SaHaBaT

6/30/2010

MaSJiD MeNJaDi KaNDaNG LeMBu & KHinDZiR

Justify FullBendera negara Armenia yang mendapat kemerdekaan dari USSR pada 23 Ogos 1990.

Serzh Azati Sargsyan, Presiden Armenia bermula pada februari 2008.

Seorang wartawan Rusia, Anrea Galavev berjaya merakamkan sebuah peristiwa yang sangat mengejutkan di perkampungan Akdam di wilayah Karrabagh, Armenia. Sebuah masjid bersejarah di wilayah itu diubah oleh penduduk setempat menjadi kandang ternak babi dan lembu.

Perkampungan Akdam dan wilayah Karrabagh mulanya merupakan wilayah Azerbaijan. Namun wilayah tersebut jatuh dalam taklukan Armenia sejak beberapa puluh tahun silam. Akibat pendudukan itu pula, hubungan antara Azerbaijan dan Armenia sentiasa tegang hingga kini.

Konflik Azerbaijan-Armenia tak terbatas pada konflik antara wilayah, tetapi juga melibatkan konflik antara agama penduduk di kedua-dua buah negara ini. Majoriti warga Azerbaijan adalah Muslim, sementara Armenia adalah Kristian.
Masjid tersebut dibangun pada tahun 1870 M oleh arkitek tersohor dari Azeri, Shafi Khan Karrabaghi.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: