SaHaBaT

7/29/2012

InJiL BaRNaBaS DiTeMui & DiSiMPaN di TuRKi


2012 : Sebuah naskhah kitab agama nasrani berjilid dari kulit binatang, yang ditafsirkan dikarang pada abad kelima namun ditemui hanya 12 tahun lepas berkemungkinan akan menjadi pengakhiran kepada agama kristian, dakwa Iran.

Kitab nasrani tersebut ditulis di atas kulit haiwan dan mengisahkan bahawa Isa tidak pernah disalib dan baginda sendiri telah meramalkan kedatangan utusan Allah S.W.T yang terakhir iaitu Nabi Muhammad, menurut akhbar Iran.

Ianya ditulis di dalam dialek padang pasir Syria, dialek Aramaik. Injil tersebut meramalkan bahawa akan datang messiah (penyelamat) yang membawa Islam kepada manusia akhir zaman, laporan itu menambah.

Pihak berkuasa Turki yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara kitab ini mempercayai bahawa ia adalah versi sahih Injil yang sebenar oleh Barnabas iaitu pengikut Isa. Laporan dari akhbar Iran telah mendakwa bahawa kandungannya akan mencetuskan kejatuhan agama Kristian dengan membuktikan bahawa Islam adalah agama yang muktamad dan benar.


Walaubagaimanapun, kebanyakan penganut kristian telah menolak dakwaan Iran dengan mengatakan bahawa ianya hanya satu lagi propaganda anti-Kristian yang menggelikan dari Iran. Press Basij (kesatuan wartawan Iran) mendakwa teks itu ditulis dalam abad ke-5 atau 6 dan meramalkan kedatangan Nabi Muhammad dan agama Islam. Akhbar itu turut memetik bahawa berita ini akan dinafikan oleh dunia Kristian.

Basij mendakwa bahawa Bab 41 Injil Barnabas tersebut berbunyi: "Allah telah menyamar dirinya sebagai malaikat Mikail dan mengeluarkan mereka (Adam dan Hawa) dari syurga, (dan) apabila Adam berpaling, dia mendapati di bahagian atas pintu masuk ke syurga telah ditulis "La Ila Ha Ilaallah, Muhammad Rasulul Allah", yang bermaksud "Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad utusanNya."

Pihak berkuasa Turki telah berjaya merampas teks ini pada tahun 2000 dari sebuah geng penyeludupan bahan antik pasaran gelap, ekskavasi haram dan menyimpan bahan letupan secara haram.


Berita mengenai penemuan Injil Barnabas ini hanya diketahui umum pada Februari tahun ini apabila pihak Vatican (Tempat suci agama kristian) telah membuat permohonan rasmi untuk melihat dan menyelidiki kitab tersebut. Namun tidak diketahui sama ada permohonan tersebut diluluskan ataupun tidak oleh pihak Turki.

Asal-usul kitan Injil Barnabas tersebut tidak dapat diketahui dengan jelas. Turki pada mulanya telah melaporkan bahawa buku itu telah disimpan di Istana Kehakiman di ibu negara Turki, Ankara. Namun baru-baru ini ianya telah dipindahkan dengan kawalan polis bersenjata ke Muzium Etnografi di bandar ini.

Laporan Basij mendakwa bahawa penemuan yang begitu besar ini akan menggoncang dunia kristian dan politik dunia.

"Penemuan Injil Barnabas yang asal ini akan melemahkan kepercayaan penganut kristian kepada Gereja Kristian dan akan menyebabkan revolusi kepada agama tersebut." menurut sumber Basij.

"Fakta yang paling ketara adalah Injil Barnabas ini telah meramalkan kedatangan nabi penutup kepada umat manusia iaitu Nabi Muhammad dan dengan sendirinya telah mengesahkan agama Islam adalah agama yang benar."

Walaupun pihak berkuasa Turki mengesahkan bahawa teks tersebut adalah tulen, pemerhati pro-kristian lain tetap mempersoalkan kesahihannya.

Erick Stakelbeck, seorang penganalisis keganasan dan seorang pemerhati kepada hal ehwal Iran memberitahu WND.com: "Rejim Iran komited untuk memporak-perandakan kesucian agama Kristian dengan pelbagai cara yang perlu."

"Sama ada membunuh penganut agama Kristian, membakar Bible atau menyerang gereja-gereja yang wujud secara haram di Iran."

Phil Lawler menulis di laman web Catholic Culture, menyifatkan dakwaan Iran itu sebagai 'Cabaran yang menggelikan dari Iran kepada agama Kristian'.

Kitab ini telah disimpan di Palace of Justice, Ankara selepas
ia dirampas dari penyeludup haram.

Sumber :
http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2149227/Gospel-Barnabas-cause-Christianitys-collapse-Iran-claims.html
http://weeklyworldnews.com/headlines/48506/the-gospel-of-barnabas-found-in-iran/
http://myibrah.com/jumpaan-yang-merisaukan-vatican

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

2 ulasan:

Miss Tuah berkata...

subhanallah,.maha suci Allah..

Miss Tuah berkata...

subhanallah,.maha suci Allah..