SaHaBaT

8/09/2008

Mengembara Untuk Gula-gula....?






























Salam...
Sungguh pelik bukan? Namun bagi kanak-kanak ini adalah sesuatu yang biase. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Dari sudut nilai motivasinya, kanak-kanak merupakan individu yang paling mudah terpengaruh dengan kemahuan diri. Kerna mereka masih tidak dapat berfikir dengan logik. Dalam islam dikatakan belum mumaiyiz (tidak dapat membezakan yang mana satu salah dan yang betul). Atau istilah yang paling mudah untuk mengukur sama ada kanak2 itu sudah mumaiyiz atau belum, kalian letakkan najis dan goreng pisang. Tengok yang mana satu akan dipegang oleh kanak2 itu. Jika belum mumaiyiz kanak2 itu akan memegang keduanya. Oleh itu jagalah zuriat2 kalian dari memasukkan benda yang berbahaya atau tidak sepatutnya ke dalam mulut kereka.

Ana sendiri pernah menghadapi saat seperti ini. Sewaktu berumur 6 tahun di tadika. Ana masih ingat ana tinggal di Gua Musang, Kelantan sewaktu ayahanda dan bonda ditugaskan untuk menjadi pendidik di sana. Ana pernah menghadiri pertandingan lukisan bersempena Bulan Kemerdekaan Malaysia. Ana mendapat tempat kedua dan menerima hamper yang tingginya melebihi ketinggian ana sewaktu itu. Selepas selesai majlis entah macam mana ana terus ke menunggu di luar dewan sedangkan sepatutnya ana menghadiri majlis jamuan makan dahulu bersama ayahanda dan bonda. Sewaktu itu ayahanda dan bonda ana sibuk mencari ana di dalam dewan. Setelah lebih kurang 1/4 jam menunggu di luar, kelibat kedua ayahanda dan bonda masih belum muncul dan ana mengambil keputusan untuk berjalan kaki balik ke rumah yang jaraknya dalam 3 kilometer dari rumah. Dengan berbekalkan hamper yang tinggi itu, ana mengorak langkah balik ke rumah melalui jalan kampung yang agak redup dan suasana nyaman.

Sewaktu dahulu jalan di Gua Musang tidak seperti jalan yang terdapat sekarang. Di sepanjang jalan dipenuhi dengan pohonan menghijau. setelah lebih kurang 1 kilometer berjalan, ana merasa bahawa hamper yang dibawa terlalu berat kerana ada sebuah botol minuman 1.5 liter di dalam. Akhirnya ana berehat di tepi sebuah alur sungai sambil minum2 air tersebut tetapi langsung tidak menyantuh makanan di dalamnya kerna pada fikiran ana sewaktu itu ana ingin berkongsi dengan ayahanda dan bonda. Setelah lebih kurang 1/2 jam berjalan akhirnya ana tiba di rumah. Kelihatan Mak su sudah berada di hadapan rumah sedang menyapu laman. Dia terkejut dan terus mendapatkan ana dan dibancuhkan air milo segelas dan dihulurkan kepada ana. Akhirnya selepas ana minum air milo ana pun tertidur di atas toto. Ayahanda dan Bonda yang sedang mencari ana semakin berputus asa kerana tidak dijumpai anak sulung mereka ini. Bonda sudah menangis manakal ayahanda semakin tertekan. Mereka mengambil keputusan untuk balik ke rumah sebelum pergi ke balai polis Gua Musang untuk melaporkan mengenai kehilangan ana itu. Sebaik sahaja tiba di rumah dalam keadaan tergesa2 mereka keluar dari kenderaan namun disambut oleh Mak Su dan mak su mengatakan bahawa ana ada sedang tidur di dalam. Bonda dan ayahanda terus meluru mendapatkan ana, dipeluk dan diciumnya ana. Ana dalam keadaan mamai terbangun dan terpinga-pinga dengan tindakan ayahanda dan bonda. Inilah Kasih ayahanda dan bonda yang terus ana ingat hingga sekarang. Semoga Allah merahmati ayahanda dan bonda. Amiinnn....
Wallahua'lam

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: