Gaza , itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “potongan” itu “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan lautan Mediteranean, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.
Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Israel membuat pelbagai sekatan supaya rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan senjata dan telah diadakan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin kuat. Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki ketenteraan terkuat di dunia ini tidak mampu menguasai Gaza.
Dunia juga menyaksikan bagaimana kapal-kapal bantuan dari negara lain dihalang dari memasuki Gaza. Umat Islam ramai juga yang peka tetapi negara-negara kuasa veto buat tak tahu malah bersengkokol dengan Israel. Pemimpin-pemimpin negara Islam juga seperti malu-malu alah dengan Amerika kecuali dua Perdana Menteri yang lantang menyelar Israel dan Amerika iaitu Mahmoud Ahmadinejad, PM Iran dan yang terkini PM Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Recep Tayyip Erdogan menyelar hebat Israel secara berdepan dengan Shimon Peres di World Economic Conference di Davos sebelum meninggalkan persidangan tersebut dengan berlalu di depan Peres.
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket RPG, Periuk api, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan “bom canggih” buatan Amerika Syarikat.
Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para Mujahidin mampu membuat “kaum pengganas” itu tidak dapat menguasai Gaza , walau mereka hanya dengan berbekalkan senjata-senjata “kuno”.
Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang turut sama bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya sewaktu pertempuran, telah tersebar dalam kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumaat mereka.
Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza
Ada “pasukan lain” yang membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.
Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.
Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah seorang anak lelaki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.
Sewaktu disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al-Aan (25/1/2009), dari penceritaan seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahawa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam. Akan tetapi tentera Israel itu malah marah dan memukulnya hingga pemuda malang itu pengsan.
Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, lelaki itu menjawab bahawa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”
Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”
Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, dari pasukan mana?” Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.
Suara Tak Dikenali
Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).
Khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.
“Saya telah menanam sebuah periuk api. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan tentera Israel disertai kereta kebal menuju jalan tempat saya menanam periuk api” kata pejuang tadi.
Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira periuk api itu tidak akan bekerja semaksimumnya. Maklumlah, jumlah musuh amat ramai.
Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.
“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kepada saya. Akan tetapi saya terkejut, kerana tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.
Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melalui periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu tiba-tiba meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya turut hancur. Ramai tentera Israel mati. Sebahagian dari mereka terpaksa diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.
Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam laman webnya alraesryoon. com, turut menyiarkan kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan, “Ketika saya mengamati pergerakan kereta kebal Israel di sempadan kota Gaza , dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencuba untuk mengenalpasti asal suara itu, akhirnya saya dapati bahawa suara itu keluar melalui batuan dan pasir.”
Cerita mengenai “pasukan tidak dikenal” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak meninggalkan rumah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel
Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. “Kenapa kalian menangis?” tanyanya.
“Kami menangis bukan kerana khuatir keadaan diri kami atau takut akan musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya
Saksi Tentera Israel
Cerita tentang “tentera berseragam putih” tak hanya diceritakan oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa tentera Israel sendiri menyatakan hal yang serupa.
Laman Al-Qassam memberitakan bahawa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang turut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.
“Ketika saya berada di Gaza , seorang tentara berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, dan saya terus buta,” kata anggota pasukan ini.
Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.
Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan, “Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih berjanggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”
Cerita ini menarik perhatian ramai penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?
Sudah meletup tetapi periuk api masih utuh
Semasa para mujahidin tersepit dalam pertempuran, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba turut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.
Sebuah kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah Ai Maghraqah. Semasa itu para mujahidin sedang memasang periuk api. Sewaktu sedang menggulung kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel menjejak mereka. Bom pun dijatuhkan ke lokasi itu.
Nasib baik para mujahidin selamat. Namun, kabel penghubung periuk api dan pemicu yang tadi hendak disambung telah terputus. Tidak sempat lagi untuk menyambungnya, kerana pesawat masih berputar-putar di atas.
Tak lama kemudian, beberapa kereta kebal Israel melalui lokasi di mana periuk api tersebut ditanam. Bukan sahaja melintasi, kereta-kereta kebal itu berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.
Apakan daya, kaum Mujahidin tak mampu berbuat apa-apa. Kabel periuk api jelas tak mungkin dapat disambung, sementara kereta-kereta kebal Israel telah berkumpul di kawasan dipenuhi periuk api.
Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, “Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang bermaksud, “Ya Allah, sebagaimana Engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”
Tiba-tiba, ketika fajar menjelang, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat seperti di lokasi penanaman periuk api yang tadinya tak berfungsi.
Setelah tentera israel berundur dengan kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihat lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnya ledakan? Wallahu a’lam.
Masih dari wilayah Al Maghraqah. Semasa pasukan Israel menembak peluru berpandu ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para Mujahidin rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.
Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, “Wahai dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”
Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para Mujahidin menangis terharu kerana mereka merasa Allah Subhanuhu Wa Ta’ala telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...

6 ulasan:
Subhanallah..Sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita..kadangkala hanya kita yang alpa..
Subhanallah..
mintak izin nak kongsi dengan rakan2 :)
silalah kopy klu nak, share2lah info2 mnarik ni, sme2 dpt sebarkn dkwah n dpt redha Allah, Insyallah....
Bagus Atikal ni...teruskan penulisan saudara...Syukran!!
Fuhhh best nyer kalau dpt berjuang bersame2 mereka.... Semoga Allah memilih sy menjadi salah seorg pembebas Masjidil Aqsa...
FUH DASHAT GILER TAPI APAPUN TERIMA KASIH KEPADA SYUKRAN
Catat Ulasan