SaHaBaT

4/04/2010

RaHSiA ApRiL FooL















Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya
terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Kira-kira lebih kurang seribu tahun lalu, Sepanyol berada di bawah kekuasaan Islam yang begitu kuat, sehingga tidak dapat dihancurkan. Sememangnya menjadi tabiat kaum Kuffar iaitu musuh-musuh Islam pada sepanjang masa dan sejarah, tidak akan merasa senang serta tidak akan pernah hilang keinginan mereka untuk menghancurkan Islam. Berbagai-bagai cara dan helah akan dicari dan dilakukan untuk menjatuh serta menghancurkan umat Islam.

Begitu jugalah dengan keadaan di Sepanyol ketika itu. Kaum Kristian terutamanya berharap untuk melenyapkan Islam dari seluruh bahagian Sepanyol. Sedangkan ketika itu umat Islam di beberapa bahagian di Sepanyol seperti Grenada ( Ghornata ), begitu kuat mengamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, yang menjadikan mereka begitu kuat sehingga tidak dapat diganggu gugat.

Beberapa kali mereka cuba menyerang, menganggu serta cuba membersihakan kekuasaan umat Islam tetapi menemui kegagalan. Lalu mereka menghantar pengintip untuk mengetahui asas kekuatan umat islam di sana. Pengintip tersebut berpura-pura mempelajari Islam, beliau menemui satu kekuatan umat Islam iaitu IMAN, dan TAQWA mereka kepada Allah S.W.T.

Maklumat-maklumat tersebut disampaikan kepada musuh-musuh Islam lalu mereka mencari strategi untuk melemahkan umat Islam di Sepanyol dan menghancurkannya. Setelah beberapa kali bersidang, mereka membuat kesimpulan bahawa untuk melemahkan umat Islam, mereka mesti melemahkan Iman dan Taqwa mereka kepada Allah S.W.T. Lalu mereka pun mencuba pelbagai usaha dan cara antaranya mereka mengirimkan alcohol, muzik, dadah ,wanita-wanita untuk mengkhayalkan umat Islam terutamanya kepada para belia.

Strategi tersebut cukup berkesan. Setelah beberapa lama didapati sesetengah umat Islam tidak lagi kuat Iman dan Taqwa mereka, maka mereka sekali lagi merancang untuk menyerang dan memusnahkan umat Islam. Kali ini umat Islam diserang habis-habisan. Pada ketika itu umat Islam tidak lagi berupaya melawan dan mempertahankan diri mereka.

Akhirnya, jatuhlah semua daerah Sepanyol dari penguasaan umat Islam selama 800 tahun kepada Kristian seluruhnya. Daerah terakhir yang dapat dikuasai ialah Grenada.

Kezaliman yang dilakukan kepada umat Islam ketika itu sangat dahsyat. Sekiranya ditemui pasti akan diseksa dan dibunuh. Maka pihak Muslimin terpaksa lari dan menyembunyikan diri. Namun ini belum dapat memuaskan hati mereka.

Lalu mereka menawarkan peluang, iaitu sekiranya penduduk Muslimin ingin selamat, hendaklah mereka berpindah keluar dari Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan. Pada mulanya kaum Muslimin merasa curiga atas tawaran tersebut, tetapi mereka tiada pilihan lain. Tambahan pula mereka mendapati bahawa kapal-kapal untuk mereka melakukan pelayaran telah tiba di pelabuhan dan menanti ketibaan mereka.

Tanggal 1 April, kaum Muslimin keluar beramai-ramai ke pantai dengan hasrat untuk meninggalkan Sepanyol. Pada kesempatan inilah tentera-tentera Sepanyol telah menyerang dan membunuh umat Muslimin keseluruhannya, samada wanita atau kanak-kanak. Bahkan kapal-kapal yang berada di pantai dibakar. Maka hancurlah umat Muslimin dan berjayalah musuh-musuh Islam dalam usaha melakukan ‘pembersihan’ terhadap umat Islam.

Peristiwa berdarah yang menyedihakn ini dirayakan oleh pihak Kristian pada 1 April setiap tahun. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol, malahan juga di seluruh dunia sebagai ‘April Fool’s Day’

Apa yang paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil juga turut memperingati dan merayakan April Fool’s Day ini tanpa mereka menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara seIslam mereka sendiri.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: