SaHaBaT

12/31/2011

SaLaM TaHuN BaRu 2012M

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & Salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang Insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi yang di'share' di laman blog ini akan bermanfaat untuk kita semua. Sedar tidak sedar sudah setahun kita melayari tahun 2011 dengan pelbagai suka dan duka. Justeru eLaKSaMaNa ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2012 kepada semua pembaca sekalian. Mungkin tanpa kita sedari, dalam kemeriahan kita menyambut tahun baru 2012, usia kita sebenarnya telah berganjak setahun lebih tua. Kepada yang berumur 21 tahun, dia akan melangkah ke umur 22 tahun dan begitulah sebaliknya. Hatta yang berumur 69 juga dia akan berganjak ke umur 70 dan fitrah yang Allah Taala sudah suratkan ini tidak mungkin dapat diubah oleh manusia kecuali dengan izinNya. Dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru juga, tidakkah kita harus berfikir apakah tahun 2011 yang telah setahun kita lalui ini lebih baik dari tahun 2010 yang lalu. Atau tahun 2011 ini sama sahaja dengan apa yang telah kita lakukan sewaktu 2010 dahulu. Jika begitu, maka kita seharusnya bermuhasabah dengan sebaiknya dan rangkakan perancangan hidup sepanjang 2012 dengan sebaiknya untuk mengelakkan kesilapan yang sama kita lakukan sewaktu 2011 dahulu berulang kembali di tahun 2012.

Seorang individu yang berjaya ialah individu yang merancang hidupnya dengan sebaiknya. Baginya hidupnya bagai sebuah perjalanan yang ada panduan dan matlamat yang ingin dicapai. Mungkin sesetengah dari kita beranggapan bahawa mengapa perlu merancang hidup serancang-rancangnya sehinggalah setiap perbelanjaan setiap hari juga perlu dirancang, tidakkah boleh jika kita hidup seperti biasa tanpa merancang perbelanjaan dan sebagainya? Ketahuilah bahawa hidup kita ni amat singkat sebenarnya, buktinya 2011 sudah berlalu tetapi ingatan apa yang kita lakukan sewaktu 2011 masih segar dalam ingatan kita bukan. Masa itu sungguh cepat berlalu. Di akhir zaman, manusia seakan-akan tidak mempunyai waktu yang cukup. Jika Allah sudah berikan 24 jam, manusia ingin meminta tambahan sejam lagi dek kerana pelbagai aktiviti dan kegiatan yang masih tidak selesai. Itulah manusia, manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang Allah berikan. Berusahalah untuk menjadi hambaNya yang mensyukuri nikmatnya. Apa petua untuk kita mudah merasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan? Sentiasa melihat individu yang rendah daripada kita. Seandainya kita memiliki sebuah kereta biasa seperti viva contohnya, kita akan berasa bahawa kereta kita kereta yang amat biasa dan tidak mempunyai sebarang daya penarik, maka kita inginkan sebuah kereta yang lebih menarik, laju dan berkapasiti besar. Cuba kita renungkan kepada insan yang tidak memiliki kenderaan kereta. Malah di Malaysia kita masih boleh melihat sebuah keluarga tanpa kereta. Ingat, antara tips untuk membuatkan kita bersyukur ialah bermuhasabah dan bandingkan kita dengan individu yang masih kurang dari kita.

Dalam kita meniti tahun baru ini juga, kemampuan akal yang Allah kurniakan kepada kita akan selangkah lebih matang terutama kepada individu yang melangkah dari alam akhir remaja ke awal dewasa. Sebagai contohnya mungkin ada antara kalian yang melangkah ke usia 20-an buat kali pertama. Seiring dengan peningkatan usia ini, kemampuan akal kita untuk berfikir juga semakin matang dan mula memandang jauh ke hadapan. Namun tidak dinafikan masih ada individu walaupun berumur melangkaui 20-an, tapi masih hidup seperti di alam remaja sekolah menengah. Cubalah untuk berubah, kuatkan azam tahun baru ini untuk berubah menjadi lebih matang terutama dalam membuat keputusan. Ibubapa kita merupakan individu yang pertama akan dapat mengetahui bahawa anak mereka sudah matang ataupun tidak. Disebabkan oleh itulah, setelah anak berumur 20-an, kebanyakan ibubapa akan mula membiarkan anak mereka membuat keputusan hidup sendiri terutama dari segi kewangan, pemilihan kerjaya dan tidak lupa soal jodoh. Ibubapa hanya inginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Justeru menjadi kewajipan kita dalam merangka kehidupan kita untuk menjadi insan yang berguna sepertimana harapan ibubapa kita. Buktikan kepada mereka bahawa didikan yang diberikan oleh ibubapa kita adalah berbaloi untuk mereka. Jangan lupa dalam setiap untaian doa yang kita lafazkan, letakkan doa ibubapa kita yang paling utama setelah Allah Taala & Rasulnya. Keredhaan Allah Taala terletak kepada keredhaan Ibubapa kita.

Akhir kalam, eLaKSaMaNa sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2012 kepada semua pembaca yang masih sudi berkunjung ke blog eLaKSaMaNa ini. Insyallah kita bertemu di tahun 2012 nanti dengan pelbagai lagi informasi yang menarik yang akan elaksamana 'post'kan di blog ini. Jangan lupa untuk setia bersama blog Nukilan Kehidupan eLaKSaMaNa ! Semoga kalian semua berada di dalam keredhaan Allah Taala.
Wassalam...

:: SeLaMaT TaHuN BaRu 2012 ::


╬╬╬╬╬████╬╬╬╬╬████╬╬╬╬╬██╬╬╬╬████╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬██╬╬██╬╬╬███╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬██╬███╬█████╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬██╬███╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬███╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬███╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬██╬╬██╬╬╬╬██╬╬╬██╬╬╬╬╬╬╬╬ ╬╬╬╬██████╬╬╬╬████╬╬╬╬╬██╬╬██████╬╬╬╬╬

:: SeMoGa AmaLaN KiTa TaHuN 2012 LeBiH BaeK DaRi TaHuN 2011 ::


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: