SIS dianggotai beberapa ‘feminist’ – Zainah Anwar, Zaiton Kasim, Rohana Arifin, Marina Mahathir, anak bekas PM Abdullah Ahmad Badawi, anak Tun Hussein Onn dan beberapa nama lain daripada kalangan professional melayu. Menurut Wikipedia, pertubuhan ini diasaskan pada 1988. Ia bermatlamat menafsir semula Al-Quran, hadis dan dalil-dalil utama hukum islam berasaskan suasana dan keadaan semasa.Pada 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (
Kumpulan ini banyak dipengaruhi pemikiran golongan ‘feminist’ barat dan berorientasikan fahaman liberal dan sekular. Sebab itu beberapa buku terbitan mereka diharamkan oleh JAKIM kerana penyimpangannya daripada dasar pemikiran Islam.
Perjuangan ‘feminist’ menganggap hukum Allah dalam soal pengagihan harta warisan atau faraid sebagai tidak adil menyebabkan seseorang boleh menjadi kafir. Mempertikaikan keadilan Allah dalam penentuan hukum hudud yang bersifat ma’lum minaddin bil dharurah mengeluarkan seorang muslim daripada agamanya. Perkara seperti ini bukan perkara remeh temeh untuk ditangani atau ditanggapi secara semberono dan serampangan.
Muslim perlu berhati-hati dan berwaspada melindungi iman dan akidahnya. Mereka perlu belajar mengenai perkara yang membatalkan akidah dan keimanan agar tidak mudah terjebak dalam kekufuran.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Dr Wan Salim Mohd Nor mengeluarkan kenyataan akhbar menegaskan penentangannya terhadap program Musawah. Beliau menekankan bagaimana pertubuhan berkenaan membawa elemen pemikiran menyimpang daripada dasar islam yang muktabar.
Menurut beliau Musawah dihadiri pelbagai tokoh liberal muslim yang mempertikaikan ulama islam muktabar. Mereka yang hadir termasuklah Muhammad Khalid Masud iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Maghribi, Sana Benaschour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia), dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan islam seperti Cassandra Balchin (UK).
Kira-kira 200 Liberalis muslim telah dijemput dari 40 negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2009 bagi menghadiri mesyuarat lima hari tersebut.
Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan daripada pihak luar selain daripada jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan barat dengan tujuan meliberalkan islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.
Perjumpaan ini juga memberi persepsi negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang syariah yang mendiskriminasi wanita terutama apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang merasmikan perjumpaan tersebut.
PUMPP juga menyelar kehadiran pemimpin negara bagi merasmikan program tersebut seolah-olah tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Mufti.
Kertas kerjanya dilihat
PUMPP juga mengharapkan kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal islam ini dan tidak campur tangan dalam urusn akidah dan prinsip-prinsip ajaran islam seperti mana islam mengajar penganutnya untuk tidak campur tangan dan menghormati dalam ajaran-ajaran agama lain seperti mana penegasan Al-Quran.
PUMPP menyelar perlaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi akidah umat islam di
Mengenai kehadiran pimpinan parti UMNO merasmikan program tersebut maka ini jelas membayangkan betapa tidak prihatinnya para pemimpian berkenaan terhadap ajaran islam.
Mereka mungkin terlibat memayungi pertubuhan berkenaan memandang di kalangan ahli-ahli dan pemimpin pertubuhan tersebut terdapat ank-anak tokoh dan para pemimpin UMNO peringkat tertinggi. Sebab itulah barangkali pertubuhan seperti itu tidak ada yang berani mengharamkannya. Jesteru tindakan seperti itu dianggap sebagai menjolok sarang tebuan.
Mlaah konsep dan dasar islam hadhari itu sendiri bukan ajaran islam yang benar, yang dianjurkan oleh Rasullullah. Namun ia tetap digembar-gemburkan oleh bekas PM Malaysia untuk tujuan meraih kepentingan politik sempit parti asabiah berkenaan.
Aliran ini sebenarnya kesinambungan daripada serangan budaya atau Al-Ghazwatul Fikri yang dilancarkan oleh kuasa imperialis dan Zionis. Ia adalah sebahagian daripada perancangan apa yang disebut sebagai perang global “anti terrorism” yang dilancarkan oleh George W Bush suatu ketika dahulu. Sebab itulah mereka membantu program seperti ini dengan dana kewangan yang besar untuk menjayakan rancangan jahat mereka.
Umat islam perlu menyedari bahaya aliran pemikiran gerakan seperti ini. Semoga mereka lebih peka mencari sumber rujukan islam yang lebih berwibawa dan berautoriti dari sudut keilmuan islam dan syarak.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan