Keluhan Saidina Umar R.A apabila beliau benar-benar sedar bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah wafat, kembai ke pangkuan Allah S.W.T : “Sesungguhnya amat tinggi darjatmu di sisi Allah S.W.T hingga tuhan menyamakan ketaatan kepadamu seperti mentaati-Nya. Sebagaimana firmna-Nya yang bermaksud : “Barang siapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia tellah mentaati Allah S.W.T “ (Surah An-Nisa’ ayat 80)
Keluh Saidina Umar lagi : “Betapa tingginya fadilatmu ya Rasullullah hingga Alla Taala mengampunkan kamu sebelum dia menjelaskan kesalahan dosamu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “Semoga Allah memaafkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzuran) dan sebelum kamu ketahui orang yang berdusta?” (Surah At-Taubah ayat 43)
“Bagi menggambarkan betapa tingginya darjatmu hai Nabi S.A.W hingga Allah Taala menyayangi kepadamu, dimaafkan-Nya terlebih dahulu, setelah itu barulah dinyatakan kesalahan dan kesilapanmu yang telah kamu lakukan”
Keluh Saidina Umar lagi, “Wahai Rasullullah, orang-orang yang sedang diazab dalam api neraka merintih merayu, kalau boleh dihantar semula ke dunia untuk mentaati ajaranmu.”
“Meskipun dahulu mereka melupakanmu, tetapi ketika diazab dalam neraka, ingatannya hanya kepada misi mustahil untuk mentaati perintah-Nya dan ajaran Rasul-Nya.”
Keluh Saidina Umar lgi, “Ya Rasullullah, aku lebih rela kehilangan ibu dan ayah, walaupun nabi musa dikurniakan mukjizat sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Allah berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu. Lalu memancarlah darinya dua belas mata air.’ (Surah Al-Baqarah ayat 60)
“Sesungguhnya Musa S.A itu nabi yang keramat apabila ketiadaan air, Allah Taala perintahkan pukulkan tongkt ke batu itu, lantas terbit 12 mata air.
“Tetapi engkau sendiri hai Nabi telah terbit air dari celah jarimu yang mulia, ini lebih keramat dan mukjizat kuria luar biasa dari Allah S.W.T yang menyayangimu. Menjadi kebanggaan dan catatan sejarah sepanjang hayat umatnya hingga akhirat.
Saidina Umar R.A menyuarakan keluhannya lagi, “Sesungguhnya Nabi Sulaiman diberi kuasa oleh Allah Taala perintah angin untuk membawanya perjalanan sejauh sebulan, dengan itu Nabi Sulaiman boleh mengawasi seluruh negaranya, hanya dengan kuasa angin yang membawanya.”
“Sebaliknya engkau wahai Nabi Muhammadi S.A.W ditakdirkan oleh Allah S.W.T dengan makhluk ‘buroq’ menembusi angkasa, hingga ke langit yang ke tujuh, ke tempat paling tinggi iaitu ke ‘Sidhratul Muntaha’ hatta malaikat Jibrail tidak upaya bersamamu.
“Demi ayah dan ibuku,” keluh saidina umar lagi : “Sesungguhnya Nabi Isa telah diberi mukjizat sehingga boleh menyembuhkan seseorang yang buta sejak dilahirkan, boleh menyembuhkan orang yang kena penyakit sopak. Malah menghidupkan orang yang telah mati.
“Tetapi kamu wahai Muhammad, ketika orang menghadiahmu panggang paha daging kambing yang menjadi kegemaranmu, ketika kamu hendak menikmatinya tiba-tiba panggang paha daging itu berkata : “Ya nabi, janganlah engkau makan aku, kerana di dalamnya tersorok racun yang boleh membinasakan kamu.”
Demikian gagalnya usaha musuh untuk membunuh Nabi S.A.W setelah tidak berjaya dengan pelbagai konspirasi untuk membunuhmu. Betapa hebatnya keramat dan mukjizat Nabi S.A.W hingga panggang paha kambing mampu bertutur memberitahu Nabi S.A.W, demi menyelamatkanmu dari perbuatan khianat musuh kamu itu.
Keluh Saidina Umar lagi : “Ya Rasullullah terlalu ramai manusia seluruh dunia jadi pengikutmu, Jika disbanding usiamu yang tidak panjang dan masa perjuanganmu pula singkat.
“Jika dibandingkan dengan Nabi Nuh A.S yang berusia hamper 1000 tahun, bererti mas berdakwah dan perjuangan terhadap kaumnya juga amat panjang. Tetapi pengikutnya tidak seberapa dan terlalu sedikit, sekadar termuat dalam perahu yang sederhana besar sahaja.”
Meratap lagi Saidina Umar di sisi jenazah Nabi S.A.W dengan katanya, “Dari segi pakaian hanya memakai pakaian kasar berharga murah yang dibuat dari bulu kibas.”
Meskipun kedudukan dan kemulian sebagai rasul dan nabi terkenal seluruh alam, namun pakaianmu iaitu pakaian masyarakat miskin di kalangan bangsa arab, yang tidak memperlihatkan kebesaran dan kemuliaanmu sebagi pesuruh Allah Taala.
“Jika engkau mengembara menjalankan tugas agama Allah S.W.T engkau hanya menunggang himar dengan menggendong sesuatu sebagai orang awam, tanpa kebesaran.
“Apabila engkau makan dengan makanan kering yang diletak atas bumi. Sesudah makan engkau kulum dan kucup jejarimu. Semuanya tanda engkau merendah diri. Inilah sifat-sifat yang tidak wujud di kalangan pemimpin sesuatu kaum atau masyarakat.” Segala kisah ini menceritakan betapa Umar yang dikenali sangat bengis, turut merasa pilu dan hiba apabila berada di sisi jenazah Rasullullah S.A.W sangat mulia tiada bandingannya itu.
Oleh itu, kata Saidina Umar, “Aku berdoa semoga Allah S.W.T memberi kesejahteraan kepadamu wahai Nabi yang mulia di alam barzakh.
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan