Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa ini, semoga ianya bermanfaat. Pada kali ini eLaKSaMaNa ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai kisah sebuah bandar yang hilang ditelah masa. Bandar ini pada mulanya merupakan sebuah bandar perindustrian tenaga yang moden, namun setelah berlaku suatu tragedi yang dasyhat menyebabkan bandar ini menjadi kosong serta-merta dan tidak dihuni sehingga kini walaupun setelah hampir 30 tahun ianya ditinggalkan. Bandar yang dimaksudkan ialah bandar Chernobyl, iaitu di dalam wilayah Soviet Union suatu ketika dahulu dan kini berada di dalam negara Ukraine moden.
Bandar Chernobyl merupakan bandar merupakan salah satu bandar di dalam wilayah Pripyat yang berada di dalam wilayah Ukraine SSR sewaktu itu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wilayah-wilayah dalam USSR atau Soviet Union, sila klik link ini. Bandar ini dikenali sebagai bandar perindustrian tenaga kerana kewujudan sebuah reaktor nuklear di tengah-tengah bandar tersebut. Malah kebanyakan penduduk bandar adalah pekerja di reaktor tenaga nuklear Chernobyl. Pada 26 April 1986, akibat dari sedikit kegagalan fungsi alatan dalam reaktor telah menyebabkan kebocoran uranium dan radiasi telah berlaku. Kebocoran tersebut telah menyebabkan tekanan teras nuklear reaktor tersebut menjadi tidak stabil dan akhirnya berlakulah letupan yang amat dasyhat dan sinaran radiasi telah tersebar meliputi 100 000 km persegi kawasan di sekitar belarus, ukrain dan juga Rusia. Menurut Greenpeace, dianggarkan hampir 200 000 penduduk terkorban sama ada akibat letupan, kebakaran ataupun penyakit kesan dari pendedahan akibat radiasi. Malah binatang turut menjadi korban dan beberapa bukti telah wujud iaitu kelahiran anak lembu yang tidak cukup sifat akibat dari mutasi genetik yang berlaku akibat radiasi. Insyallah eLaKSaMaNa akan usahakan untuk menterjemah kisah mengenai bagaimana letupan Chernobyl berlaku tidak lama lagi. Dan akan dimuatkan di dalam blog eLaKSaMaNa, sentiasalah menyemak artikel-artikel baru yang eLaKSaMaNa muatnaik di blog. Jom kita sama-sama meninjau keadaan bandar Chernobyl yang kini setelah hampir 30 tahun masih tidak dihuni. Segala foto di bawah diambil sewaktu tahun 2006 oleh seorang warga Rusia yang melawat kawasan bandar ini. Walaupun radiasi masih wujud di bandar tersebut, namun sesetengah tempat kesan radiasinya sudah semakin rendah dan tidak terlalu merbahaya untuk manusia.

Paip yang dibina tinggi di permukaan tanah kerana di bawah tanah sinaran radiasi masih lagi tinggi dan berbahaya untuk manusia.
Sebuah tugu yang dibina untuk memperingati ahli bomba yang telah terkorban sewaktu berusaha memadamkan kebakaran di reaktor.
Katil dan barang mainan milik kanak-kanak tadika, apakah kanak-kanak tersebut masih hidup lagi kini? Sekiranya masih hidup, adakah mereka mengingati saat-saat mereka belajar di tadika ini.
Reaktor Nuklear Chernobyl yang kini sedang ditutup secara perlahan-lahan bagi mengelakkan radiasi terus-menerus dibebaskan.
Para pelawat memasuki sebuah bangunan yang tertera lukisan besar, lukisan yang biasa wujud di bangunan Soviet Union.
Kelihatan perkataan tertera di dinding gim, membawa maksud 'Jadi Berani' (Be Brave).
Alatan yang wujud di gimnasium.
Pandangan dari jauh sebuah taman tema Chernobyl yang tidak sempat dibuka kepada orang ramai akibat dari tragedi tersebut.
Laluan bertangga.
Antara lukisan-lukisan pemimpin Soviet Union yang masih kekal dan tidak pernah terusik sejak 30 tahun dahulu. Gambar ini tidak mungkin wujud lagi di negara-negara bekas wilayah Soviet.
Perkataan yang tertera bersama gambar 'Sayang' (LOVE).
Pintu masuk ke taman tema yang tidak sempat dibuka kepada orang ramai.
Sebuah kaunter tiket taman tema yang tidak sempat digunakan.
Papan iklan bertemakan Soviet Union yang biasa wujud suatu ketika dahulu.
Pemadam api Soviet.
Lukisan ini wujud setelah 30 tahun yang dihasilkan oleh pelancong dari Perancis yang datang melawat tempat ini sebelum ini.
Sebuah hotel yang berprestij di Soviet Union.
Meja yang mereput di luar bangunan pekerja reaktor, kelihatan simbol 'HAZARD' di pintu masuk bangunan tersebut.
Sebuah peti surat yang biasa ditemui di negara Soviet. Melambangkan identiti Soviet.
Kaunter pertanyaan.
Sebuah bangunan sekolah, perhatikan banyaknya topeng-topeng gas yang ditinggalkan.
Bangunan bercirikan rekabentuk Soviet Union.
Terdapat seseorang tertinggal kasutnya sewaktu sedang tergesa-gesa meninggalkan bangunan.
Mungkin makmal kimia atau fizik sekolah soviet ini.
Bilik guru dan lambakan buku-buku sekolah soviet.
Lambakan buku kerja murid.
Mungkin senarai kehadiran murid dalam kelas.
Bangunan yang kosong yang semakin lama semakin rapuh dan menyembah bumi.
Perkarangan sebuah hospital Soviet yang dipenuhi semak samun.
Timbunan tilam dan katil wad.
Peralatan perubatan dan permainan chess, mungkin milik pekerja atau pesakit di hospital.
Tandas pesakit.
Tilam di wad kelas tinggi.
Lif yang rosak tersekat.
Ubat yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun lalu.
Pintu masuk wad yang masih kekal.
Lagi ubat yang tidak pernah terusik sejak 30 tahun lalu.
Pekarangan hospital yang dipenuhi dengan longgokan katil-katil.
Semak samun tumbuh meninggi di Chernobyl.
Sebuah jeti yang sudah tenggelam.
Bangunan yang biasa kelihatan di Soviet Union, dengan logo USSR di atas bangunan, mungkin ini bangunan kerajaan.
Bangunan 16 tingkat USSR.
Laluan yang dipenuhi semak samun dan lukisan oleh pelancong dari Perancis.
Pemandangan sekitar bandar Chernobyl yang dipenuhi semak samun dan hutan meninggi.
Logo gergasi USSR yang terletak di atas sebuah bangunan, mungkin bangunan kerajaan atau pentadbiran.
p/s : Sejarah mengajar kita erti kesilapan generasi lalu yang harus diperbaiki oleh generasi masa hadapan. Jika kita bukan ahli pencinta sejarah, pasti bangunan buruk ini tiada makna dalam jiwa, tetapi untuk para pencinta sejarah, bangunan ini adalah menjadi saksi bisu tragedi yang sungguh memberikan kesan kepada manusia.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan