SaHaBaT

12/20/2011

GaMeS MenGHiNa IsLaM !

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah penuh informasi. Fokus utama blog ini adalah untuk sama-sama berkongsi dengan kalian semua mengenai informasi yang mungkin berguna untuk menyedarkan diri kita bahawa hidup kita sebagai hamba Allah di akhir zaman ini dipenuhi dengan onak dan duri. Jika kita mampu melepasi dengan sebaiknya, maka janji Allah kepada hambanya yang beriman pasti akan ditunaikan. Apa yang lebih penting kita menguatkan iman kita, menyatupadukan saf perjuangan umat ISLAM dan mengenepikan perjuangan yang sia-sia yang lain seperti perjuangan membela bangsa secara membabi buta tanpa berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah serta perjuangan mendapatkan kebebasan hak yang jauh menyimpang dari Syariat. Kadang-kala eLaKSaMaNa selitkan juga dengan informasi yang lebih santai, ringan dan mudah untuk dihadam pemikiran kita bagi merehatkan minda kita yang mungkin berat memikirkan pelbagai konspirasi, permasalahan dan kekacauan yang berlaku di sekeliling kita.

Pada kali ini kita akan sama-sama mengikuti sebuah pendedahan mengenai beberapa buah permainan komputer/Games yang telah dapat dikesan menghina ISLAM dan juga umat ISLAM. Dalam keghairahan kita menghabiskan masa bermain games, kadang-kala kita harus memilih jenis-jenis permainan komputer yang ingin dicuba. Jom kita ikut pendedahan mengenai games yang telah menghina ISLAM.


[1] - DEVIL MAY CRY 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.



Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut...

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

[2] - CLIVE BARKER UNDYING

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.


Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

[3] - ZACK & WIKI

Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video game tersebut, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Tindakan yang dibuat:

The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

[4] - PRINCE of PERSIA : THE SAND of TIME

Watak Prince Of Persia telah menggunakan pedang yang tertulis satu tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang membawa maksud :

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan. Malah kita turut memberikan pembiayaan kepada mereka dalam membuat game yang menghina ISLAM yang lain dengan setiap sen duit yang kita gunakan untuk membeli perisian game ini. Jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

[5] - COUNTER STRIKE : CONDITION ZERO
- DELETED SCENE


Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak mati askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHAD".

[6] - STRONGHOLD CRUSADER

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

[7] - GUITAR HERO 3 : LEGENDS of THE ROCK

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika dan berdasarkan gaya namanya mungkin dia seorang berbangsa yahudi) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer. Ada 2 kemungkinan apabila melihat imej dalam bulatan itu.

a) Penghinaan Senyap
Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

Zodiak Virgo:

Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

[8] - RESIDENT EVIL 4

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Zoom pada pintu tersebut.

Kalian perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak kalian macam pernah nampak tak? Kalau kalian nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madinah. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak !

Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau ! Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. Mungkin orang Jepun si pembuat game ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak. Jangan lupa untuk disebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

[9] - DANTE'S INFERNO

Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Dante adalah karakter yang diadaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.



Jadi apa yang tak kena dengan game ni?. Game ni sebenarnya telah mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah dihumban ke dalam Neraka ! Menurut dari website Gameslatest : Middle East avoids Dante’s Inferno (Post ni sekarang dah kena delete)

Menurut dari website Gameslatest di atas bahawa Timur Tengah telah mengharamkan game Dante's Inferno yang diterbitkan dari syarikat game terbesar iaitu EA Games kerana "keutamaan selera pelanggan, campuran platform dan faktor lain". Faktor lain? ya, faktor lain seperti penyair Dante (pejuang zaman perang salib III), menempatkan Nabi Muhammad yang dikatannya sebagai nabi palsu dalam lubang neraka. Mengapa Islam ingin membantu mempromosikan di kalangan pengikut-pengikutnya satu videogame yang berdasarkan Divine Comedy nabi palsu yang menempatkan mereka di neraka?. Berdasarkan maksud tersirat pada "sajak suci" ianya dari Inferno Canto XXVIII:

No barrel, even though it's lost a hoop
or end- piece, ever gapes as one whom I
saw ripped right from his chin to where we fart:
his bowels hung between his legs, one saw
his vitals and the miserable sack
that makes of what we swallow excrement.
While I was all intent on watching him,
he looked at me, and with his hands he spread
his chest and said: "See how I split myself!
See now how maimed Mohammed is! And he
who walks and weeps before me is Ali,
whose face is opened wide from chin to forelock.
And all the others here whom you can see
were, when alive, the sowers of dissension
and scandal, and for this they now are split.
Behind us here, a devil decks us out
so cruelly, re-placing every one
of this throng underneath the sword edge when
we've made our way around the road of pain,
because our wounds have closed again before
we have returned to meet his blade once more.
But who are you who dawdle on this ridge,
perhaps to slow your going to the verdict
that was pronounced on your self-accusations?
"Death has not reached him yet," my master answered,
"nor is it guilt that summons him to torment;
but that he may gain full experience,
I, who am dead, must guide him here below,
to circle after circle, throughout Hell:
this is as true as that I speak to you."
Inferno XXVIII

Bahasanya merupakan gaya bahasa inggeris kuno yang biasa terdapat di dalam Bible. Sukar untuk diterjemah secara mendalam. Tetapi memang ada maksud tersirat di dalam tu.

"See how I split myself!"
"See now how maimed Mohammed is!"

Dante Alighieri (1265-1321), sasterawan besar Itali, dalam Inferno-nya mengatakan bahawa Nabi Muhammad dan sahabat Baginda, Ali bin Abi Talib, dihumbankan ke dalam neraka tingkat ke lapan, kerana ia telah memecah belah masyarakat dengan ajarannya dan menabur kekejian selama hidupnya. (Inferno XXVIII, 19-42)


The poets are in the ninth chasm of the eighth circle, that of the Sowers of Discord, whose punishment is to be mutilated. Mahomet shows his entrails to Dante and Virgil while on the left stands his son Ali, his head cleft from chin to forelock.

Gambaran ilustrasi di atas adalah yang diambil dari salah satu lukisan-lukisan dalam pelbagai manuskrip yang tersimpan di perpustakaan-perpustakaan besar di dunia termasuk ada yang telahpun membuat satu filem bisu pada tahun 1911 iaitu sebuah filem Itali yang menunjukkan babak-babak seperti dalam sajak L’Inferno yang dilakonkan dan turut menunjukkan RASULLULLAH kononnya telah digantung dalam neraka.

Jadi game Dante's Inferno ni telah menerapkan nilai-nilai negatif dan berunsur penghinaan kepada umat Islam sedunia dari sajak Dante Alighieri. Ianya sungguh membimbangkan walaupun ia sekadar permainan, namun memberi kesan di bawah sedar terhadap kepada sesiapa yang main game tersebut dan ianya haram dibeli dan haram dimainkan oleh orang Islam. Generasi muda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan permainan terbabit yang boleh menyebabkan kerosakan akidah.

p/s : Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Buddha, hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan. Dalam Islam kita diwajibkan untuk menghormati agama dan kepercayaan orang lain. Itulah sebabnya ALLAH TAALA & RASULLULLAH mengharamkan para mujahidin ISLAM yang turun berJIHAD dari memusnahkan rumah-rumah ibadah agama lain malah sesiapa yang berlindung di dalamnya juga harus dipelihara keselamatan mereka. Itulah indahnya ISLAM, ISLAM tidak memaksa sesiapa menganut ISLAM, biarlah mereka menganut ISLAM dengan hidayah ALLAH TAALA disamping kita berusaha berdakwah kepada mereka terutama dakwah melalui perbuatan kita iaitu perbuatan yang baik. Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

JANGAN LUPE KLIK IKLAN NUFFNANG
DI SEBELAH KANAN BLOG
eLaKSaMaNa

SEKALI KLIK SUDAH MEMADAI.... TQ

Tiada ulasan: