SaHaBaT

6/11/2010

TeSCo + ZiONiS = BuNuH UmAT IsLaM


Assalamualaikum wbt

Siapa kenal pasaraya ni, rasanya kebanyakan rakyat negara ini mengenali TESCO ini. Pasaraya yang terkenal kerana menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang rendah seperti juga pasaraya Mydin, Giant dan lain2. Kenapa kita perlu memboikot Tesco.

Sekitar tahun 2000, akhbar The London Jewish News (www.Ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Adakah anda kenal dengan pengasas pasaraya TESCO ini? Jika anda jenis ulat buku ataupun suka mengkaji isu2 semasa anda akan mengetahui bahawa pengasas pasaraya ini adalah seorang berketurunan yahudi dan menyokong serta menjual produk buatan israel di pasarayanya. Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi dari Britain. .

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.


Sesungguhnya banyak syarikat dan produk yang dijual di pasaraya tesco khususnya dan pasaran dunia amnya mempunyai pertalian dengan negara yahudi zionis ini iaitu Israel Laknatullah. Antaranya adalah syarikat pembuatan pesawat dunia seperti BAE System, Lockheed Martin, Boeing selain itu syarikat penyiaran seperti BBC World juga terlibat dengan Israel ini malah produk makanan juga mempunyai pertalian dengan israel ini.


Siapakah Jack Cohen? Sir John Edward Cohen lahir 6 October 1898 mati pada 24 March 1979 dilahirkan sebagai Jacob Edward Kohen tetapi kebiasaannya dikenali sebagai Jack Cohen, dan merupakan usahawan dari Britain, sekutu kuat Israel dan Amerika.

Dia dilahirkan di Chatham, Medway sekitar Kent, ayahnya bernama Avram Kohen seorang tukang jahit terkemuka sewaktu itu dan merupakan seorang pendatang yahudi dari Poland dan ibunya pula ialah Sime Zamremba.

Dia memulakan kerjaya sebagai tukang jahit latihan di bawah ayahnya tetapi pada 1917 dia telah bekerja di The Royal Flying Corps sebagai pembuat kanvas. Pada 1919 dia telah berpindah dan membuka kedai barangan runcit di Hackney, di timur kota London dengan membeli stok barangan dari syarikat NAAFI.

Dia akhirnya membuka beberapa lagi cawangan kedainya dan akhirnya menjadi pemborong barangan runcit dan menjualnya secara runcit. Pada 1924, dia mencipta jenama TESCO bagi kedainya iaitu berasal dari nama pembekal teh terbesar kedainya iaitu T. E. Stockwell (dikenali Messrs Torring and Stockwell of Mincing Lane), dan huruf CO itu diambil berdasarkan namanya sendiri iaitu Cohen. Hyperuncit ini dibuka secara rasmi di Becontree dan Burnt Oak pada 1931. Sehingga 1939, Cohen memiliki ratusan premis pasarayanya.

Sekitar 1930, dia mengubah namanya dari John Cohen kembali kepada John Edward diatas saranan penasihat perbankannya disebabkan kakitangannya menghadapi kesulitan kerana ramai individu bernama Jacob Cohens di Tesco Cawangan Mare Street di Hackney.

Pada 1948, dia mempelopori sistem pasaraya layan diri pertama di Britain. Dia telah mengahwini Sarah Fox, anak perempuan kepada seorang pendatang yahudi dari Russia yang juga merupakan seorang tukang jahit seperti ayahnya. Dia memiliki 2 anak perempuan hasil pernikahannya iaitu Shirley and Irene. Anak perempuannya iaitu Shirley Porter atau Dame Shirley Porter dilahirkan pada 29 November 1930 adalah ketua parti Konservatif di Westminster City Council di London penderma dan pembiaya projek terbesar bagi negara israel dan United Kingdom.

Dia turut mengasaskan Yayasan Porter pada 1970. Shirley Porter dan suaminya telah banyak menyampaikan derma kepada Tel Aviv University yang akhirnya dia menjadi canselor di sana. Disamping itu yayasan itu juga banyak memberi derma kepada kesatuan yahudi-zionis lain seperti the Porter Institute for Poetics and Semiotics, the Cohen-Porter Family Swimming Pool, the Shirley and Leslie Porter School of Cultural Studies, the Cohen-Porter United Kingdom Building of Life Sciences, the Porter Super Centre for Environmental and Ecological Research. Yayasan ini turut menyampaikan biasiswa kepada graduan keluaran universiti yahudi-zionis ini dan membekalkan kewangan bagi membeli buku dan peralatan universiti.

Antara projek utamanya seperti Porter Senior Citizen Centre di Jaffa, iaitu kemudahan untuk golongan tua dan miskin yahudi-zionis di kawasan itu (kebanyakannya warga Bulgaria Sephardic). Yayasan ini menyediakan nasihat undang-undang dan pergaulan kepada warga yahudi di kawasan itu.

Jack Cohen @ Sir John Edward Cohen

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat search di internet dengan menaip Tesco Jewish, dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco. Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

Tesco telah membeli, menyimpan dan menjual banyak barangan dari wilayah yang telah dirampas oleh israel di tebing barat dan juga semenanjung gaza. Antaranya ialah produk sayuran dan buahan dari syarikat Carmel-Agrexco milik yahudi-israel. Selain itu Tesco turut membeli dan menjual balik jus buah-buahan, mangga, aprikot, anggur, jambu batu, kurma, herba, mentimun, Ubi Exquisa, lada campur (dari Israel dan negara sekutunya), Wine Barkan, Wime Yarden, biskut, daging beku, Sup Osem dan kek, snek keluaran Beigel & Beigel, Telma (sup campur, mee dsb) and stokin (Jenama Tesco).

Tesco turu menjual produk yang dihasilkan oleh pendatang haram yahudi di tebing barat dan gaza, kebanyakan dieksport keluar oleh syarikat Carmel Agrexco. Syarikat ini banyak mengeksport barangan dan hasil keluaran penduduk haram israel seperti buah aprikot, herba, anggur dan jambu batu, dan buah peach dari petani yahudi di tebing barat dan Bukit Golan. Tesco turut menjual silinder gas dari syarikat Soda Club. Tesco turut menjual kurma dari Hadiklaim di Israel namun dipaketkan semula untuk dijadikan jenama tesco. Mehadrin-Tnuport Export Company (MTex), syarikat israel telah menjadi antara pembekal produk utama untuk Tesco.



Pada Oktober 2007, sekumpulan ahli kempen boikot israel dari Brighton Tubas Friendship and Solidarity Group memasuki wilayah Tomer iaitu petempatan haram yahudi di Lembah Jordan dan mengambil beberapa keping gambar kurma medjoul yang dipekkan oleh Carmel Agrexco, dan turut dilabelkan 'Made in Israel' dan ditanda dengan perkataan 'untuk dibekalkan kepada pasaraya tesco'.

Mengeksport produk berlabel 'Made in Israel' mendapat keistimewaan khusus berdasarkan EU-Israel Association Agreement, yang berkuatkuasa pada tahun 2000. Tetapi barangan dari petempatan haram tidak diiktiraf dalam perjanjian EU - Israel ini.

Melalui pendedahan oleh ITN pada 2007 menyebabkan berlakunya pengurangan pelanggan di Tesco akibat penipuan label dari israel kepada label tesco. Tesco akhirnya mengaku bersalah dan berjanji akan melabelkan produk keluaran israel di masa hadapan dan bukannya dipek semula.

BIGCampaign dan kumpulan hak asasi pro-palestin lain menyokong dan menganjurkan kempen membantah penggunaan label barangan dari 'Tebing Barat' bagi produk dari israel. Ini kerana produk dan penggunaan tanah itu haram dari segi perundangan.

Namun jurucakap Tesco mengatakan bahawa kebebasan untuk memilih dan menjual merupakan keutamaan syarikat mereka dan pengguna boleh untuk tidak membeli ataupun membeli produk buatan israel ini.


Selain itu, John Porter, salah seorang dari pemegang saham terbesar dalam syarikat pasaraya tesco.Dia juga merupakan antara pembiaya terbesar kepada israel bagi projek yang dilaksanakan di negara haram itu. Pada 2000, Tesco telah menawarkan tender IT sebanyak USD$1 bilion kepada syarikat IT israel iaitu Tescom sebagai penyelesai masalah IT bagi tesco untuk menempuh alaf baru tahun 2000.



Namun tidak semua bangsa yahudi menyokong penjajahan israel zionis di kawasan palestin, ada juga sesetengah kelompok mazhab yahudi yang tidak menyokong tindakan israel yang kejam itu. Malah salah seorang ahli parlimen berbangsa yahudi di parlimen Iran turut menyelar tindakan israel yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

Terpulanglah kepada kita sama ada ingin menyokong produk israel iaitu seumpama membayar harga sebutir peluru buat israel untuk ditembakkan kepada saudara seislam kita di palestin. Seandainya barangan yahudi itu barangan keperluan yang seandainya kita tidak memilikinya kita akan mati, tidak mengapa dibeli. Namun saya percaya tiada produk israel yang tidak boleh untuk tidak dibeli oleh kita. Sudah bertaburan produk keluaran dalam negara yang halal, yang penting pemikiran dan tabiat pembelian harus diubah, itu sahaja. Seandainya anda ingin membeli barangan murah, saya percaya banyak lagi kedai yang menjual barangan keperluan dengan harga yang murah. Paling tidak berkunjunglah ke pasaraya Mydin misalnya. Itu merupakan salah satu altenatif terbaik buat kita.

Tepuk dada, Tanya Iman,
Syukran, Wassalam...

Sumber :
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
http://rakissanta.blogspot.com/2006/08/jahanam-israel-boikot-tesco-henti.html
http://www.bigcampaign.org/index.php?page=who_sells_Israeli_goods
http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_%28Tesco%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Tesco#Malaysia
http://www.corporatewatch.org/?lid=3192
http://www.inminds.co.uk/boycott-israeli-dates.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Shirley_Porter

Islam : The Way Of Life

1 ulasan:

Thedofi berkata...

salam..
saya agak terkesan,tak tau pulak hasil di gaza di perdagangakan di TESCO,tambahan sekitar rumah saya ada dua bangunan TESCO...
insyaAllah,banyak lagi kedai borong yang boleh shopping..