Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera & Salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah penuh informasi ini. Semoga segala yang eLaKSaMaNa kongsikan di sini dapat dijadikan panduan, info tambahan dan sebagainya buat kalian. Jika entry terdahulu isunya kelihatan besar dan berat, pada kali ini mari kita bersantai sedikit dengan isu terbaru. Sewaktu sedang meneroka alam maya, eLaKSaMaNa terjumpa beberapa keping gambar yang menunjukkan lokasi petempatan yang jika diberikan pilihan kita tidak ingin tinggal di sini, terdapat beberapa lokasi yang meliputi beberapa buah negara. Jom saksikan...
1-Apartmen Bassac di Kemboja
(Apartment separuh siap yang diduduki oleh beberapa ribu orang)
1-Apartmen Bassac di Kemboja
(Apartment separuh siap yang diduduki oleh beberapa ribu orang)
2-Chernobyl, Ukraine
(Tiada orang tinggal kerana masih dicemari sisa radioaktif akibat letupan loji nuklear era soviet union 1980-an, dianggar dalam 40 tahun lagi pun masih tidak selamat untuk didiami)
3-Cubatão, São Paulo, Brazil
(Pencemaran udara yang amat teruk akibat kawasan perindustrian)
4-Dharavi, Mumbai, India
(Petempatan setinggan paling sesak)
5-Dzerzhinsk, Russia
(Bandar perindustrian, tercemar akibat pencemaran asap industri, sehingga salji yang turun turut dipenuhi jelaga)
6-Kabwe, Zambia
(Bandar industri perlombongan batuan, mineral, dicemari udara yang penuh dengan partikel halus yang merbahaya)
7-Kibera, Nairobi, Kenya
(Petempatan setinggan sesak yang dpenuhi sampah sarap akibat tidak pernah dikutip)
8-Linfen, China
(Bandar perindustrian & perlombongan di China, pencemaran udara yang teruk dan sesiapa sahaja keluar rumah dalam masa 5 minit, mukanya akan dipenuhi debu kotor)
9-Mogadishu, Somalia
(Bandar berkonflik di Somalia yang menyaksikan peperangan saudara yang tidak pernah berhenti dan senjata bebas dibawa oleh orang awam - peperangan yang menyebabkan US terpaksa mengundurkan tenteranya)
10-Rocinha, Rio de Janeiro, Brazil
(Petempatan setinggan yang sungguh sesak dan dibina di cerun-cerun bukit yang curam, tiada pengawalan pihak berkuasa & kadar jenayah yang tinggi)
p/s : Inilah akibatnya jika pemimpin korupsi dan tidak mengendahkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, pemimpin hidup mewah keterlaluan, rakyat hidup merempat sedangkan negara mempunyai banyak sumber ekonomi yang berpotensi. Itulah pentingnya agama dalam jiwa setiap manusia, jika agama tiada dalam jiwa, maka hidup manusia akan porak-peranda.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan