SaHaBaT

6/04/2010

KaPaL PeRaNGiNaN TeRBeSaR DuNiA

















Oasis of The Seas milik syarikat perkapalan Royal Caribbean International merupakan kapal peranginan mewah yang terbesar, terluas, yang tertinggi, kapal paling mahal terapung di dunia buat masa kini. Mula dibina pada 12 November 2007 dan siap sepenuhnya pada 28 Oktober 2009. Kapal ini memulakan pelayaran pada 5 Disember 2009 dan beroperasi sehingga kini. Kos pembinaan kapal mewah terbesar ini memakan kos sebanyak USD$1.4 Bilion yang dibina oleh syarikat perkapalan terkemuka dunia iaitu STX Europe Shipyards yang berpusat di Turku, Finland.

Kapal ini memiliki panjang sejauh 360 meter dan ketinggian 76 meter dari permukaan laut. Mempunyai 16 tingkat dan mampu menampung 6296 penumpang dan 2165 krew kapal. Dijana oleh 6 buah enjin berkuasa tinggi yang mampu memecut kapal pada kelajuan 22.6 knots atau 41.9 km/jam. Sungguh menakjubkan kerana kapal ini dipenuhi dengan segala kelengkapan dan ibarat sebuah bandar kecil yang moden di atas permukaan laut.

Jom kita tengok2 apa ada pada kapal besar n mewah ni..
















Tengoklah betapa besarnya kapal ni waktu dia sedang berlabuh di pelabuhan Everglades di Florida, Amerika.
















Kt bawah ni merupakan tingkat-tingkat yang menempatkan kediaman ataupun bilik penginapan bagi para pelancong.


















Balkoni yang menghadap ke lautan terbuka.


















Deretan Balkoni luar bagi setiap bilik penginapan.

















Lihatlah gambar di bawah ini, sebuah kapal yang boleh diibaratkan sebagai sebagai sebuah bandar kecil moden di tengah-tengah lautan luas.

















Pandangan yang menakjubkan sewaktu malam.

















Turut dilengkap dengan taman tema kecil yang mampu menampung keseluruhan penumpang.

















Sebuah kolam simulasi ombak turut disediakan. Aktiviti meluncur ombak boleh dijalankan di atas dek kapal paling atas tanpat perlu penumpang turun ke lautan luas.

















Kolam renang yang luas buat keseluruhan penumpang.

























Dewan makan dan acara-acara besar dilangsungkan merangkumi beberapa tingkat.

























Seperti kebiasaan yang ada dalam kapal peranginan, pub, disko dan pusat hiburan melalaikan pasti ada dengan sistem audio seperti di disko dan kelab malam di daratan. Inilah punca kehancuran kapal ini suatu waktu nanti.

























Gim dan pusat kesihatan turut disertakan di dalam kapal ini.


















Mari kita tinjau bilik2 hotel dalam kapal mewah ni, cantik tak..? Sungguh selesa buat para penumpang.


















Ruang tamu yang begitu selesa untuk bersantai bersama keluarga dan berbulan madu bersama zaujah masing-masing.

































Laluan pejalan kaki di dek paling bawah yang memberikan suasana seolah-olah anda berada di taman bunga di daratan. Sungguh menyenangkan hati.



















Laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perniagaan yang dipenuhi pelbagai jenis butik dan deretan kedai pelbagai barangan mewah.


















Sebuah kapal yang diibaratkan sebagai sebuah bandar kecil di tengah-tengah lautan dan di atas permukaan lautan yang misteri.
















Lihatlah gambar di bawah, sebuah premis perniagaan makanan dan pelbagai barangan lain yang seakan-akan deretan kedai di daratan. manakala di atas deretan kedai tersebut menempatkan bilik-bilik penginapan para penumpang.




















Buritan kapal yang merupakan sebuah panggung persembahan laser dan permandangan laut yang luas. Mengandungi 750 tempat duduk bagi penumpang.























Kawasan bersantai bagi penumpang di dalam dek kapal.

























Spa turut disediakan di dalam kapal buat penumpang kapal untuk berehat dan membersihkan diri mereka.


































Suasana di dalam bilik penginapan, sungguh selesa.


































Namun ingtlah, walau sehebat mana kudrat kita sebagai manusia dalam mencipta peralatan dan jentera gergasi yang menakjubkan, kita masih tidak mampu melawan kudrat Allah Taala. Segalanya yang diberikan oleh Allah kepada kita langsung tidak bernilai kepada Allah. Ingatlah kenikmatan syurga Allah jauh lebih selesa dan menyenangkan dari kenikmatan dunia. Bau syurga sahaja dapat dihidu sejauh 5000 tahun perjalanan. Nikmatilah nikmat dunia cukup sekadar yang wajar agar tidak ketinggalan kenikmatan syurga Allah nanti.
Wslm

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/MS_Oasis_of_the_Seas

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

~.~ berkata...

nak naik ni...bleh??