“Anta nak tahu tak, kawan ana sekarang dah banyak berubah. Dulu dia suka pakai tudung tiga segi tak sampai ke paras dada dan salu berseluar jeans, tapi sekarang dia dah salu pakai baju kurung, tambah lagi, tudung pun dah sedikit labuh. Dia dah banyak berubah.” Terang Khadijah kepada sahabat lelaki sekuliahnya.
“Anta nak tahu tak kenapa dia berubah?” sambung Khadijah lagi.
“Kenapa?” tanya Luqman dengan bersungguh-sungguh.
“Dia berubah kerana anta” jawab Khadijah dengan suara yang perlahan.
Luqman terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sahabiahnya tadi. Tetiba jantungnyanya berdegup sedikit laju.
“Kenapa dia berubah kerana ana?” tanya Luqman dengan perasaan ingin tahu.
Khadijah menerangkan bahawa, sahabatnya berubah kerana dia tertarik dengan perwatakan, pergaulan dan gerak kerja Luqman tadi. Luqman ini dikenali oleh rakan se-universitinya kerana perwatakannya yang baik, mudah mesra, peramah, tawadduk, berakhlak mulia, berwajah hensem dan cergas dalam gerak kerja dakwahnya. Dia juga diminati ramai oleh pelajar perempuan atau muslimah di kampusnya.
“Tapi ana tak kenal kawan anti tu. Macam mana dia boleh tertarik dengan ana pulak? tegas Luqman.
“Mungkin dia sudah lama memerhatikan cara anta dan gerak kerja dakwah anta dan mungkin sebab itulah dia bersemangat untuk berubah. Bukan senang dia nak berubah. Dulu ana selalu menasihati dia. Tapi, dia tak nak dengar. Tapi, sekarang Alhamdulillah. Dia dah mula berubah. Dia cakap dia meminati anta lantas dia bertekad untuk berubah.” Jelas Khadijah dengan panjang lebar.
Luqman mendengar dengan teliti apa yang dicakapkan oleh rakan sekelasnya itu di depan perpustakaan UIA. Luqman terasa begitu tersentuh dengan apa perubahan yang berlaku pada roommate Khadijah itu. Walaupun Luqman tidak pernah mengenali roommate sahabiahnya itu, tetapi dia terasa dirinya begitu kerdil untuk dijadikan sandaran sebuah perubahan. Fikiranya mula terlintas sebuah firman
Allah SWT. Allah SWT. berfirman: 'Serulah (manusia) ke jalan tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Q.S. An Nahl: 125)
Mungkin itulah dinamakan hidayah dari Allah yang diturunkan ke dalam hati-hati manusia. Pelbagai cara untuk Allah menurunkan hidayah kepada hamba-hambaNYA. Salah satunya melalui manusia. Manusia itu sebagai alat untuk Allah memberikan hidayah. Inilah yang dinamakan dakwah secara tidak langsung. Berdakwah melalui akhlak yang mulia. Mengikut kajian, sebanyak 70 peratus manusia tertarik dengan dengan seseorang kerana akhlaknya. Sedangkan manusia sering lupa tentang nikmat hidayahnya.
“Ana harap anti menasihati dia supaya jangan berubah kerana ana, tetapi berubahlah kerana Allah, kerana sesungguhnya Allah itulah kekal selama-lamanya. Dan ana tak nak fitrah meminati seseorang bertukar menjadi fitnah. Kerana fitnah wanita ini sangatlah besarnya di sisi lelaki. Baik cegah sebelum parah. Dahulukanlah minat, cinta atau seumpamanya dengan cinta Allah sebelum kita ada rasa untuk bercinta dengan manusia. Kerana manusia ini mudah lupa tanpa agama lebih-lebih lagi dalam bab bercinta.” Jelas Luqman dengan perasaan merendah diri.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. (Mutiara Kata)
Rasulullah bersabda,‘‘Tali iman yang paling kuat adalah saling berkasih-sayang kerana Allah, memusuhi kerana Allah , mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah” (Riwayat Imam At-Thabrani, hadis sahih)
“Ana dah bagitahu kepadanya. Supaya jangan berubah kerana manusia, kerana mungkin manusia itu akan berubah pada bila-bila masa saja, sedangkan syariaat dan Islam sentiasa sama, tak kan berubah. Mula-mula dia masih lagi berharap semangatnya itu dari anta untuk dia terus istiqamah dalam berubah. Tapi sekarang Alhamdulillah, dia dah mula faham bahawa kalau kita berubah kerana Allah pasti kita tidak akan kecewa dan pasti terjaga. "Khadijah mula berfalsafah.
“Alhamdulillah. Mudah-mudahan sahabiah anti tu terus istiqamah untuk berubah. Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. Sama-samalah kita istiqamah kearah yang lebih baik pada hari ini.” Luqman menyambung perbicaraannya.
Khadijah melihat jam di tangannya tepat menunjukkan 11.20pagi. Tinggal 10 minit lagi kelas dia akan bermula.
“Ok la Luqman. Ana ada kelas pukul 11.30 kejap lagi. Terima kasihlah kerana beberapa nasihat yang berguna tadi. Harap Allah mengira segala perbuatan baik hambaNYA. InsyaAllah.”
“InsyaAllah.” Senyum Luqman sebagai tanda penghargaan kepada sahabatnya kerana memberitahu keadaan roomatenya itu. Khadijah terus beredar dan Luqman tanpa membuang masa terus masuk ke dalam perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.
Sumber : Sebuah Blog Seorang Sahabat
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan