Belajar ke luar negara memang mencabar. Tambahan lagi jika sudah berkeluarga.
Sekiranya bekerja di sektor kerajaan, mereka mempunyai kemudahan untuk mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun. Cuti berkenaan boleh disambung mengikut keperluan. Sebaliknya jika isterinya bekerja dalam sektor swasta, agak sukar mendapat kemudahan seperti itu. Ini memaksa mereka meletak jawatan jika hendak pergi bersama suaminya belajar ke luar negara.
Begitu sebaliknya, jika isteri yang belajar memaksa suami berhenti kerja kerana mengikut isterinya. Jika tidak mereka akan tinggal berasingan selama bertahun-tahun. Bukan sahaja beban menanggung rindu tetapi seribu satu cabaran kehidupan pasti meresahkan sesiapa pun yang menghadapinya. Mungkin bertambah rumit jika sudah ada anak-anak.
Apapun keputusan mesti dibuat. Pilihan mesti dilakukan. Apapun pilihan yang dibuat, pertimbangan mestilah berdasarkan banyak faktor yang berbeza antara seseorang.
Bagi kakitangan kerajaan yang mengambil cuti tanpa gaji, mereka akan kehilangan senioriti dalam perkhidmatan. Apabila pulang ke tempat kerja nanti, juniornya mungkin akan menjadi bos ataupun setidak-tidaknya perjawatan atau tangga gajinya akan jauh kebelakang dengan rakan-rakannya yang lain. Lagi lama meninggalkan kerjaya, lagi jauhlah tertinggal. Namun masih ada pekerjaan yang boleh menampung kehidupan.
Hidup di perantauan memang mencabar. Umumnya, masyarakat tidak mengambil kisah soal agama dan mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Bagi masyarakat kita yang mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan tentu lebih khuatir. Budaya hidup bebas, pergaulan yang luas dan interaksi yang multi-literal adalah antara ciri-ciri kehidupan masyarakat di sini. Kita mungkin boleh menghindari atau mengelaknya.
Bagi masyarakat barat, soal perbezaan lelaki atau perempuan ini tidak wujud. Ini adalah soal perjuangan gender yang dilaung-laungkan mereka. Lelaki tidak lagi bersifat ekslusif. Jika lelaki pergi ke kelab malam sebagai pengunjung, wanita juga berhak. Wanita bukan sebagai pelayan pub. Bahkan ada kelab malam yang menyediakan lelaki sebagai pelayan. Jika di
Soal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan langsung tidak ada dalam kamus hidup mereka. Agak janggal kita berfikiran agar wujudnya pemisahan antara lelaki dan perempuan. Idea ini agak kelihatan lucu dan pelik. Jika di kantin sekolah, tiada pemisahan antara lelaki dan perempuan untuk berbaris membeli makanan. Ini berbeza dengan di
Tetapi saya pun hairan juga kerana apabila British datang ke tanah melayu dan memperkenalkan sistem pendidikan, mereka mewujudkan sekolah berasingan antara lelaki dan perempuan. Oleh sebab itu terdapat sekolah seperti
Di samping itu, keadaan rumah sewa dan asrama yang bercampur lelaki dan perempuan mendedahkan fitnah dalam kehidupan.
Budaya masyarakat di sini lebih terbuka, sedikit sebanyak menguji keimanan kita. Konsep aurat hanya ada pada islam. Oleh itu, bagi masyarakat barat, apa yang sewajibnya ditutup dalam islam, itulah yang dipamer-pamerkan. Tambahan pula jika tiba musim panas, kebanyakannya berpakaian menjolok mata. Pada mereka itu biasa, tapi pada masyarakat timur ia sesuatu yang janggal.
Namun kejanggalan yang selalu berlaku akan menjadi kebiasan dan sudah diterima pemikirannya. Akhirnya ada juga gadis melayu tanpa segan silu mengikuti
Jika sudah berkeluarga, saya fikir adalah lebih baik bawalah keluarga bersama. Sekurang-kurangnya hubungan suami isteri yang halal itu dapat mencegah diri kita daripada kemungkaran yang panjang. Mungkin ada yang rugi kerana kehilangan pekerjaan tetapi institusi kekeluargaan itu sendiri dapat dipertahankan.
Jangan dibiarkan hidup dihimpit rindu yang panjang dan berlarutan. Ini mungkin menimbulkan kemudaratan seperti lahirnya cemburu yang boleh membunuh keharmonian berkeluarga.
Sumber :
Warkah Musafir : Muhaimin Sulam
Kolumnis Fikrah, Harakah
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan