SaHaBaT

5/31/2010

JuMaaT PaLiNg IndAH














Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang, berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

ShaKeN BaBy SyNDroMe (SBS)

Assalamualaikum...w.b.t.
Dari sebuah emel yg dterima....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.













SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).


Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/30/2010

TaYaR TaNPa AnGiN


















Tayar bocor adalah masalah paling leceh bagi pemandu kereta dan penunggang motorsikal. Apatah lagi keadaan ini berlaku di saat kecemasan. Contohnya bini anda hendak bersalin, anda perlu membawanya ke hospital. Dalam perjalanan tayar pula bocor. Kan pening kepala di buatnya.

Dari permasalahan ini maka terhasilnya tayar yang tidak akan bocor bahkan tidak memerlukan angin. Tayar ini dicipta oleh askar Amerika Syarikat. Idea ini timbul apabila jip askar Amerika kerap kali bocor apabila di bawa memasuki hutan akibat terlanggar batu dan tunggul kayu.


















Tayar yang diberi nama Airless Tire ini mampu menahan beban sehingga 1746 kg dan berukuran 37 inci (berdiameter 94 sentimeter). Tayar anti bocor ini akan digunakan di seluruh kenderaan perang milik Amerika seperti Hummer dan lain-lain.

Untuk menampung beban, rim tayar telah direka bersifat elastik. Askar Amerika menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama seperti tayar biasa yang memberi keselesaan dalam pemanduan.



































Sayangnya pihak Askar AS tidak menyatakan bahan apa yang digunakan untuk membuat tayar ini dan adakah tayar ini akan dikembangkan untuk tujuan komersil. Kalau bahan yang digunakan diketahui umum, maka revolusi tayar pasti akan berlaku secara menyeluruh.





















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

PeRaBoT JiMaT RuaNG
























Assalamualaikum...w.b.t.

Kali ni nak bercerita tentang perabut la, pernah dengar tak perabut yang jimat ruang gaban nih..?
Biasanya terdapat 3 perabot utama di bilik iaitu katil, meja, dan almari. Walaupun terdapat 3 perabot asas sahaja bagi sesebuah bilik, adakah bilik anda cukup luas untuk menampung kesemua perabot ini?

Jika ruang bilik anda tidak begitu luas, maka anda anda boleh membeli perabot seperti gambar di atas yang mampu meminimakan ruang bilik anda. Kesemua perabot yang perlu ada dalam sesebuah bilik seperti katil, meja dan almari telah digabungkan menjadi 1.

Memang kreatif kan. Secara jujurnya, perabut jenis ni memang x pernah terdapat di pasaran Malaysia. Ada ker jual di Malaysia ni? Berapa harganya agak-agak? Ada siapa-siapa yang tahu tak..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/29/2010

RuMaH PaLiNG SeLaMaT Di DuNiA



















Anda bimbang dengan kes jenayah yang kian meningkat saban tahun? Kini anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh merekabentuk rumah anda dengan ciri-ciri keselamatan seperti sebuah rumah rumah di Poland ini.

Rumah ini dibangunkan dengan pertahanan yang cukup kuat (seperti sebuah benteng) agar tidak mudah di musnahkan dengan bom tangan.

Di katakan pemilik rumah ini mendapat idea membina rumah seperti benteng ini kerana pernah mengalami kajadian yang menakutkan suatu ketika dahulu. Sekarang mari kita reka bentuk rumah ini dengan lebih dekat.






















































Setelah anda masuk melepasi pintu gerbang, pintu gerbang akan tertutup dengan sendirinya. Kemudian tingkap dan pintu akan terbuka agar kelihatan seperti rumah biasa.

Walaupun sekeliling rumah ini di kelilingi oleh konkrit yang bertindak sebagai benteng, ciri-ciri dalaman rumah ini masih menitikberatkan aspek kemewahan. Mari kita lihat ruang dalaman rumah ini dengan lebih dekat:-

























































































Rumah ini juga dilengkapi dengan skrin layar gergasi di dinding rumah untuk menikmati siaran televisyen atau menonton wayang dengan lebih santai di luar rumah. Selain itu, garaj untuk menyimpan kenderaan juga adalah di dalam rumah ini. Dinding akan terbuka apabila sistem pengesan menerima arahan dari alat kawalan.




































Bagaimana dengan rekabentuk rumah ini? Cukup kebal untuk dibolosi si pencerobohkan. Walapun cukup untuk menjamin keselamatan anda sekeluarga namun anda tidak boleh lari menghadapi kematian hahaha.. MALAIKAT MAUT TETAP AKAN DATANG !!!

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/28/2010

ALaT CuRi PaSSWoRD














Assalamualaikum...w.b.t.

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu... Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya. Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device. Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan.

















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

AiR MiNeRaL PaLiNG MaHaL DuNiA



















Boleh dikatakan bahawa air adalah zat mineral yang paling banyak di bumi ini. Jadi tak hairan jika air mudah didapati dengan mudah baik untuk mencuci, mandi, ataupun sebagai air minuman seperti air mineral.

Bercakap tentang air mineral, rasanya tidak sah jika kita tak bercakap tentang Fillico Beverly Hills. Apakah itu Fillico Beverly Hills? Fillico Beverly Hills adalah air mineral yang talah dinobatkan sebagai air mineral termahal di dunia, harga per botol (740 ml) boleh mencapai USD100.

























Ternyata air mineral ini bukan air mineral biasa. Air mineral ini berasal dari mata air yang berada di kaki gunung Rokko, di Kobe Jepun. Air dari mata air ini dipercayai sebagai air yang terbaik untuk pembuatan sake, dan jumlahnya pun terhad, maka tak hairanlah jika harganya begitu mahal.





















Syarikat air mineral Fillico Beverly Hills ini dikendalikan oleh perusahaan yang bernama Vieluce hanya mampu menghasilkan sekitar 5000 botol setiap bulan.

Bentuk botol ini diperbuat dari bahan istimewa dengan penutup botol yang berbentuk seperti mahkota dan dihiasi dengan kristal swarowski.

Sanggupkah anda membeli jika fungsinya sama sahaja dengan air mineral lain iaitu untuk membasahkan tekak?












Kt atas ni merupakan mahkota yg menjadi trademark bagi jenama air mineral termahal dunia ni, sape la yang membazir dalam benda yang useless ni, elok beli mineral water yg RM1.20 dh ok dah, rasanya lbh kurng sme, tpi mgkin sumber dia lain, tu yang jadi jenama ni mahal sgt2 nih....

Sumber : http://www.luxury-insider.com/Current_Affairs/post/2008/02/11/Fillico-Beverly-Hills-Water.aspx

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

RuMaH DaRi KoNTaiNeR




















Di Perancis terdapat sebuah rumah yang di bina daripada 15 bekas kontainer yang tidak digunakan lagi. Ini adalah hasil kreativiti arkitek Claire Helene Drouin dan Jean Marie Sanchez yang mahu mengubah persepsi tinggal di dalam kontainer adalah tidak selesa.

Rumah yang terletak di tepi perlabuhan di Perancis ini tidak kelihatan seperti kontainer pun setelah siap. Jom kita terjah proses pembinaan rumah yang diperbuat daripada kontainer ini:-




























































































































































Bagus gk kan, dapat menjimatkan bahan buangan seperti kontena yang begitu banyak dipasaran, semoga ianya menjadi suatu ikutan yang bermanfaat kepada setiap kontraktor pembinaan. he3x..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/26/2010

PaRaS GuLa DaLaM MaKaNaN
















Assalamualaikum, kali ni ana nak kongsi ttg kandungan paras gula dalam makanan yang setiap kita makan, gula yang digunakan adalah gula berbentuk kiub yang biasa digunakan. Let's check it up !






































































































































































IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KiSaH KeRaJaaN SeMuT



















Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

CaRa PeNYeBaRaN BaRu HIV/AIDS



















Assalamualaikum wbt

Kali ni aku nak kongsi dgn korang ttg cara penyebaran AIDS yang tbaru, ade sorg budak umur dlm lingkungan 10 thun, kira budak skolah lgi la, dia ni suke sgt mkn buah2 yg djual penjaja dluar kwsn skolah atau lbh tept d tepi pgar skolah, suatu hari dia jtuh skit n agk tenat, so parent dia hantr la ke hospitl n parent tkejut yg anak dia ni sah positif HIV/AIDS, tkejut bukn kepalang la parent dia, parent dia bebas dri HIV/AIDS xkan anak dia ader kan, pastu anak dia ni jnis 'skema' skit, xkan la tlibat dgn pnagihan dadah or seks bebas jauh sekali coz tlalu muda.

At last doktor pn tnye dia suke x mkn kt luar, budak tu ckp suke n bgtau la dia slalu mkn buah yang dipotong secara keratan yg djual oleh penjaja d luar pagar skolah, skumpuln pkar dri hospitl malaya pn pgi cri stall tu nk jmpe pnjaja tu n wat saringan, rupanya penjaja tu ader HIV/AIDS n swaktu menjual potongan buah tu, dia thiris jari dia sndri n drah dia tkena pd buah tu....

Jadi bakal ibubapa skalian or ibubapa dh, bhati2lah dgn corak n gaya pemakanan anak d rumah, pastikan anak membawa bekalan makanan dri rumah mcm parent2 zman 70-an. 80-an and 90-an dlu wat. Skrg msing2 dh sibuk, bgi jer duit poket pd anak, tpi corak n gaya pemakanan ank lngsung x dkwl, didik anak2 agr mkn d rumah, jgn budayakan makan di luar bgi anak2...

di bawah ni artikel original dlm english yg sy dpt melalui emel dri seorng shbt seagama...
Wassalam

JANGAN BELI BUAH-BUAHAN YANG TELAH SIAP DI POTONG

> A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back,
and fell sick, from the day he had eaten. Later when he had his health
check done...doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn't
believe it...Then the entire family under went a check-up...
none
of them suffered from Aids. So the doctors checked again with the boy if
he had eaten out...The boy said 'yes'. He had pineapple that evening.
Immediately a group from Malaya Hospital went to the pineapple vendor to
check. They found the pineapple seller had a cut on his finger while
cutting the pineapple, his blood had spread into the fruit. When they
had his blood checked...the guy was suffering from AIDS..... but he
himself was NOT aware.
Unfortunately
the boy is suffering from it now. Please take care while you eat on the
road side. Please forward this mail to your dear one.

> MOHD IZDWAN BIN HOUSSAINI
> Pembantu Tadbir Kewangan W17
> Bahagian Kewangan Penyelidikan
> Jabatan Bendahari
> Universiti Kebangsaan Malaysia
> Telefon : 03-89213132
> Faksimili : 03-89214503

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5/25/2010

RoMPaKaN DaLaM LiF


















Assalamualaikum....w.b.t.
skadar ingn bkongsi isu2 smasa bsama anda...kali ini mengenai rompakan yang blaku dalam lif d sebuah pangsapuri, melibtkn 2 pmpuan n sorg laki as penjenayah, x pasti lelaki kturunan, bangsa or warganegara mana, yg pastinnya dia lelaki...kpd anda2 d luar sne, bhati2 swaktu menaiki lif, elakkan menggunakn lif sorg2 dwaktu mlm atau siang secara seorng diri, dnasihatkn kluar btiga plg kurang kerna jika 2 masih tdk mampu utk melawn blik spt dlm kisah kali ni...ingtlah dunia skrg sudh tdk slamat utk kita bgerak bebas sesuka hati...penjenyah biasanya akan menunggu dhadapan lif melihat mangsa yg bpotensi..





















penjenayh akan mencekup slah seorng dri mangsa....(jika btiga mngkin dia tdk yakin, ttpi jika mngsa bdua itu hanyalah kacang bgi mreka)...


















































































































Oleh kerana itu maka kena bhati2 buat anda dluar sne, tambh2 bgi kaum permpuan...lengkpkn diri anda dgn ilmu pthanan diri yg berpadanan n praktikkan dlm latihan agr dpt dgunakan dwaktu diperlukan...
wslm




















IsLaM ThE WaY oF LiFe...