SaHaBaT

8/23/2010

Babi + Biri-biri = ?

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali kita do arena yang penuh informasi ini. Kali ni ana nak ceritakan kisah yang ana dapat dari kiriman emel seorang saudara seislam dari Malaysia juga. Kali ni emel ni agak mengejutkan jugak la, ye la jarang2 kite dpt tgk foto2 gni kan...Tekat apakah dia binatang di atas ni? Klu korang nak tahu, ni la khindzir or nama beratnya adalah BABI yang telah mengalami proses mutasi pembiakan. Khindzir ini telah dikacukkan dengan genom biri-biri dan akhirnya lahirlah binatang babi berbulu ini.

Kalau korang tgk mmg bulu2 dia tu sme je dengan bulu biri-biri yang biasa kita tengok kan. Kalau sape yang ternak biri-biri dia akan tahu la. Mengikut maklumat yang diperolehi, binatang babi berbulu ini telah disuntik dengan genom berbulu dari kambing biri-biri oleh para saintis. Kata mereka tujuan diadakan binatang ni agar berbulu adalah untuk memberikan babi ni penyesuaian sewaktu musim sejuk agar mereka tidak mudah dijangkiti virus selesema sewaktu musim sejuk terutama di eropah. Namun secara tersiratnya dapat kita rungkaikan bahawa saintis barat buat benda ni sebab nak menghancurkan orang islam sebenarnya. Bayangkan seandainya bulu babi ini dituai dan dijadikan sebagai permaidani dari eropah, sejadah yang kononnya suci bersih, mungkin juga baju bulu sejuk yang dieksport ke negara kita. Bayangkan jika permaidani dalam rumah kita diperbuat dari bulu si babi ni, alamatnya sepanjang kita tidak menyedari benda ni haram, maka sepanjang tu la solat kita ntah diterima Allah ke tak pun x tahu...

Mengikut hukum syariat islam, apa-apa benda ataupun barangan yang diperbuat dari apa-apa bahagian binatang haram seperti babi dan anjing, atau kacukan antara keduanya atau kacukan antara salah satu daripadanya. Maka ianya haram untuk dipegang dan disentuh oleh umat islam apatah lagi memakan dan memakai sesuatu yang haram. Sudah tentunya haram hukumnya. Jesteru, walaupun dia kelihatan berbulu seperti biri-biri, hakikatnya ianya tetap babi dan babi itu secara kekalnya hukum menyentuhnya dan memakai barang dari bahagian babi adalah haram.


Jadi kita sebagai umat islam haruslah menyedari mengenal tipu muslihat oleh pihak kuffar yang berusaha untuk menyesatkan kita dan menjadikan ibadah kita tidak memberi apa-apa makna kepada kita. Tidak cukup dengan menambah elemen salib di sejadah solat, meletakkan alkohol di dalam pewangi kini mereka sedaya upaya untuk mengelirukan umat islam dengan 'mencipta' babi biri-biri berbulu ini. Justeru, berhati-hatilah anda dalam memilih barangan ataupun produk yang kelihatan meragukan. Wassalam...

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: