
Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara. Bajet Tranformasi 2012 yang dibentangkan oleh PM sarat dengan belanjawan defisit yang bakal menyusahkan rakyat pada masa depan. Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK Negara.

Laporan terkini Bank Negara Malaysia (dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM421 ribu juta hutang tempatan dan RM16 ribu juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM33 ribu juta.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004. Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas merdeka. Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun. Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion. Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1,000000000000.
Sumber :
http://www.facebook.com/notes/harakah/hutang-negara-mengerikan/280186415337712
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan