
Minggu lepas surau ditempat saya didatangi oleh seorang bekas sami dari Batu Cave yang telah memeluk Islam. Beliau mempunyai nama baru yang telah diberikan oleh TGNA. Saya rasa tak sesuai nak bagitahu nama dia di sini. Mungkin nampak agak perkauman thread ni tapi harap dapat baca sampai habis. Beliau sami yang kedudukan agak tinggi di Batu Cave. Tugas utama beliau di Batu Cave adalah membakar mayat di mana beliau adalah ketua. Upacara membakar mayat beliau lakukan adalah dengan menghadap kiblat kita ummat Islam. Maknanya mayat tersebut adalah dalam keadaan berdiri.
Ada beberapa perkara yang membuatkan beliau meninggalkan agama beliau tapi antara yang sebab paling utama adalah semasa di Batu Cave beliau enggan menyembah seorang melayu yang bernama Ayah Pin. Serba sedikit beliau menerangkan tentang pengalaman beliau semasa di Batu Cave. Kuil Batu cave adalah antara kuil yang paling utama di dunia untuk penganut hindu. Beliau menerangkan Batu Cave seumpama Universiti utama mengeluarkan PhD untuk bakal-bakal sami. Bolehlah saya umpamakan seperti Al-Azhar untuk penganut Hindu. Setahu saya sendiri tempat sambutan Thaipusam terbesar di dunia adalah di Batu Cave. Beliau jugak menyatakan bahawa Tokong Hindu paling besar di dunia adalah di Batu Cave. Tempat pembakaran mayat paling besar di dunia adalah terletak di satu tempat di Selangor (saya sudah lupa nama tempat tu).

Jangan bersalam dengan penganut Hindu di waktu selepas Subuh kerana waktu itu mereka baru bersembahyang dan mencalit sedikit abu mayat ke muka mereka dan mereka tidak membasuh tangan mereka. Juga jangan makan di rumah penganut Hindu ini kerana beliau mengatakan dalam setiap rumah penganut Hindu ada tokong dan masakan mereka akan dirasai dahulu oleh setan dan iblis ni. Itu sajala yang sempat diperkatakan. Sekarang beliau menetap di Kelantan dan sedang bekerja dan mendalami Islam di sana . Beliau sudah 3 tahun memeluk Islam. Atas nasihat Mufti Perak, harta yang dikumpulkan semasa menjadi sami pembakar mayat tersebut telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memelihara imannya.
p/s : Alhamdulillah, Kelantan tetap menjadi destinasi bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama islam, semoga Allah memberkahi bumi Kelantan serambi makkah ini, insyallah Amin....
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan