SaHaBaT

6/27/2010

HoW iT'S MaDe ? FroM KuLiT ULaR ?

Assalamualaikum wbt.

Pernahkah anda memakai pakaian ataupun alat-alat yang berasaskan kulit tulen dan bukannya plastik ataupun bahan-bahan lain? Sudah tentu jawapannya adalah Ya bukan. Setiap orang pasti memiliki sekurang-kurangnya 1 barangan kulit. Sama ada sebuah dompet kulit, kasut kulit berjenama, tas tangan berjenama ataupun apa-apa sahaja barangan yang diperbuat daripada kulit tulen. Adakah anda memeriksa apakan jenis kulit yang digunakan? Adakah ianya halal untuk digunakan iaitu kulit itu telah disamak oleh orang islam dan binatang yang kulitnya diambil itu adalah dari binatang yang halal untuk diambil kulitnya?

Saya pasti ramai yang tidak mengetahui mengenai kulit binatang asal barangan yang mereka miliki itu. Malah mungkin ada yang masih tidak mengetahui mengenai cara untuk menyamak kulit binatang. Ada juga orang berpendapat tidak mengapa seandainya diambil kulit khindzir dan anjing untuk dijadikan sebagai kulit barangan sekiranya kulit tersebut telah disamak. Adakah itu pendapat yang benar? Jelas kali seratus peratus kenyataan itu salah dan menyalahi hukum syarak. Apa-apa bahagian dari anjing atau khindzir, atau haiwan yang lahir dari kacukan antara keduanya atau kacukan keduanya adalah haram hukumnya untuk diambil walaupun sedikit bahagian tubuhnya kecuali darurat mengikut erti syarak.

Tetapi adakah kita ambil peduli mengenai semua ini? Apa jenis kulit yang kita sedang pakai, jenama itu halal ataupun tidak barangannya, jika kulit yang digunakan adalah dari kulit lembu, adakah lembu itu bangkai ataupun yang sudah sah disembelih? Itu semua harus menjadi persoalan kita semua. Untuk santapan pandangan anda semua, di bawah ini disediakan beberapa keping gambar mengenai kaedah yang digunakan untuk melapah kulit pelbagai jenis binatang dan sudah tentunya tidak disamak kulitnya terlebih dahulu kalau diperhatikan berdasarkan gambar yang disediakan ini. Let Check It Out....

Barisan ular yang menjadi korban

Terjelir lidahnya, kesiannya...

Ular ini disembelih menggunakan kapak. Kesian...

Kulit ular dilapah untuk dijadikan kasut anda.

Ular yang dikenakan hukuman gantung sebelum dilapah kulitnya untuk dibuat tas tangan anda.

Inilah ular yang digunakan kulitnya untuk membuat wallet anda.

Ape tengok2? Nak makan sup ular datang la sini. Banyak daging dia yang terbuang.

Tas Tangan yang diperbuat dari Kulit Biawak, kesiannya biawak.

Kulit yang telah dikeringkan untuk dibuat barangan berjenama berasaskan kulit tulen.

Deretan biawak yang menjadi korban.

Kulit dibuang dan isinya dihantar ke kedai restoran haiwan eksotik untuk dimakan.

Deretan ular sawa yang digunakan untuk membuat tas tangan, tali pinggang, beg duit, kasut kulit hitam tulen dan sebagainya. Kesiannya.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

Nurhafizu Adha berkata...

subhanallah. syukran kathir krn post benda ni. ana br sj pasang niat nak beli wallet kulit. kesian ular n biawak, nasib baik kita manusia. moga kita sedar bahawa kita amat beruntung menjadi manusia