kitabnya itu, beliau menulis satu tajuk khusus mengenai fitrah. Beliau menulis bahawa islam adalah agama fitrah dan fitrah adalah satu penciptaan/kehendak semulajadi (khilqah) dan satu peraturan (nizam) yang Allah tanamkan dalam diri setiap insan.

Sebagai contoh Ibn Ashur menyatakan bahawa berjalan dengan menggunakan kedua-dua kaki adalah satu fitrah fizikal (fitrah jasadiyah) manusia manakala cuba untuk memegang sesuatu barang dengan kaki adalah bertentangan dengan fitrah.

Menurut ibnu Ashur apabila kita menyatakan islam sebagai agama fitrah bermakna islam itu sendiri adalah selaras dengan kehendak semulajadi manusia kerana islam mengandungi kepercayaan dan peraturan-peraturan yang semuanya adalah perkara-perkara yang rasional atau perkara-perkara yang selaras dengan apa yang dibayangkan dan disahkan oleh akal pemikiran.

Ibnu Ashur menulis, “jika kita periksa dengan teliti maksud umum syariat islam, kita akan mendapati ianya mengajurkan manusia untuk mengekalkan fitrah dan menghalang fitrah itu dilanggar ataupun dirosakkan. Oleh itu apa sahaja yang membawa kepada pelanggaran fitrah akan dilarang dan dielakkan dalam syariat, manakala apa sahaja yang membawa kepada pengembalian semula dan pengekalan fitrah akan dianjurkan dan diperintahkan oleh fitrah.

Vatican City, Bandar Suci Agama Kristian di Eropah.

Bagi islam perkahwinan adalah satu tuntutan fitrah kerana setiap manusia dijadikan Allah Taala dengan baik lelaki ataupun perempuan memerlukan antara satu sama lain. Atas dasar itu, islam tidak seperti kristian katolik, tidak melarang manusia berkahwin kerana larangan tersebut hakikatnya melanggar fitrah manusia. Ketakutan paderi bahawa perkahwinan mungkin menghalang manusia mendekatkan diri kepada tuhan tidak boleh diterima oleh islam kerana faedah perkahwinan adalah terlalu besar untuk umat manusia.

Di atas pelanggaran fitrah tersebut iaitu larangan paderi untuk berkahwin menyebabkan pihak Vatican sendiri terpaksa menghadapi masalah berhadapan dengan skandal seks yang melibatkan para paderinya sendiri. Namun islam sentiasa menyuruh umatnya agar sentiasa mematuhi fitrah semulajadi dan bukanlah memenuhi hawa nafsu. Harus dibezakan diantara tuntutan semulajadi dan juga desakan hawa nafsu. Allah Taala telah menciptakan manusia yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan bertujuan untuk saling melengkapi dan tidak ada yang lebih tinggi darjatnya disisi Allah di akhirat nanti kecuali sesiapa yang mempunyai iman yang cukup sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Ar-Rum: 21)

Berkenaan dengan hujah yang menyatakan bahawa pernikahan akan membuatkan seorang insan itu lebih jauh dari Allah adalah tidak benar. Qurthubi berkata dalam bab Nikah ketika ia menguraikan kitab nikahnya Imam Muslim: “keterangan menunjukan tentang keutamaan menikah terdapat dalam beberapa hadits”, sedangkan hadits yang mengutamakan nikah itu ada dua pendapat. Salah satu memberikan alasannya sebagai berikut:

“Dengan menikah seseorang lelaki mendapatkan wanita yang boleh menolong agamanya dan dunianya, boleh mengurangkan beban dan mengasihi anak”.

Mua’adz bin jabal ra berkata : “Shalatnya orang yang sudah menikah itu lebih utama dibandingkan 40 rakaat dari shallatnya orang yang membujang”,

Berkatalah Abdullah bin Abbas ra :

“Menikahlah kalian, sesungguhnya sehari bersama isteri itu lebih baik dibandingkan ibadah seribu tahun”.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang pemuda : “ Menikahlah kamu, sesungguhnya sebaik-baik umat itu adalah yang lebih banyak wanitanya”.

Sa’idbin Abu Maryam menceritakan kepada kami, Muhammad bin Ja’far mengabarkan kepada kami, Humaid bin Abu Humaid At-Thawil bahwasanya ia mendengar Anas bin Malik r.a. berkata: “Ada tiga orang yang mendatangi rumah-rumah isteri Nabi saw. menanyakan ibadah Nabi saw. Maka tatkala diberitahu, mereka merasa seakan-akan tidak faham (sangat sedikit). Mereka berkata: “Di mana posisi kami dari Nabi saw., padahal beliau telah diampuni dosa-dosanya baik yang lalu mahupun yang akan datang.” Salah satu mereka berkata: “Saya akan qiyamul lail selama-lamanya.” Yang lain berkata: “Akan akan puasa selamanya.” Dan yang lain berkata: “Aku akan menghindari wanita, aku tidak akan pernah menikah.” Lalu datanglah Rasulullah saw. seraya bersabda: “Kalian yang bicara ini dan itu, demi Allah, sungguh aku yang paling takut dan yang paling takwa kepada Allah. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku sholat, aku tidur, dan aku juga menikah. Barang siapa yang benci terhadap sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.” (Al-Bukhari)

Maka sesungguhnya banyak hikmahnya pernikahan yang dianjurkan oleh islam. Kalian boleh merujuk kepada informasi lain yang berkaitan dengan kebaikan pernikahan ini. Terlampau banyak manfaatnya dunia dan akhirat. Semoga apa yang baik itu dapat kita jadikan sebagai teladan dan apa yang buruk itu dijadikan sempadan dan pengajaran di hari hadapan. Insyallah amiin…
Wassalam….

Sumber:
1. Ruangan Primafacie oleh Mohamed Hanipa Maidin, Koridor Pakatan Rakyat, halaman 20, Harakah edisi 24-26 disember 2010
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Celibacy
3. http://www.newsweek.com/2010/04/06/the-trouble-with-celibacy.html
4. http://www.newsweek.com/2010/06/04/banned-by-the-pope.html
5. http://www.etpourquoipasmoi.org/index.php
6. http://haluansiswa.haluan.org.my/index.php/email-pilihan/402-nikah-wasiat-buat-para-pemuda


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: