Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada semua atas kesudian berkunjung ke lamab blog elaksamana yang insyallah berinformasi ini. Baru pagi ini kita menerima berita mengenai penangkapan Muammar Gaddafi, pemimpin Revolusi Libya yang menggulingkan pemerintahan Diraja Libya terdahulu iaitu Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi yang pro-barat. Muammar Gaddafi memang terkenal dengan ideologi anti-baratnya. Ini terbukti setelah beliau berjaya menjalankan revolusi, Muammar telah menghalau keluar semua rakyat Itali yang bermastautin di Libya, menutup kesemua pengkalan tentera Amerika di Libya termasuk pengkalan tentera US yang terkenal iaitu Wheelus dan menggantikan kalendar Libya mengikut kalendar islam (kerana sebelumnya kalendar Libya mengikut kalendar barat).
Pada mulanya pemerintahan pemimpin revolusi ini kelihatan amat islamik. Malah Libya turut terlibat serta dalam Perang 6 Hari bangsa Arab menentang Israel di Tebing Barat. Walaupun Libya bukanlah negara arab sepenuhnya kerana bercampur dengan bangsa Afrika, Muammar tetap terlibat membantu Mesir sewaktu itu. Disebabkan oleh itulah hubungan diantara Mesir dan Libya baik sehinggalah Libya mula melakukan provokasi terhadap pemerintahan Mesir yang kelihatan semakin pro-barat. Malah Muammar Gaddafi juga mengambil inisiatif melatih pejuang-pejuang Palestin dalam menentang Yahudi Israel Laknatullah. Sokongan diberikan dalam bentuk dana kewangan, pembekalan senjata ringan & sederhana berat serta melatih pejuang-pejuang Palestin untuk menentang Israel. Itulah antara jasa yang mungkin ditutup sesetengah pihak. Dalam segala perbuatan jahatnya masih ada sekelumit kebaikan kerana masih bersisa perasaan ingin menolong sesama saudara seagama.
Muammar Gaddafi turut memperkenalkan suatu sistem pemerintahan bercirikan islamik yang tersendiri yang beliau namakan sebagai ISLAMIC SOSIALISM yang berasaskan kepada fahaman dan ideologi Nasserism iaitu Nasionalis Arab. Malah penggunaan bahasa arab telah diperluaskan dalam segala urusan dan bahasa etnik dan negara lain tidak dibenarkan digunakan secara rasmi. Pentadbiran Muammar Gaddafi juga secara lantang mengecam US dan sekutu US yang lain mengenai dasar US yang Pro-Israel. Malah setiap kali persidangan PBB diadakan, Libya pasti mengutuk sekerasnya pentadbiran US dan negara barat yang lain.
Setelah sekian lama memerintah, Muammar Gaddafi mula terpesong arah apabila melakukan kekejaman, pembunuhan etnik minoriti, menyokong pihak yang salah, menyerang beberapa buah negeri Afrika yang pro-barat dan tidak menyokong kepimpinan beliau. Muammar Gaddafi mula berusaha menaikkan imej Libya agar menjadi antara negara berkuasa sama ada di Benua Afrika ataupun benua Arab. Penciptaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) telah menyebabkan tumpuan dunia beralih ke Libya dan hampir tercetus perang diantara Libya dan US. Mungkin kerana Libya mendapat sokongan kuat dari Rusia menyebabkan US tidak jadi untuk menakluk Libya ditambah pula Libya merupakan antara pengeksport utama minyak ke US walaupun dalam masa yang sama menentang dasar US.
Pada 20 Oktober 2011, pihak National Transitional Council (NTC) secara rasmi telah memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa pemimpin revolusi Libya, Muammar Gaddafi telah berjaya ditangkap pada waktu pagi oleh pihak berkuasa tentera revolusi Libya berdekatan bandar kelahiran Gaddafi sendiri iaitu Bandar Sirte. Sewaktu penangkapan, Gaddafi dan konvoinya sedang dalam perjalanan keluar dari Sirte dan telah diserang oleh pesawat pejuang Nato milik Perancis kira-kira 3 kilometer barat bandar Sirte. Serangan telah mengorbankan berpuluh pengikut setianya. Gaddafi bagaimanapun terselamat tetapi sempat bersembunyi di bawah sebuah saluran paip longkang di barat bandar tersebut. Pihak berkuasa NTC telah berjaya menemui tempat persembunyian Gaddafi dan akhirnya berjaya mengangkap Gaddafi dan seterusnya dibunuh. Pihak NTC juga memberitahu mayat Gaddafi akan dibawa ke Misrata untuk dikebumikan secara rasmi sebagai pemimpin negara. Bagaimanapun pihak hak asasi manusia telah menjalankan siasatan sama ada Gaddafi terbunuh dalam pertempuran ataupun dibunuh secara sengaja tanpa bersenjata kerana dalam sebuah video klip menunjukkan Gaddafi masih hidup, namun setelah beberapa minit bergelut, paparan video menunjukkan Gaddafi sudah tidak bernyawa.
Salah sebuah longkang di barat bandar Sirte yang menjadi tempat persembunyian Gaddafi sebelum dijumpai oleh pihak berkuasa NTC dan akhirnya dibunuh secara sengaja.
Beginilah tamatnya riwayat seorang diktator yang amat digeruni oleh pihak barat. Mungkin ada baik dan buruknya kematian Muammar Gaddafi ini. Hanya Allah yang mengetahui mengenai kematiannya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat islam untuk menentang puak2 kafir laknatullah. Biarlah lahir 1000 individu bersemangat waja seperti Gaddafi dalam menentang puak kuffar laknatullah namun tidak seganas, sekejam dan sejahat beliau. Biarlah Gaddafi menjadi suatu catatan sejarah kepada umat islam dan teladani apa yang baik dan jauhi apa yang tidak baik.
Wallahua'lam...
Sumber :
http://networkedblogs.com/oLpWS
http://en.wikipedia.org/wiki/Muammar_Gaddafi
http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-15389550
http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/10/20111020111520869621.html
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
Satu-satunya Raja Libya iaitu Sayyid Muhammad Idris bin Muhammad al-Mahdi as-Senussi, sekutu kuat US sewaktu peperangan melawan tentera Nazi Hitler pimpian Erwin Rommel di bumi Libya.
Pada mulanya pemerintahan pemimpin revolusi ini kelihatan amat islamik. Malah Libya turut terlibat serta dalam Perang 6 Hari bangsa Arab menentang Israel di Tebing Barat. Walaupun Libya bukanlah negara arab sepenuhnya kerana bercampur dengan bangsa Afrika, Muammar tetap terlibat membantu Mesir sewaktu itu. Disebabkan oleh itulah hubungan diantara Mesir dan Libya baik sehinggalah Libya mula melakukan provokasi terhadap pemerintahan Mesir yang kelihatan semakin pro-barat. Malah Muammar Gaddafi juga mengambil inisiatif melatih pejuang-pejuang Palestin dalam menentang Yahudi Israel Laknatullah. Sokongan diberikan dalam bentuk dana kewangan, pembekalan senjata ringan & sederhana berat serta melatih pejuang-pejuang Palestin untuk menentang Israel. Itulah antara jasa yang mungkin ditutup sesetengah pihak. Dalam segala perbuatan jahatnya masih ada sekelumit kebaikan kerana masih bersisa perasaan ingin menolong sesama saudara seagama.
Gambar atas : Muammar Gaddafi bersama dengan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Gambar bawah : Muammar (kiri) bersama Presiden Algeria, Houari Boumediene dan Presiden Syria, Al-Assad sewaktu salah sebuah persidangan yang diadakan di Libya pada Disember 1977.
Muammar Gaddafi turut memperkenalkan suatu sistem pemerintahan bercirikan islamik yang tersendiri yang beliau namakan sebagai ISLAMIC SOSIALISM yang berasaskan kepada fahaman dan ideologi Nasserism iaitu Nasionalis Arab. Malah penggunaan bahasa arab telah diperluaskan dalam segala urusan dan bahasa etnik dan negara lain tidak dibenarkan digunakan secara rasmi. Pentadbiran Muammar Gaddafi juga secara lantang mengecam US dan sekutu US yang lain mengenai dasar US yang Pro-Israel. Malah setiap kali persidangan PBB diadakan, Libya pasti mengutuk sekerasnya pentadbiran US dan negara barat yang lain.
Setelah sekian lama memerintah, Muammar Gaddafi mula terpesong arah apabila melakukan kekejaman, pembunuhan etnik minoriti, menyokong pihak yang salah, menyerang beberapa buah negeri Afrika yang pro-barat dan tidak menyokong kepimpinan beliau. Muammar Gaddafi mula berusaha menaikkan imej Libya agar menjadi antara negara berkuasa sama ada di Benua Afrika ataupun benua Arab. Penciptaan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) telah menyebabkan tumpuan dunia beralih ke Libya dan hampir tercetus perang diantara Libya dan US. Mungkin kerana Libya mendapat sokongan kuat dari Rusia menyebabkan US tidak jadi untuk menakluk Libya ditambah pula Libya merupakan antara pengeksport utama minyak ke US walaupun dalam masa yang sama menentang dasar US.
Pada 20 Oktober 2011, pihak National Transitional Council (NTC) secara rasmi telah memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa pemimpin revolusi Libya, Muammar Gaddafi telah berjaya ditangkap pada waktu pagi oleh pihak berkuasa tentera revolusi Libya berdekatan bandar kelahiran Gaddafi sendiri iaitu Bandar Sirte. Sewaktu penangkapan, Gaddafi dan konvoinya sedang dalam perjalanan keluar dari Sirte dan telah diserang oleh pesawat pejuang Nato milik Perancis kira-kira 3 kilometer barat bandar Sirte. Serangan telah mengorbankan berpuluh pengikut setianya. Gaddafi bagaimanapun terselamat tetapi sempat bersembunyi di bawah sebuah saluran paip longkang di barat bandar tersebut. Pihak berkuasa NTC telah berjaya menemui tempat persembunyian Gaddafi dan akhirnya berjaya mengangkap Gaddafi dan seterusnya dibunuh. Pihak NTC juga memberitahu mayat Gaddafi akan dibawa ke Misrata untuk dikebumikan secara rasmi sebagai pemimpin negara. Bagaimanapun pihak hak asasi manusia telah menjalankan siasatan sama ada Gaddafi terbunuh dalam pertempuran ataupun dibunuh secara sengaja tanpa bersenjata kerana dalam sebuah video klip menunjukkan Gaddafi masih hidup, namun setelah beberapa minit bergelut, paparan video menunjukkan Gaddafi sudah tidak bernyawa.
Salah sebuah longkang di barat bandar Sirte yang menjadi tempat persembunyian Gaddafi sebelum dijumpai oleh pihak berkuasa NTC dan akhirnya dibunuh secara sengaja.
Beginilah tamatnya riwayat seorang diktator yang amat digeruni oleh pihak barat. Mungkin ada baik dan buruknya kematian Muammar Gaddafi ini. Hanya Allah yang mengetahui mengenai kematiannya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat islam untuk menentang puak2 kafir laknatullah. Biarlah lahir 1000 individu bersemangat waja seperti Gaddafi dalam menentang puak kuffar laknatullah namun tidak seganas, sekejam dan sejahat beliau. Biarlah Gaddafi menjadi suatu catatan sejarah kepada umat islam dan teladani apa yang baik dan jauhi apa yang tidak baik.
Wallahua'lam...
Sumber :
http://networkedblogs.com/oLpWS
http://en.wikipedia.org/wiki/Muammar_Gaddafi
http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-15389550
http://english.aljazeera.net/news/africa/2011/10/20111020111520869621.html
IsLaM ThE WaY oF LiFe...
1 ulasan:
salam akh.. mohon share ya.. syukran atas informasinya.
Catat Ulasan