Assalamualaikum....w.b.t.
Berita Hari ini 9 Ogos 2008, dari Berita Harian muka paling depan terpapar suatu berita yang agak pelik, melucukan dan kelihatan 'berlagak'. Ini berikutan berita dari Washington yang mengatakan Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington telah dipanggil untuk memberi keterangan terkini berhubung kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Dato' Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Malaysia dengan bangganya mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang berdaulat dan Amerika tidak seharusnya campur tangan dalam kes yang dikatakan bersifat jenayah di kaca mata mereka. Namun di kaca mata rakyat jelata kisah ini lebih berbaur politik yang disaluti kes jenayah. Itu hanya andaian dan spekulasi dari rakyat jelata terutama penyokong setia DSAI dan juga penyokong dalam Pakatan Rakyat (PR). Dato' Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran dan mengingatkan kerajaan dan ahli politik Amerika Syarikat agar tidak campur tangan atau terpaksa menghadapi teguran dan tekanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Agak melucukan jika kita mengandaikan Amerika akan mendengar teguran dan tekanan dari PBB. Lihat sahajalah serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan. Adakah PBB hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang teguran, nasihat taupun ancaman kepada Amerika? Jawapannya sudah pasti. Namun adakah Amerika mengikuti nasihat itu? Semestinya tidak kerna Amerika merupakan sebuah negara kuasa besar dan mempunyai kuasa veto untuk menghapuskan dan tidak menyokong sebarang resolusi dari PBB. Resolusi yang suatu ketika dahulu yang ditandatangani oleh semua negara kelas ketiga dan pertama, kedua dan beberapa negara maju mengenai penghapusan senjata nuklear dari bumi tidak dipersetujui oleh Amerika Syarikat dan resolusi tersebut tidak dapat dilaksanakan dan akhirnya tinggal kenangan sahaja.
Jesteru, tidak mungkin bagi Amerika untuk menerima nasihat ataupun teguran dari pihak PBB dalam hal mencampuri undang-undang Malaysia ini. Jadi tidak perlu kepada Malaysia terlalu bermegah-megah di dada akhbar mengatakan akan menegur perbuatan kerajaan Amerika Laknatullah itu. Jangan menjadi megah di mata rakyat tetapi lemah sewaktu berhadapan tekanan dari kuasa2 besar yang lain. Contohi kerajaan Republik Islam Iran yang bertindak tegas untuk tidak tunduk kepada mana-mana tekanan kuasa besar kerna mereka mengetahui apa yang sedang mereka lakukan dan tidak akan mengkhianati rakyat mereka sendiri. Sebaiknya Malaysia mencontohi mereka dahulu sebelum berbuat apa2 tindakan. Mengapa kerajaan itu tersangat berani menghadapi tekanan dari negara kuasa besar yang lain? Ini kerana Presidennya mempunyai matlamat yang jelas dan mengetahui betapa terseksa rakyatnya selama ini di bawah pergantungan kepada negara lain. Presiden Mahmoud Ahmadinejad adalah seorang presiden yang berhati rakyat dan tidak pernah mengkhianati rakyatnya sendiri. Pentadbiran sewajarnya mencontohi kepimpinan beliau yang bersifat sederhana dan tidak terlalu mewah seperti pemimpin di negara ini. Namun tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya kerajaan Malaysia mempunyai jalan penyelesaian ke atas isu campurtangan ini dan berjaya menunjukkan kepada rakyat jelata kononnya Malaysia ibarat sebuah kuasa besar tetapi negara kecil yang berjaya menyedarkan dan menegur negara kuasa besar dunia ataupun polis dunia Amerika Syarikat. Semoga semuanya jelas terang lagi bersuluh.
Tepuklah dada, Tanyalah Iman.
Wassalam....
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan