SaHaBaT

6/08/2010

KoPi STaRbUCks
















Assalamualaikum....w.b.t.

Kepada yang suka sangat makan or minum di Starbucks Cafe, ni ada berita terhangat di pasaran, sila baca petikan yang boleh dibaca di bawah ni, mungkin ada yang telah mengetahui, namun mari kita sama2 menyelami apo namo rima (what's name tiger) Starbucks ni....
























Perenggan 3

"Without you, my valued customer, i wouldn't be able to raise hundreds of millions of dollars each year to support israeli citizens from terrorist attacks and keep reminding every jew in America, to defend israel at any cost. $5 billion per year from the US goverment are no way near enough to pay for all the weaponry, bulldozers and security fences needed to protect innocent israeli citizens from anti-semitic muslim terrorism."

Perenggan 5

"So next time you feel like chilling out at starbucks store, please remember that with every cup you drink at starbucks you are helping with a noble cause."

Artikel ni telah dipostkan oleh Howard Schultz, sape Howard Schultz ni....?

























Howard Schultz

Howard Schultz ni adalah Chairman (pengerusi) dan Chief Global Strategies bagi Starbucks Coffe House ni. Dia dilahirkan pada 19 Julai 1953 sewaktu Tanah Melayu baru nak merdeka. Kira sekrg umur dlm 57 thun la. Starbuck sebenarnya telah diasaskan oleh 3 individu iaitu Zev Siegl - nama yahudi (guru sejarah), Jerry Baldwin (guru bahasa inggeris) dan Gordon Bowker (penulis) pada tahun 1971 di Pike Place Market di negeri Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Pada 1980, dia telah jual share@saham dalam starbuck dan akhirnya dapat dikembangkan empayar perniagaannya. Howard Schultz menyertai perniagaan ni pada tahun 1982 sebagai Director of Retail Operations and Marketing.

Akhirnya dia menjadi CEO utama selepas perletakan jawatan oleh Orin C. Smith yang menjadi CEO Starbucks pada 2001 hingga 2005. Kini Starbuck mempunyai sekurang-kurangnya 17 000 premis perniagaan di seluruh dunia di lebih 55 buah negara dengan tenaga kerja sebanyak 128 898 individu. Bayangkan betapa tinggi keuntungannya. Menurut Wikipedia, keuntungan tahunan pada tahun 2009 bagi syarikat ini adalah sebanyak USD$9.77 bilion. Bayangkan betapa tingginya keuntungan setelah ditolak modal pusingan. Cukup untuk membiayai Israel bagi membunuh umat islam di Palestin.

Pada tahun 1998, dia telah dianugerahkan The Israel 50th Anniversary Tribute Award oleh sebuah pertubuhan yahudi-zionis di israel iaitu Jerusalem Fund of Aish Ha-Torah. Aish Ha-Torah merupakan sebuah pertubuhan dikhaskan untuk bangsa yahudi dan bertujuan untuk menjaga kebajikan orang yahudi di luar israel, menjadi ejen mencari jodoh untuk mereka dan menggalakkan orang yahudi di luar israel agar menetap di Israel demi merealisasikan impian mereka untuk menakluki Baitul Muqaddis. Mereka turut giat mempertahankan kekejaman mereka terhadap Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri. Mereka turut menerbitkan sebuah filem dokumentari bertajuk Obsession pada 2005 yang mendapat kritikan kuat dari negara-negara arab malah dari Rabbi Jack Molineover, iaitu rabbi yahudi di Amerika syarikat sendiri.



















Starbucks Cafe 1971 di Pike Place Market, Washington, US

Sekarang jelaslah bahawa Starbucks Coffee merupakan sebuah syarikat yang begitu menyokong kuat penaklukan israel ke atas Palestin. Jesteru ayuhlah umat islam sekalian, bangkit memboikot jenama yahudi ini. Tidak mengapa andainya usaha yang dilakukan ini kecil, namun kita harus ketahui kita telah membantu saudara kita di Palestin dengan usaha ini. Boikot yang dijalankan di Malaysia juga akan menyebabkan pendapatan Starbucks di rantau asia tenggara akan sedikit terjejas. Jesteru bersatulah semua umat islam di Malaysia. Dikala ini, terdapat kira-kira 117 cawangan Starbucks kecuali di Perlis dan Kelantan yang tidak mempunyai cawangan Starbucks.

Namun ada berpendapat mengatkan tidak perlu untuk memboikot barangan ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan pekerja-pekerja di cawangan Starbucks ini akan kehilangan pekerjaan. Adakah ini pendapat yang betul? Memang kita tidak nafikan bahawa pemboikotan Starbucks akan menyebabkan kerugian kepada syarikat Starbucks di Malaysia dan menjurus kepada penutupan cawangannya dan sekaligus pekerja akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Namun adakah kita sedar kita berusaha untuk menyelamatkan pekerja Starbucks yang hanya ribuan orang tetapi kita membeli sebiji peluru untuk ditembak kepada saudara seislam kita di palestin dan mengakibatkan korban puluhan ribu nyawa yang tidak bersalah. Utamakan yang mana lebih utama.

Memang menyelamatkan pendapatan ribuan pekerja di Mlalaysia harus diutamakan namun adakah ianya lebih utama dan penting jika dibandingkan dengan menyelamatkan jutaan umat islam di Palestin dari dibunuh Israel Laknatullah ? Jika ditinjau minuman di starbucks cafe bukanlah suatu minuman yang penting kepada kehidupan kita. Tanpa minuman starbucks kita manusia tetap dapat hidup, banyak lagi minuman kopi tempatan yang boleh dinikmati dan tidak kurang keenakannya jikalau dibandingkan dengan kopi di Starbucks. Tambahan pula minuman di Starbucks bukanlah semurah minuman di gerai-gerai biasa yang boleh dibeli pada harga RM1.70 paling mahal. Harga minuman di starbucks terlalu tinggi dan individu yang sering minum di sana hanyalah untuk kemewahan dunia semata-mata.


Sedarlah wahai umat islam, orang yang mengaku dirinya islam dan orang yang namanya islam, orang yang dalam kad pengenalannya tertera beragama islam. Jangan menjadi ibarat kerbau dicucuk hidung yang mengikut arus kemodenan tanpa berpaksikan kepada agama yang dianuti iaitu ISLAM. Tanpa kita sedari, kita sedang memberi sebiji peluru untuk dihulurkan kepada askar laknatullah israel untuk ditembakkan kepada saudara seislam kita di Palestin. Adakah anda sanggup ?

Ayuh boikot jenama israel selagi ianya bukan barang keperluan harian.

Takbir !!
Hidup Islam, Hidup Palestin !!

Sumber :
1 - http://en.wikipedia.org/wiki/Howard_Schultz
2 - http://en.wikipedia.org/wiki/Starbucks
3 - http://en.wikipedia.org/wiki/Zev_Siegl
4 - http://starbucks.com.my/en-US/_Our+Stores/_Community+Stores/Terengganu.htm
5 - http://en.wikipedia.org/wiki/Jerusalem_Fund_of_Aish_Ha-Torah


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

Ku Nurasyiqin Ku Amir berkata...

Allahuakbar!
Nasib baek x pnah minum pon..Mahal sgt..Di Perlis pun nasib baek x ada branch Starbucks lg..

~.~ berkata...

:)....minum ice blended je la...hehehhe
mau????jom buat!!