SaHaBaT

12/03/2011

MuSLiMaH ! JaNGaN UpLoaD GaMBaR PeRiBaDi di FB

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia, semoga semua pengunjung sihat walafiat hendaknya. Semoga segala informasi yang kalian dapat dari laman blog ini insyallah bermanfaat. Pada kali ini kita ingin berbicara mengenai kegilaan manusia zaman sekarang yang suka menguploadkn koleksi gambar peribadi ke dalam laman sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan sebagainya. Kegilaan seperti ini amat berbahaya terutama kepada wanita-wanita ISLAM yang sememangnya amat dijaga oleh agama. ALLAH TAALA telah mengharamkan bertabarruh (iaitu berhias berlebih-lebihan). Banyak kita melihat ramai kaum hawa termasuk juga muslimah yang bertudung labuh tetapi masih tidak menyedari betapa bahayanya mereka mendedahkan gambar-gambar peribadi di internet terutama di laman sosial. Gambar yang diupload boleh dieksplotasikan untuk kepentingan individu yang berniat jahat. Tambahan pula zaman sekarang merupakan zaman ICT iaitu ramai manusia yang celik IT dan mahir menggunakan kepakaran mereka dalam bidang ICT. Akibat dari itulah, maka wanita-wanita muslimah harus menjaga kehormatan diri mereka, jangan mudah mengupload gambar peribadi di internet kerana sudah banyak berlaku kes-kes gambar peribadi diambil dan dijadikan gambar bogel.

Walaupun mungkin bukan tubuh badan sebenar si mangsa, tetapi kejadian seperti ini akan menjatuhkan maruah muslimah itu sendiri. Individu yang berfikiran kotor akan cuba membayangkan gambaran tubuh badan si mangsa berpandukan kepada gambar super-impose berkenaan. Apakah itu tidak mengaibkan? Kini banyak perisian di pasaran yang dapat digunakan untuk mewujudkan imej super-impose seperti adobe photoshop, malah menurut seorang sahabat eLaKSaMaNa yang mahir dalam bidang fotografi dan IT, imej kini boleh disuperimposekan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint shj. Justeru buat kaum hawa terutama muslimah sekalian, berhati-hatilah. Jangan sesekali mengupload gambar peribadi kalian di mana shaja di laman maya terutama di laman sosial. Cukuplah meletakkan nama sebenar atau nama panggilan yang tidak catchy sbgai pengenalan identiti kita. Jika terdapat individu yang ingin mengenali kita, barulah kita cuba perlahan-lahan bertaaruf tetapi masih terkawla terutama kepada orang asing yang tidak kita kenali. Kini banyak masalah yang negatif timbul di laman internet kerana sesiapa sahaja boleh menjadi sesiapa sahaja. Lelaki boleh menyamar FB menggunakan nama wanita sehingga diadakan perbincangan mengenai hal dalaman sulit wanita, sedangkan kawan perempuan FB kita tersebut rupa-rupanya lelaki. Apakah itu tidak menjatuhkan maruah.

Di bawah ini merupakan beberapa jenis gambar yang disuperimposekan dan akhirnya menjadi gambar tidak senonoh, gambar-gambar ini eLaKSaMaNa dapat dari beberapa buah laman blog islamik yang turut membahaskan isu ini di blog mereka, sedarlah FB hanya sekadar tempat untuk menjalinkan hubungan persahabatan dari jarak jauh sahaja, bukannya tempat untuk mengejar populariti, meraih seramai mungkin rakan FB, mencari jodoh secara rambang. Tanpa FB kita masih mampu hidup dengan aman sejahtera. Jangan menjadi Facebookholic.




Selain itu, buat para muslimah, dalam berfesyen berpada-padalah. Bukan salah berfesyen tetapi biarlah fesyen menepati syariat islam dan tidak meniru pemakaian kaum-kaum lain. Jika anda amat tergila-gilakan fesyen, cukuplah berfesyen untuk suami di rumah sahaja, suami pun tidak jemu memandang anda dan secara tidak langsung kebahagiaan rumah tangga sentiasa berkekalan malah semakin bertambah. Ramai kaum hawa jikalau di rumah amat selekeh, rambut tidak bersikat, tiada wangian, tetapi jika keluar sahaja dari rumah untuk ke tempat awam, segala perhiasan dikenakan bersama di badan. Adakah pandangan orang ramai di luar lebih penting berbanding suami di rumah? Tepuk dada tanya iman.

Ramai di kalangan muslimah yang tidak mengambil berat soal menutup aurat, bagi mereka memakai tudung hanya sekadar malu untuk menayangkan rambut yang kerinting, atau mengikut trend semasa, atau kerana mematuhi arahan ibubapa dan sebagainya. Fahamilah apakah falsafah di sebalik pemakaian tudung, mengapa muslimah ISLAM diwajibkan memakai tudung, apakah kebaikan memakai tudung. Jangan terlalu ikut untuk berfesyen sehingga tudung hanya sebagai perhiasan mengikut trend. Secara tidak langsung anda sebenarnya sedang menghina hukum ISLAM itu sendiri. Cubalah berubah sedikit demi sedikit tetapi ada usaha ke arah itu, jangan hari ini adalah sama dengan hari semalam dan hari esok adalah sama dengan hari ini.


p/s : entry ni bukanlah hendak menghina, marah ataupun merendah martabat kaum hawa yang bertudung, tetapi sekadar ingin menegur, saya juga punya wanita di sekeliling saya yang menjadi kekuatan kepada saya dlm menghadapi dugaan, saya punya ibu, adik perempuan, nenek dan sebagainya yang menjadi tunjang kekuatan saya, kita sesama muslim hendaklah saling tegur menegur di samping itu kita cuba memperbaiki diri kita. Perubahan yang sedikit dan berkekalan adalah lebih baik dari perubahan yang sekaligus tetapi tidak berkekalan.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: