
ERTI REDA
Reda dengan erti kata setiap kerja buat kita seharian mendapat naungan Allah. Naungan Allah ternaung dengan setiap kerja buat kita seharian diniatkan untuk mendapat keredaanNya. Memang sukar untuk kita niatkan setiap kerja buat kerana Allah. Namun semua itu bukan suatu benda yang mustahil.
CIRI-CIRI YANG MENGGAMBARKAN KEBERKATAN
Kadang-kadang kita merasakan perniagaan kita begitu maju. Namun yang menghairankan duit kita tak pernah cukup. Kenapa terjadi demikian rupa??? Jawapannya hanya empunya diri yang mampu menjawab. Tepuk dada tanya IMAN.
Cuba kita renung seketika. Sebelum tidur, letak tangan ke dahi. Cuba renung kembali setiap detik dalam seharian, apa yang sudah kita lakukan. Untuk keluarga, selaku ketua keluarga. Untuk IBUBAPA, selaku seorang anak yang tidak terlepas untuk mentaatinya. Untuk masyarakat, selaku pendakwah.

Kembali kepada tajuk. Pernahkah kita terfikir, bagaimana kehidupan pelajar-pelajar mahupun ustaz-ustaz pondok? Kadang-kadang hanya mempunyai sebuah motosikal bagi yang sudah berumahtangga. Kadang-kadang juga mempunyai kereta tetapi boleh dikatakan sudah hendak sampai "ajal".
Tetapi yang peliknya mereka nampak tenang. Hidup sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan tenteram. Apa kuncinya? Itulah yang disebutkan pada awal tadi tentang KEBERKATAN.
Bagaimana pula hubungan kita dengan ayahbonda. Adab, cara percakapan, layanan dan sebagainya. Adakah benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh ALLAH? Fikir dan terus berfikir.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang batil/berbohong/zalim/tidak adil/tidak benar kecuali dalam perniagaan yang berlaku atas dasar sama suka di antara kamu" an-Nisa' : 29
Ini jelas menunjukkan Allah melarang bagi hambanya untuk memakan harta secara batil.
"Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba" al-baqarah : 275
Ini semuanya memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang orang hanya melihat kepada perkara zahir tanpa menyedari hakikat perkara batin yang bakal menimpa. Penipuan yang dilakukan dalam jual beli sememangnya menjadikan seseorang itu akan mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Namun ia tidak sedar apakah yang bakal menimpanya di masa akan datang.

Bukanlah kehidupan yang hakiki itu adalah dunia yang penuh dengan fitnah ini, namun hakikat kehidupan ialah menjadikan kehidupan yang sementara ini sebagai langkah untuk kehidupan setelah mati. Sejauh mana saham yang dilaburkan, sebanyak mana sedekah yang diberikan, seikhlas manakah setiap amalan yang dikerjakan.
"Tiada amalan yang diterima Allah menlainkan yang ikhlas keranaNYA"
"Bukan kemewahan yang diimpikan, namun reda Allah yang utama"
"Bukan kemewahan yang diimpikan, namun reda Allah yang utama"
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan