SaHaBaT

6/18/2010

JaNGaN MaRaH DoNG...

Seorang ulama fiqh, Nur bin Muhammad berkata: Seorang muslim hendaklah bersifat lemah lembut dan sabar kerana ia adalah salah satu sifat orang-orang bertaqwa. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memuji orang-orang yang bersifat lemah lembut dengan firmanNya yang tafsirnya :

"Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya) , sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya) ".(Surah Asy-Syura: 43)

Ayat ini memberi maksud bahawa orang-orang yang sabar di atas kezaliman yang dilakukan ke atasnya dan dia memaafkan orang yang menzaliminya itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang amat besar daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala juga telah memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam supaya bersifat sabar dan lemah lembut dan Allah mengkhabarkan kepada Baginda bahawa nabi-nabi yang terdahulu sebelum Baginda adalah orang-orang yang memiliki sifat demikian. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman yang tafsirnya :

"(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad), maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul (Ulul-Azmi) dari kalangan rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu)" .(Surah al-Ahqaaf: 35)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memerintahkan Nabi Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam supaya bersifat sabar di atas pembohongan orang-orang kafir dan di atas penyiksaan mereka sebagaimana bersabarnya para nabi sebelum Baginda.

Sementara itu ada hadith-hadith Nabi Shallallahu `alaihi wasallam yang menyebutkan tentang kelebihan orang-orang yang dapat menahan kemarahannya, di antaranya sabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam yang maksudnya :

"Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah".
Hadith riwayat Al-Bukhari)
Kemarahan juga akan menyebabkan stress dan seterusnya migrain

Di dalam hadith yang lain ada menyebutkan yang maksudnya :


"Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada nabi Shallallahu `alaihi wasallam: "Berpesanlah kepadaku". Nabi bersabda: "Jangan marah!". Kemudian orang tadi mengulangi lagi, lalu Baginda menjawab: "Jangan marah!".(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Kenape bekeng-beleng ni adik ooii...

Wahab bin Munabbih menceritakan bahawa syaitan mahu menyesatkan seorang ahli ibadat Bani Israel, akan tetapi syaitan itu tidak berjaya. Pada satu hari ahli ibadat ini keluar dari rumahnya kerana sesuatu keperluan. Lalu syaitan pun keluar bersamanya agar dia dapat peluang untuk menyesatkannya.


Syaitan berusaha menyesatkannya dalam bentuk godaan syahwat dengan cara membuatnya marah, tetapi tidak berjaya lalu dia mencuba lagi dengan cara menakut-nakutkannya iaitu dengan menggugurkan batu dari bukit. Apabila batu itu hampir mengenai ahli ibadat itu, dia pun berzikir mengingati Allah, lalu batu itu pun menyingkir daripadanya. Kemudian syaitan menjelma menjadi singa, lalu ahli ibadat itu berzikir mengingati Allah dan dia tidak takut kepada binatang buas itu.

Kemudian syaitan menjelma pula menjadi ular ketika ahli ibadat itu sedang sembahyang. Ular itu melilit kaki dan badannya sehingga ke kepalanya. Apabila ahli ibadat itu hendak sujud, ular itu berlingkar di mukanya dan apabila dia hendak meletakkan kepalanya untuk sujud, ular itu membuka mulutnya untuk menelan kepalanya. Lalu ahli ibadat itu pun miring ke tempat lain untuk membolehkannya sujud. Apabila ahli ibadat itu selesai sembahyang dan beredar dari tempatnya, maka syaitan menemuinya dan berkata:

"Aku telah melakukan itu dan ini tapi aku tidak berjaya memperdayakanmu, maka mulai sekarang aku mahu menjadi sahabatmu dan aku tidak akan menyesatkanmu" .

Maka ahli ibadat pun menjawab:
"Sebagaimana aku tidak mahu bersahabat denganmu semasa engkau menakut-nakutkan aku, begitu jugalah hari ini aku tidak ingin bersahabat denganmu".

Lalu syaitan pun berkata:
"Tidakkah engkau mahu bertanya kepadaku tentang keadaan ahli keluargamu sesudahmu?".

Ahli ibadat menjawab:
"Aku telah mati sebelum mereka".

Kemudian syaitan berkata:
"Tidakkah engkau mahu bertanya padaku tentang bagaimana cara aku menyesatkan anak-anak Adam?".

Ahli ibadat menjawab:
"Ya, khabarkanlah tentang cara bagaimana engkau menyesatkan anak-anak Adam".

Syaitan berkata:
"Dengan tiga perkara: Bakhil, marah dan mabuk.


Jadi, tuntasnya kne senyum sokmo dong mcm kitaorng : )
  • Sesungguhnya seseorang manusia itu jika bakhil, aku sedikitkan hartanya pada pandangan matanya, maka dengan cara ini akan menahannya dari mengeluarkan hak-hak yang wajib dikeluarkannya dan menjadikannya suka kepada harta orang lain.
  • Jika seseorang itu marah, kami akan memutar-mutarkannya di antara sesama kami sebagaimana seorang kanak-kanak memutar-mutarkan bola di antara sesama mereka. Meskipun dia boleh menghidupkan orang mati dengan doanya nescaya kami tidak akan berputus asa daripada menggodanya, sesungguhnya dia dibangunkan dan dihancurkan dengan satu perkataan sahaja.
  • Jika dia mabuk kami akan memimpinnya kepada semua kejahatan seperti mana dipimpin seekor kambing melalui telinganya menurut sesuka hati kami.

Hasil daripada cerita ini, syaitan telah memberitahu ahli ibadat itu bahawa orang yang marah sesungguhnya dia berada di tangan syaitan seperti bola berada di tangan kanak-kanak. Jadi syaitan dengan sewenang-wenangnya dapat mempermain-mainkan orang yang sedang marah tadi. Maka disarankanlah pada orang-orang yang marah supaya agar bersabar supaya dia tidak menjadi tawanan syaitan dan supaya tidak hangus amalannya.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

5 ulasan:

محمد حذوان بن حميدان berkata...

perkongsian yg amt berguna,semoga kite dpt mngmlknnye dlm khdpn..amin, keep writing (^_^)

~.~ berkata...

iya dong..hahahha
:)

...wardahdiana... berkata...

salam..

klo marah sbb nk seseorg tu brubh bleh tak?..mksud akak, supya dia berubh ke arh yg lbih baik..
coz,tgur elok2 da tak nk dgr,jd bleh x klo kte mrh?
skdr nk taw pendpt aiyad je,k..
tq

PaRaDoX eLaKSaMaNa berkata...

salam...
utk ptnyaan tu ana dh tnye kwn2 skol dlu, seeloknya xyah gune kmarahan,mgkin utk tgur prmpuan bleh gune mrah2 coz pmpuan hati lembut, tpi lelaki klu mrah2 xkn mnjadi,tmbh2 jika dia dh bsar pnjng,lelaki ader sfat ego tggi,klu mrah dia akn mlenting blik,pd kbiasaannya bgitu utk lelaki, mgkin ade lelaki yg baik akn brubah jugk.

dri sudut dkwah, kita nk dkwah org ke arah kbaikan bleh tpi dlm 1 organisasi xleh smua mggunakn pndektn kekerasan, dkwah xkan mjadi,contoh tbaek adlh golongan tabligh yg byk ubah mat rempit jdi kaki msjid n iktikaf,diorg x pnah gune kekerasan wlaupn ader dlm klangan diorg dahulunya ktua samseng,so ada byk kbaikan dri uslub dakwh yd dpraktikkan oleh tabligh bleh kite contohi.

pdekatan marah utk ubah seseorng bleh klu org tu umurnya lbh muda dri kita,klu umur dia tua dri kita x ssuai n takut menyebabkn mudarat lain, faham sndrilah dunia zman skrg nih.Rmai org yg xleh trima tguran berbntuk kmarahan dri org lbih muda dri dia.So pndektan tbaek adlh mlalui tguran dgn tingkah laku kita sndri. Sbnarnya tgur biasa pn dh ok, sbb kita hnya bleh gune lisan utk cegah benda x elok tuh, nk gune kkuasaan kite xder, jesteru bglah tugas tu pd pihk yg ader autoriti.

Skadar pndpt ana bdasarkan pbincangan dgn shbt2 skool lama kbetulan bkak FB ari ni, ada kekhilafan hrap diperbetulkan, wslm
arigato gozaimas....

...wardahdiana... berkata...

salam..

ermm..
syukran ats perkongsian tu..
mkneny,ksimpulan yang blh dibuat ;
"tegurlah secara berhikmah",kan?

saling menegur dan menyampaikan nsht,merupakan tgs dan tggungjwb muslim ke atas muslim yang lain.. nmun,pemilik hidayah untuk org yang ditegur sudah pastinya Allah s.w.t...

Moge Allah mengekalkan hidayahNya serta nikmat iman dan Islam ini kepada kite semua hingga nafas yang terakhir...insyaAllah

-skdr utk renungan bersama,wallahu'alam-