SaHaBaT

7/07/2012

Goethe, SaiTiS JeRMaN YanG MenGaGuMi RASULLULLAH S.A.W & ISLAM

260 tahun lalu terdapar seorang pujangga terkenal di Jerman bernama Wolfgang von Goethe. Beliau amat mengagumi kehebatan keperibadian Rasullullah S.A.W dan keindahan ajaran ISLAM yang diredhai.

Johann Wolfgang von Goethe (1749-1832), adalah seorang ahli seni dari Jerman dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti undang-undang, kejuruteraan, seni lakon, arkeologi, morfologi, mineralogi, geologi, kimia, meteorologi, falsafah, agama, sejarah, matematik, ilmu ketenteraan dan juga ekonomi. Namun, apa yang menarik pada Goethe adalah pandangan positifnya mengenai ISLAM dan konspirasi matawang. Goethe menyatakan bahawa penggantian wang emas kepada wang kertas adalah salah satu tipudaya terbesar kepada umat manusia dan direncanakan oleh mereka yang berjiwa syaitan.

Goethe dan Islam


Pada usia 24 tahun (1773), Goethe mengungkapkan kekagumannya kepada Nabi Muhammad S.A.W dan memuji ajaran Islam yang indah lagi dinamik. Kekaguman tersebut dijelmakan dalam bibit syairnya bertajuk ‘Mahomet Gesang’. Salah satu baitnya berbunyi: “Juga kalian, mari/ Dan kini lebih ajaib dia menyebar luaskan/Seluruh bangsa menyanjung tokoh ini.”

Dalam surat kepada anak tunggalnya bernama August pada 17 Januari 1814, Goethe mengatakan “Beberapa agama telah menyusahkan penyelidikan kita sehinggalah datangnya kitab al-Quran ke perpustakaan kita”. Pada Februari 1816, dia juga ada menulis, “Puisi ini tidak menolak kebenaran bahawa diri ini adalah seorang Muslim”. Tentang Nabi Muhammad S.A.W, ia juga menulis “Dia seorang Rasul dan bukan penyair, dan oleh kerana itulah Al-Quran ini hukum Tuhan. Bukan sebuah kitab tulisan manusia yang dibuat sekadar bahan pendidikan atau hiburan”.

Keyakinan Goethe terhadap kebenaran ajaran Islam turut diterjemahkan dalam kumpulan syairnya iaitu ‘West-ostliche Divan’. Judul tersebut turut diterjemahkan ke dalam huruf dan bahasa Arab bertajuk ‘Al-Diwan Al-Syarqiyyu li Al-Muallifi Al-Gharbiyyi’. Sajak pertamanya dalam buku ini berjudul ‘Hegire’ yang berasal dari perkataan Hijrah. Menurut Katharina Mommsen, syair ini ditulis oleh Goethe pada 24 Disember 1814, pada malam Natal, sewaktu penganut agama Kristian sedang merayakan kelahiran Jesus Christ menurut mereka.

Di dalam bait-bait syair tersebut, dia menyatakan: “Utara, Barat dan Selatan sedang porak peranda/Mahkota-mahkota hancur berkecai, Kerajaan bergetar/Apakah suara terompet itu menandakan wujudnya hari pengadilan akhir?/Dengarlah suara pemerintah melalui penyair: Selamatkan dirimu, dan pergilah ke Timur serta dalam kemurnian Timur nikmatilah perlindungan Yang Mulia.”

Goethe juga mengatakan “dan kebenaran itu pasti bersinar/Apa yang diakui oleh Muhammad/Hanya dengan pengertian satu Tuhan/Dia menguasai segalanya di dunia ini”. Kekagumannya terhadap al-Quran telah diungkapkan dengan kata-kata, “Apakah Al-Quran itu abadi?/Saya tidak meragukannya/Inilah buku dari buku-buku/Saya meyakini kitab suci Muslim itu”. Manakala keyakinannya tentang kebenaran ajaran Islam, Goethe berkata “Sungguh bodoh, dalam setiap hal/ orang memuji pendapatnya sendiri/Manakala Islam bererti berserah diri kepada Tuhan/dalam Islamlah kita hidup dan mati”.

Pendapat Goethe Mengenai Wang

Goethe hidup dalam zaman dimana berlakunya perubahan jual beli kepada wang kertas yang menggantikan wang emas dan wang perak. Kerana itu, dia mengarang 46 buku yang dilatarbelakangkan sikap kesangsiaannya kepada penggantian urusan jual beli dengan wang kertas. Hal ini telah dinukilkan dia di dalam buku karangannya ‘Faust II’. Dalam buku tersebut dikisahkan seorang ilmuan kimia bernama Faust yang berusaha membuat emas dari logam biasa demi mendapatkan kaedah mencipta emas tanpa bersusah payah dan memuaskan kesenangan manusia. Untuk mencapai tujuan tersebut ia membuat perjanjian dengan iblis, Mephistopheles. Keduanya kemudian bertemu seorang Kaisar yang kehabisan dana untuk menggaji tentera dan pelayan. Mephistopheles menawarkannya jalan keluar dengan mencetak kertas bertandatangan Kaisar dan diedarkan kepada masyarakat.


Goethe telah melihat ekonomi wang kertas moden sebagai suatu langkah kearah kepesatan ekonomi tanpa mengira kemanusiaan. Meskipun dia menulis dalam dekad awal abad ke-19, ia sudah meramalkan banyak pencapaian perkembangan industri akan berlaku pada abad berikutnya. Sebelum Amerika Syarikat (AS) menguasai pentas dunia, Giethe dapat merasakan bahawa suatu masa nanti AS akan cuba membangunkan terusan untuk menghubungkan Lautan Atlantik dan Pasifik. Dengan demikian, Goethe sudah dapat mengagak bahawa dunia perindustrian akan meletus seiring dengan pengenalan sistem wang kertas.

Kenyataan Goethe bahawa wang kertas adalah ciptaan dari tipudaya syaitan menyesatkan manusia mempunyai persamaan dengan pemikiran Imam al-Ghazali yang menyatakan bahawa hikmah penciptaan Dinar dan Dirham adalah dapat mengekang keinginan hawa nafsu manusia dari dipengaruhi syaitan melalui riba. Dengan demikian, pemahaman mengenai sistem kewangan islam yang difahami oleh Imam Ghazali dan Goethe mempunyai persamaan, iaitu Dinar dan Dirham sebagai mata wang yang diciptakan oleh Allah, sedangkan wang kertas ciptaan tipudaya syaitan.

Pemahaman ini juga diperjelas oleh Jack Weatherford yang menyatakan bahawa Al-Quran melarang riba lebih jelas daripada Injil, kerana secara spesifik Al-Quran melarang penjualan yang berdasarkan riba, “sesuatu yang sudah ada (nyata) dengan sesuatu yang tidak ada (ghaib)”. Pertukaran yang nyata dengan yang ghaib ini seperti pertukaran wang kertas (dianggap sebagai jaminan tentang kewujudan sejumlah wang emas atau wang perak) dengan ayam, kambing, hutan, dan sebagainya.

Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Johann_Wolfgang_von_Goethe
http://zilzaal.blogspot.com/2012/07/goethe-pujangga-yang-mengagumi.html

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: