SaHaBaT

4/30/2010

CoLLeCTioN oF Doa BeFoRE ImTiHaN












DOA BEFORE / DURING STUDY

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ إنْتَ تَحْعَلُ الْحزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْ

Allahumma la sahla illa ma ja'altu sahla, wa 'anta taj-alul hazna idha shi'ta sahla
O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will

[Ibn Hibban]


أللِّهُم النّفَعنِي بِمَا عَلَّمتَنِي وَ عَلِّمنِيِ مَا يَنفَعنِي

Allahumma infa'nii bimaa 'allamtanii wa'allimnii maa yanfa' unii
O Allah! Make useful for me what You taught me and teach me knowledge that will be useful to me.


اللهم اني اسالك العفو والعافية

Allahumma inni as'alukal 'afuwawal-afiya
O Allah! I seek your forgiveness and well being (meaning in examination, memory, and concentration etc)


DOA FOR ANXIETY/DIFFICULTY


اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ ، وَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ ، وَ الْبُخْلِ وَ الْجُبْنِ ، وَ ضَلَعِ الدِّيْنِ وَ غَلَبَةِ الرِّجَالِ

Allahumma inni a'udhubika minal hammi wal hazan, wal 'ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubn, wa dhala'id-dayni wa ghalabatir rijaal
O Allah! I seek refuge in You from grief and sadness, from weakness and from laziness, from miserliness and from cowardice, from being overcome by debt and from being overpowered by men (other people)
[Sahih al-Bukhari 7:158]


DOA FOR KNOWLEDGE


اللَّهُم¡ اِنِّى اَسْئَلُكَ عِلْمًا نَجِيْحًا

Allahumma inni as'aluka 'ilman-naaji' han
O Allah! I ask You for useful Knowledge


سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Subhanaka la 'ilma lana 'illa ma 'allamtana 'innaka 'antal-'Alimul Hakim
Glory be to you, we have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the All-Knower, the All-Wise
[surah Baqarah; 2:32]


رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًا

Rabbi zidni ilma
O my Lord! Advance me in Knowledge
[surah Ta-Ha; 20:114]


DOA AFTER STUDYING


اَللَّهُمَّ ذَكِّرْنِِىْ مِنْهَ ، وَ عَلِّمْنِىْ مِنْهُ مَا جَهِلْتُ

Allahumma zakkirni minhu, wa 'alimni minhu ma jahiltu
O Allah! Assist me to remember it, and teach me whatever I am ignorant of it


اللَّهُمَّ انْفَعَنِىْ بِمَا عَلَّمْتَنِىْ وَ عَلِّمْنِىْ مَا يَنْفَعَنِىْ

Allahummanf' ani bima 'allamtani, wa 'allimni ma yaufa'uni
O Allah! Let the knowledge that You have granted me, be useful for me, and teach me whatever can be fruitful for me

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/29/2010

CiNTa SeORaNG PeMuDa


















Saya suka sangat tengok jari jemari awak, cantik betul, Sungguh! Sampai saya takut nak pegang, bukan takut jari jemari awak patah, tapi takut nanti jari- jemari awak dan saya tak boleh saling bantu membantu di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha Esa….

Saya suka sangat tengok rambut awak, cantik betul..Sungguh! sebab itulah saya belikan awak tudung, bukan sebab saya cemburu orang lain tengok rambut awak, bukan macam tue, tapi sebabnya saya mahu rambut awak sentiasa ditutup macam dalam iklan dot..dot..dot…tue..sampai bila-bila…yelah takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta….

Saya suka sangat tengok body..awak…solid betul….Sungguh! sebab itulah saya belikan awak telekung….supaya masa awak ‘dating’ dengan kekasih awak yang Utama….awak jaaauuuuhhhh lebih cantik dan berseri menghadapNya…saya pun tumpang dapat pahala…syokkknyaaa

Saya sedih sangat bila tengok awak…tak tidur, tak makan sebab rindukan saya….saya pun macm tu juga. Awak tanya saya…apa Ubatnya…? Saya pun bagi awak Al Quran sebagai penenang jiwa…semoga awak cintakanNya lebih daripada saya….

Saya sedih tengok awak….selalu pesan macam-macam…makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti kalau awak sakit…saya juga yang susah hati….bla..bla..bla….TAPI…..bila awak dan saya tengok wayang sama-sama..terlepas waktu solat…begitu sahaja….awak tak pulak kata satu apa pun..aduhhhh…berdosanya saya…..

Saya memang sayang sangat-sangat pada awak, saya nak jumpa awak, bersama awak, cinta secinta-cintanya, cinta yang abadi di dunia & berkasih sayang diakhirat, ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya…

Saya selalu sangat termenung……termenungkan macam-macam…..tugas, keluarga dan…..si dia……bagaimanakah saya nak hidup tenteram seandainya wajah si dia sentiasa mengundang di dalam fikiran saya…..

Saya stress sangat bila macam-macam hal saya nak fikirkan….tugas, mesyuarat, belajar, assignment, menghafal….tetapi saya sering teringatkan si dia. Ya Allah, tolonglah hambamu ini agar aku lebih mengingatimu lebih dari si dia…..

Saya betul-betul gembira bila kerja-kerja saya dapat diselesaikan dengan jayanya……tetapi kerapkali saya berangan……seandainya si dia berada di samping saya, bersama-sama merasai kegembiraan saya…….betapa bahagianya saya……namun saya sering merintih selepas solat akibat kelalaian saya mengingati rahmat-Mu…..

Saya cukup-cukup terharu bila saya tonton cerita cinta yang sedih……saya sering mengingatkan diri saya “Ambillah ikhtibar dari cerita ini, jangan sia-siakan peluangmu…..” tetapi saya sering kali membuatkan hati si dia tersentuh kerana saya….Ya Allah bantulah hambamu ini dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk mengubah diriku…..

Bila saya teringatkan hari kelahirannya…..saya selalu beli tudung litup untuknya…….bukan apa…..saya tak nak nanti saya disoal dengan sesuatu yang memang menjadi tanggungjawab saya di dunia ini…..si dia selalu kata……”Terima kasih, awak ni baik hatilah…..” bila hadiah tu saya berikan kepadanya…

Saya sangat sayangkan dia, saya mahu bahagia bersamanya di dunia ini, ber’dating’ di jannah-Mu, berkasih sayang di alam yang kekal abadi selamanya….Ya Allah kau redhailah perhubungan kami ini, seandainya hubungan ini berlandaskan syariat yang betul maka kau kekalkanlah hubungan kami ini. Ketahuilah Ya Allah, hati ini telah mengasihinya dengan setulusnya demi mendapat keredhaan-Mu di dunia dan di akhirat…..

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/28/2010

4 GoLoNGaN LeLaKi NeRaKa

















Sekadar gambar hiasan


Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT: `HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU...`

Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh karena itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan pada kita.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Rahsia Jumlah Hari Kelahiran















Oleh : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada. Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990, 1 + 9 + 9 + 0 = 19, 1 + 9 = 10, 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynonal Judd Nancy, Reagan, Requel Welach

2. Pendamai Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) . Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,Nostrodamu s.

9. Pelakon Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/27/2010

PanDanGaN ToKoH DuNiA TeNTaNG RaSuLLuLLah

















MAHATMA GANDHI (Komentar mengenai karakter Muhammad di YOUNG INDIA)

“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahwa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.













SIR GEORGE BERNARD SHAW (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)

“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah - beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama tersebut.”

Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-jesus, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan”

“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berjaya mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia : Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah sewaktu ini.

“Dia adalah manusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamis untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi pemikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.

Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masehi, memulai misi mengajar agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah merubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemujaan makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarki menjadi kaum yang teratur, dari kemunduran ke keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat ini bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.”

















MICHAEL H. HART (THE 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)

Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang berjaya baik dalam pandangan sekular mahupun agama. (hal. 33). Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa: “Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya kemudahan yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad? Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri.

Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentera, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, pikiran, kepercayaan serta jiwa… Kesabarannya dalam kemenangan dan misinya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannnya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah ajaran. Ajaran yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijaksanaan. Seorang perajurit, ahli hukum, penakluk idea, pengembali ajaran rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan (pemujaan), penegak 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah terdapat orang yang lebih agung dari dia?”
















LAMAR TINE, Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277

“Dunia telah menyaksikan banyak individu agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang berjaya pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau ketenteraan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali diselimuti kekaburan waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan perincian ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kejayaan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk mengubah ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.

Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang pemikiran dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap perincian dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat dan jelas didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana penyelusuran yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, penguasa massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang - semua menjadi satu.

Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut - hanya dengan keperibadian seperti dialah keagungan seperti ini dapat diraih.”















K. S. RAMAKRISHNA RAO, Professor Philosophy dalam bookletnya, “Muhammad, The Prophet of Islam”

”Keperibadian Muhammad sangat sulit untuk digambarkan dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad si pengusaha, Muhammad si negarawan, Muhammad si ulung, Muhammad si pembaharu, Muhammad si pelindung anak yatim piatu, Muhammad si pelindung hamba sahaya, Muhammad si pembela hak wanita, Muhammad si hakim, Muhamad si pemuka agama. Dalam setiap peranannya tadi, ia adalah seorang pahlawan.”

“Sewaktu ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan secerah harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah tuntutan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tidak dapat dielakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias.”


















PROF. (SNOUCK) HURGRONJE (Orientaslis Barat)

Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan antabangsa dan persaudaraan manusia di atas kedudukan yang universal yang menerangi bagi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam pencapaianya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa.

Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kepada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah anak Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan, dia sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.



















THOMAS CARLYLE in his Heroes And Heroworship

Betapa menakjubkan seorang manusia secara sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad (Badwi) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad.

“Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri. “Susuk jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.

















EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM

Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang mudah dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Sang Nabi tidak pernah berubah menjadi berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama

(HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54).

Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai ‘hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.















SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):

Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi, di setiap masjid, ketika azan dikumandangkan dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: ‘Allah Maha Besar’. Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriahnya membuat manusia menjadi bersaudara.













DIWAN CHAND SHARMA

“Muhammad adalah sosok penuh kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya. (D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)












JAMES A. MICHENER, “Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.

Muhammad, seorang inspirator yang membangunkan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang pengusaha yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, majikan melamarnya. Meski usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat sang istri.

“Seperti halnya para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan bersembunyi kerana menyedari kelemahannya. Tapi “Baca” adalah perintah yang diperolehnya, - dan meskipun sampai waktu ini diyakini bahawa Muhammad tidak boleh membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimah yang akan segera mengubah dunia: “Tiada tuhan selain Tuhan.”

“Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan wahyu dan akal. Ketika putranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan umatnya bahawa hal tersebut adalah wujud rasa kasihan Tuhan kepadanya, Muhammad berkata: “Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia.

“Sesaat setelah ia meninggal, sebahagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keingingan ummatnya itu dengan salah satu pidato keagamaan terindah sepanjang masa: ‘Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhanlah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahawa Ia hidup selamanya (Ayat terkait: Q.S. Al Imran, 144 - pen.)















W. MONTGOMERY WATT, Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p. 52.

“Kesiapannya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan kehebatannya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada contoh hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad.















ANNIE BESANT, The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932, p.

“Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusan-Nya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasa kagum dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut.”


















BOSWORTH SMITH, Mohammad And Mohammadanism, London, 1874, p. 92.

“Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa lakonannya dan seorang caesar tanpa Legionnairenya (kisahnya): tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa penghasilan tetap; jika ada seorang manusia yang layak untuk berkata bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammadlah orang itu, kerana dia memiliki kekuatan meskipun ia tak memiliki segala alatan atau penyokongnya.
















JOHN WILLIAM DRAPER, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330

“Empat tahun setelah kematian Justinianus, pada 569 AD, telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia..Muhammad.














JOHN AUSTIN, “Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P. ’s and Cassel’s Weekly for 24th September 1927.

Dalam kurun waktu, hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.













PROFESSOR JULES MASSERMAN

“Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu hal (intelektualitas) . Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga (keagamaan dan ketenteraan). Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang berjaya pada ketiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/24/2010

Untukmu Murabbiku












Risalah untuk Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna oleh Dr.Yusuf Al-Qardhawi...


Untukmu wahai imamku,
Wahai guru yang mulia,
Wahai pembawa cahaya di zaman kegelapan,
Wahai pembimbing dunia ke jalan Muhammad,
Wahai hembusan daripada generasi Darul Arqam,
Aku hadiahkan untukmu diriku dalam qasidah yang kurangkapkan,
yang memberi petunjuk,dan juga merejam seperti bintang2...

Mereka menyangka engkau mati,
sedangkan engkau hidup kekal,
Tidak mati kecuali si penzalim dan penjenayah,
Mereka menyangka engkau tiada,
sedangkan engkau berada di sisi kami menyaksikan,
Kami suluh dengan manhajmu setiap laluan yang gelap..

Kau tegakkan untuk Islam satu menara,
yang tidaklah batu-batanya selain pemuda Muslim,
Kau tuliskan untuk dunia satu deklarasi kebangkitan,
dan engkau enggan menandatanganinya kecuali dengan darah.

Tidurlah di sisi Tuhanmu yang memberi petunjuk,
Sesungguhnya,,
Apa yang kau bina wahai BANNA,,
TIDAK RUNTUH,,
Kecintaan padamu akan terus terukir di hati,
Kamu dipuji diakal fikiran,
dan namamu meniti di bibir.....

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

TePuNg TaK HaLaL ?

















Assalamualaikum.....w.b.t.
Kali ni ana kongsikan berkenaan dengan sebuah kilang tepung yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Kilang ini milik seorang pengusaha dari berbangsa bukan melayu, bukan ana nk mainkan sentimen perkauman di sini. Namun ana nak utarakan bahawa kilang ini milik seorang pengusaha berbangsa india yang beragama hindu berdasarkan serbuan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa.



















Lihatlah peralatan yang mereka gunakan, ada antaranya berkarat seribu, siap berkarat kuning campur sikit2 hijau lagi. Tapi kita sedap je beli tepung diorg nk wat kueh, n mcm2 kononnya nak save bajet. Siap gunakan tepung ini utk buat roti canai di kedai kita lagi.



















Keadaan gudang penyimpanan bahan mentahnya juga amat menjijikkan. sungguh kasihan melihat kedhaifan yang terdapat di dalam gudang ni. Kita semua pun beli barangn/produk mereka atas dasar murah dan kononnya khasiatnya sama sahaja dengan tepung keluaran lain termasuk keluaran syarikat muslim.



















Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim ditolak. Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya. Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.

Dan yang bakal menjadi mangsanya adalah KITA Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.



















(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf.) Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal.



















Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan. Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya. Antara alasannya ialah - dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.

Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya. Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.



















Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan. Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung. (Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini - apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?) Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.

Senarainya amat panjang,:

Serbuk Kunyit
Serbuk Kari Ayam
Serbuk Kari Ikan
Serbuk Rempah Biryani
Serbuk Cili
Serbuk Lada Putih
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Kurma
Serbuk Jintan Putih
Serbuk Jintan Manis
Serbuk Ketumbar
Tepung Beras
Tepung Atta
Tepung Kacang Kuda
Tepung Ragi
Tepung Suji
Tepung Kacang Hijau Goreng
Tepung Jagung
Tepung Kentucky
Tepung Kastard
Tepung Marukku
Tepung Kuih Bunga Ros
Tepung Addresam
Tepung Ommapodi
Tepung Raya Thosai
(agak-agak pernah beli tak @masih ada lagi stok kat rumah)



















Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya. Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.






























































































































Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini. Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.



















Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk. Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.



















Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.

Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?

Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

















IsLaM ThE WaY oF LiFe...

4/20/2010

KiSaH SaiDiNa ALi & SaiDaTiNa FaTiMaH

















Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu. "

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah' , 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

KeAJaiBaN CiPTaaN ALLAH

Wave Rock (Australia)











The Rock Wave adalah formasi batuan alam yang terletak di Australia Barat. Ianya mendapat nama kerana ia berbentuk seperti gelombang laut yang tinggi. Keseluruhan batuan merangkumi beberapa hektar; gelombang. sebahagian daripada batu ini sekitar 15 meter tinggi dan panjang sekitar 110 meter. Salah satu aspek dari Wave Rock jarang dipaparkan pada foto adalah mempertahankan dinding sekitar setengah batu itu. Ini mengikuti kontur dan membolehkan air hujan akan dihimpunkan dalam sebuah bendungan. Ini dibina pada tahun 1951 oleh Jabatan Kerja Raya, dan dinding seperti lazim di batu serupa di wheatbelt tersebut.

Hell Gate (Uzbekistan)





















Dipanggil oleh penduduk tempatan Gate to Hell, tempat ini terletak di Uzbekistan iaitu di berhampiran bandar kecil Darvaz. Ketika ahli geologi sedang menggali gas 35 tahun yang lalu, tiba-tiba mereka menemui sebuah gua bawah tanah yang begitu besar, semua lokasi penggalian terletak di bawah tanah. Tiada siapa yang berani ke sana kerana gua itu dipenuhi dengan gas, sehingga mereka mengatakan bahawa gas tidak dapat keluar dari kawasan itu, dan sejak itu ia telah terbakar. Tidak ada yang tahu berapa banyak tan gas yang terbakar selama bertahun-tahun, namun seperti gas itu tidak pernah habis.

Giants Causeway (Ireland)

























Luas sekitar 40 000 medan basalt, Giants Causeway adalah hasil dari sebuah letupan gunung berapi kuno. Terletak di pantai utara-timur Ireland Utara. Yang tertinggi sekitar 12 meter (36 kaki) tinggi, dan lava mengeras di tebing adalah 28 meter tebal di beberapa tempat. Dalam sebuah pendapat pada 2005 dari pembaca Radio Times, jalan lintas itu dinamakan sebagai keajaiban alam keempat terbesar di United Kingdom.

Blue Lake Cave (Brazil)


















Mato Grosso terletak di wilayah Sul di Brazil (bandar Bonito) di bawah tanahnya menempatkan banyak tasik yang luar biasa: Gruta menempatkan Lagun Azul, Mimoso, Aquário. Dunia mengenali "Gruta membentuk Lagun Azul" (Gua Blue Lake) yang merupakan monumen alam yang dibentuk oleh stalaktit dalaman, stalagmit dan sebuah tasik biru besar dan indah. Keindahan tasik ini adalah sesuatu yang mengasyikkan. Blue Lake mempunyai pelbagai variasi dari formasi geologi, tetapi apa yang mengasyikkan adalah air tasiknya yang berwarna biru.

Crystal Cave of the Giants (Mexico)














Dijumpai jauh di dalam sebuah lombong di selatan Mexico Chihuahua, kristal ini terbentuk di dalam sebuah gua yang tertutup. Ia dipenuhi kristal setinggi pohon pinus, dan dalam beberapa kes yang lebih besar, emas dan perak terbentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz. Gua Crystal Giants telah dijumpai dalam jasad batu gamping yang sama bahawa ketulan perak separa timbul yang dieksploitasi dan mungkin dicairkan oleh cecair hidrotermal yang didepositkan logam dengan gipsum yang sedang dikristalkan.

Great Blue Hole (Belize)





















Sebahagian dari Lighthouse Reef System, The Great Blue Hole terletak sekitar 60 batu jauhnya dari Belize City. Sungguh besar, dianggarkan bahawa seluas suku batu (0.4 km) terbentang, ia merupakan kawasan menyelam paling dalam di dunia. Di dalam lubang itu, kedalaman air adalah sekitar 480 kaki (145 m) dalam dan jika menyelam akan didapati bahawa airnya berwarna biru dan dikenali di dunia sebagai "blue holes."

Antelope Canyon (Arizona - USA)


























Yang paling banyak dilawati dan menjadi lokasi penggambaran di Southwest Amerika, Antelope Canyon terletak di atas kawasan Navajo berhampiran Page, Arizona. Ini termasuk dua tempat berasingan, bahagian penggambaran yang menjadi kegemaran adalah disebut sebagai Upper individual Antelope Canyon - atau "Crack" - dan Hilir Antelope Canyon - atau "pembuka botol."

Nama Navajo untuk Upper Antelope Canyon merupakan 'bighanilini Tse', yang bermaksud "tempat di mana air mengalir melalui batu-batu." Antelope Canyon adalah lebih rendah dari Hasdestwazi, atau "lengkungan batu." Keduanya terletak dalam kawasan LeChee Bangsa Navajo.

The Wave (between Arizona and Utah - USA)

























Kawasan batuan yang cantik berwarna merah di sempadan Arizona dan Utah, The Wave terbuat dari gondolan pasir 190-juta tahun lampau yang telah berubah menjadi batu. Formasi ini tidak banyak diketahui kerana hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki melalui jarak tiga batu.


IsLaM ThE WaY oF LiFe...