SaHaBaT

11/21/2011

GeLiNCiRaN PLaT TeKToNiK BuKTi GuNunG BeRJaLaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia...

Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surat An-Naml 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti terapung di atas lapisan magma yang cair pekat.

Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan idea bahawa benua-benua pada permukaan bumi bersatu pada masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran teori Wegener hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang diterbitkan tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk dari benua besar purba Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui semula setelah penyelidikan geologi dilakukan pada awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan bahawa kerak ialah bahagian paling luar bumi dengan ketebalan sekitar 100 km, ianya terbahagi kepada beberapa lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama dunia dan beberapa plat kecil.

Menurut teori, plat tersebut dikenali sebagai plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Lautan Atlantik menjadi sedikit lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini ilmuwan moden juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dapat ditakwilkan lagi, ini merupakan salah satu keajaiban Al Qur’an. Fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan dunia sebenarnya telah dinyatakan dalam Al Qur’an 1400 tahun dahulu.

Keajaiban Alquran – Harun Yahya

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

Tiada ulasan: