SaHaBaT

11/24/2011

KeSaN PeRLaKSaNaaN CuKaI GST

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua sahabat & saudara seagama di luar sana yang sudi berkunjung ke teratak eLaKSaMaNa ini, semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Topik pada kali ini ialah mengenai Cukap Barangan & Perkhidmatan ataupun GST yang berkemungkinan besar dilaksanakan di Malaysia tidak lama lagi. Namun apakah itu GST? Apakah kesan utama kepada pengimplimentasian GST? Adakah rakyat Malaysia sudah boleh menerima perlaksanaan GST? Marilah sama-sama kita mengikuti perbahasan mengenai perlaksanaan GST yang eLaKSaMaNa petik dari Harakah Daily, semoga bermanfaat dan dapat membuka mata kite mengenai permasalahan ekonomi di Malaysia kini.

Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara. Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini.

Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada tahun 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST.

Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei, dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada tahun 1994. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak yang besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga pernyataan masalah yang harus diteliti.

Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti. Ketiga-tiga permasalahan ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasikan GST secara menyeluruh, malah kajian yang mendalam dan terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif yang disasarkan.

Merujuk kepada permasalahan yang pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar. Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara-negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar.

Manakala permasalahan kedua pula menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan suatu sistem yang terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha untuk mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.

Permasalahan ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi, secara realitinya, menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi. GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaan, tetapi GST tidak akan mempunyai kesan yang besar ke atas inflasi. James danZheshi (2004) menegaskan bahawa apabila VAT diperkenalkan di China pada tahun 1994, ia tidak menyebabkan inflasi apa-apa. Berbanding dengan pembaharuan cukai pada tahun 1994, perubahan yang dicadangkan VAT jauh kurangkompleks.

Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan golongan miskin dan sederhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia. Negara-negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. Cukai Perkhidmatan sudah digunapakai di negara-negara seperti Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura, namun, ini bukan sebab untuk penguatkuasaannya di Malaysia. Status ekonomi dan cara bagaimana negara-negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

Tiga pernyataan masalah ini merupakan suatu perkara yang memerlukan kepada tindakan penyelesaian dalam merealisasikan GST sebagai instrumen yang merangsang pendapatan negara. Antara penyelesaian yang harus difikirkan dan digerakkan adalah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan kepentingan dan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat pelaksanaan GST dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan.

Tahap penyampaian maklumat seiiring dengan pembebasan unsur-unsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan dengan rakyat, kerana rakyat selaku pendukung suara demokrasi yang meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap kerajaan untuk menguruskan wang yang disalurkan melalui cukai kepada kerajaan apabila melihat pengurusan yang telus dan efektif. Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai wang yang disalurkan itu membawa kehidupan mereka yang lebih baik.

Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh meningkatkan jumlah hasil kerajaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan satu sistem yang dirancang memandangkan tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai. Malaysia mestilah terlebih dahulu mencapai status “berpendapatan tinggi” atau “high income” seperti yang di war-warkan oleh YAB Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa meningkatkan pendapatan rakyat boleh membebankan rakyat.

Oleh hal yang demikian, kami berharap Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan langkah-langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan kesan buruk GST ke atas mereka.

Selain itu, kerajaan seharusnya memanfaatkan semua saluran dana dan memastikan nilai maksimum diekstrak daripada aset kerajaan sebelum melakukan sebarang percubaan untuk menaikkan cukai tambahan kepada rakyat.
Wassalam

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6675-gst-malaysia-mesti-berstatus-berpendapatan-tinggi

p/s : Klu tengok dlm berita stiap tahun ekonomi M'sia naik, x pernah turun pun wlaupun sehebat US pun ekonomi boleh merudum. Hutang negara mencecah USD500 bilion x pernah pula diketengahkan, kuat btul ketirisan berlaku dlm M'sia ni.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

1 ulasan:

Luke berkata...

GST mesti dikaji dengan teliti supaya rakyat tidak terbeban.