Assalamualaikum w.b.t
Kali ni kita nak membicarakan sebuah teknologi baru yang telah dicipta oleh negara barat. Kita tak menyanjung mereka namun kita jadikan idea penciptaan peralatan mekanikal robotik ini sebagai salah satu cabaran kita untuk menguasainya. Itu adalah antara jalan yang terbaik untuk kita menyaingi mereka. Mereka dahulunya juga menciplak karya agung sejarawan dan sainstis islam. Maka apa salahnya kita mengambil kembali ilmu yang telah diciplak dari kita itu.
Gambar ini menunjukkan sebuah menara yang megah dan tinggi. Namun anda jangan terpedaya. Adakah anda melihat deretan kereta di dalam bangunan menara itu? Itulah dia, menara ini bukannya tempat manusia menghuni ataupun ruangan pejabat yang mewah, namun ianya hanya sebuah garaj parking bertingkat automatik. Seakan-akan anda memasuki lif, itulah juga yang akan dialami oleh kereta anda sewaktu dimasukkan ke dalam tempat parking ini.
Prosedurnya mudah sekali, anda hanya perlu memasukkan kereta anda ke dalam ruangan seakan-akan lif ini dan meninggalkan kereta anda di situ. Dengan beberapa kaedah pembayaran, kereta anda akan diangkat ke atas menggunakan kren hidraulik dan komputer di menara berkenaan secara automatik akan membawa kereta anda ke ruangan kosong di menara berkenaan. Dengan itu kereta anda akan diparkingkan di tempat yang selamat dari panas dan hujan sekaligus.
Lihatlah sistem kren & lif hidraulik yang digunakan untuk menempatkan kenderaan di dalam menara parking ini. Sungguh sistematik dan selamat bukan?
Sebenarnya sistem ini telah diadaptasikan dari sistem kren & lif hidraulik kereta di menara milik syarikat permotoran besar di Jerman iaitu Volkswagen. Syarikat Volkswagen telah mencipta menara ini untuk menempatkan kereta yang telah siap dipasang dan seandainya kliennya tiba untuk membeli kereta, maka kenderaan dari menara itu akan dikeluarkan dan terus diserahkan kepada pembeli tadi tanpa pembeli tersebut perlu menunggu beberapa minggu sebelum dapat kereta tu. So cara ni lebih praktikal bukan?
Deretan kenderaan pelbagai jenis dan pelbagai warna pilihan yang akan terus diambil dari 'silo' ataupun tempat penyimpanan kereta dan terus diserahkan kepada pembeli yang membeli berdasarkan citarasa mereka.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan