SaHaBaT

11/28/2011

IsTaNa PReSiDeN ZiMBaBWe vs RaKYaT MiSKiN ZiMBaBWe

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada kalian semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga segala informasi ini dapat kita ambil pengajaran dalam hidup kita. Kita tinggalkan sekejap isu-isu yang berat, mari kita melihat suatu informasi yang baru eLaKSaMaNa jumpai. Insyallah bermanfaat dalam memberikan peringatan kepada kita bahawa kita manusia sama sahaja disisi Allah Taala, yang membezakan antara kita hanyalah amal soleh yang diredhaiNya.

Pemimpin yang hidup mewah merupakan antara tanda-tanda akhir zaman. Pemimpin hidup mewah sedangkan rakyat jelata merana papa kedana akibat kesempitan hidup. Kemiskinan & kemewahan melampau merupakan antara sebab akidah seseorang itu mudah goyah. Justeru hiduplah dalam keadaan bersederhana kecuali jika kalian mampu hidup miskin tetapi iman tidak mudah goyah. Sungguh sukar bukan ? Sepertimana kita ketahui, negara Afrika Zimbabwe merupakan antara negara yang mengalami kadar kemiskinan yang tinggi, taraf kehidupan yang amat rendah, kesihatan & keselamatan kurang terjamin, peperangan saudara yang sering berlaku dan kepincangan pentadbiran kerajaan yang korup. Namun di sebalik semua itu, kepimpinan pemerintah diktator yang kononnya demokrasi iaitu dibawah Presiden ke-2 Zimbabwe, Robet Mugabe masih sempat lagi mengaut keuntungan demi kemewahan diri sendiri. Robert Mugabe memerintah Zimbabwe dari tahun 1987 sehingga sekarang dengan usianya kini mencecah 87 tahun. Segala kekayaan negara hanya beredar di sekeliling sesetengah kelompok sahaja. Lihatlah gambar-gambar di bawah menunjukkan betapa teruknya kadar inflasi yang melanda Zimbabwe pada ketika ini. Zimbabwe merupakan antara negara Afrika paling mengalami inflasi paling teruk malah amat teruk berbanding inflasi yang berlaku di Tanah Melayu sewaktu penjajahan kuasa imperialis Jepun dahulu.

Nilai matawang kertas yang paling tinggi di dunia setakat ini.


Gambar atas menunjukkan seorang pembeli membeli sepapan telur ayam dengan seberkas wang kertas. Gambar bawah pula menunjukkan sebotol bir dibeli dengan beberapa berkas wang kertas.

Di tengah derita rakyat Zimbabwe yang berperang dengan kehidupan mereka yang perit, foto-foto berikut menunjukkan istana agam presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang sungguh mewah yang amat berbeza dengan keadaan rumah rakyat jelata Zimbabwe. Rumah yang mirip istana eropah di tengah penderitaan rakyat Zimbabwe ini dibangun dengan harga yang sangat mahal iaitu sekitar $3.5 juta pound sterling. Rakyat yang sudah hidup di bawah garis kemiskinan, penyebaran HIV/AIDS di Zimbabwe yang sukar dibendung, ekonomi negara yang terus merudum dengan inflasinya, Robert Mugabe menjadi seorang “raja” yang sama sekali tidak peka dengan rakyatnya. Inilah foto-foto istana presiden Zimbabwe Robert Mugabe.














p/s : Di Malaysia jika pemimpin yang korup & gila kuasa terus memegang tampuk pemerintahan, maka inilah yang akan jadi di M'sia, masih ramai penduduk M'sia yang miskin dan hidup kesempitan kerana harta kekayaan negara hanya beredar di sesetengah golongan sahaja. Marilah kita bermuhasabah, kitalah yang sebenarnya menentukan siapa pemimpin kita, jika orang berakhlak buruk dipilih, maka buruklah negara, jika orang berakhlak mulia dipilih menjadi pemimpin, maka negara akan bertambah baik, insyallah.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/26/2011

SaLaM MaaL HiJRaH 1433H

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua yang sudi berkunjung ke laman blog eLaKSaMaNa yang insyallah berinformasi ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dan sentiasa di dalam keredhaanNya. Pada kali ini, eLaKSaMaNa ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H kepada semua pembaca blog, semoga kita sentiasa di dalam keredhaanNya. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri mengenang segala kerja buat kita sepanjang tahun 1432H yang lalu, apakah kerja buat kita tersebut bermanfaat dalam menjadikan kita hambaNya yang diredhai. Azamkan di dalam hati bahawa tahun 1433H ini akan kita manfaatkan sebaiknya agar kita menjadi lebih baik dari tahun 1432H, insyallah.

Kisahnya bermula apabila Khalifah Umar bin Khattab RA berunding dengan beberapa penasihatnya dan memutuskan untuk menggunakan tahun di mana Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah sebagai awal permulaan perhitungan kalendar Islam. Momentum penghijrahan Rasulullah SAW dianggap mewakili era baru, kerana saat itulah Rasulullah SAW berhijrah dari kota Makkah yang sudah tidak selamat lagi untuk berdakwah akibat tentangan kejam puak musyrikin Makkah. Baginda telah berhijrah ke Madinah membawa pelita cahaya bagi kebangkitan Islam sehingga beliau berjaya membangunkan keutuhan spiritual bagi umat Islam sampai sekarang.

Para solihin mengajar kita untuk berdoa ketika menjelang tahun baru. Dan dibawah ini adalah doa akhir tahun dan awal tahun yang lafaznya cukup mudah dan senang untuk dibaca, dihafaz dan diamalkan.

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini tiga kali sewaktu menjelang akhir tahun baru Islam, biasanya dibaca setelah selesai solat asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Zulhijjah. Dengan doa ini kita memohon agar segala kerja buat kita sepanjang tahun lepas akan mendapatkan keredhaan dari Allah SWT dan keampunan atas perbuatan-perbuatan yang dilarangNya yang telah kita lakukan.

Klik Untuk Besarkan Imej

Doa Awal Tahun

Bacalah doa ini tiga kali sewaktu masuknya tahun baru ISLAM iaitu 1 Muharam. Biasanya dibaca setelah selesai solat maghrib dan selepasnya. Dengan doa ini, kita memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru dengan amalan yang mendapat keredhaanNya dan dijauhi dari segala malapetaka dan bala Allah.

Klik Untuk Besarkan Imej


IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/24/2011

KeSaN PeRLaKSaNaaN CuKaI GST

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua sahabat & saudara seagama di luar sana yang sudi berkunjung ke teratak eLaKSaMaNa ini, semoga semuanya sihat walafiat hendaknya. Topik pada kali ini ialah mengenai Cukap Barangan & Perkhidmatan ataupun GST yang berkemungkinan besar dilaksanakan di Malaysia tidak lama lagi. Namun apakah itu GST? Apakah kesan utama kepada pengimplimentasian GST? Adakah rakyat Malaysia sudah boleh menerima perlaksanaan GST? Marilah sama-sama kita mengikuti perbahasan mengenai perlaksanaan GST yang eLaKSaMaNa petik dari Harakah Daily, semoga bermanfaat dan dapat membuka mata kite mengenai permasalahan ekonomi di Malaysia kini.

Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah telah menyebut berkenaan dengan pengenalan cukai terhadap barang-barang di kota yang dikenakan oleh pemerintah sebagai sumber pendapatan dalam negara. Dengan mengaitkan pernyataan ini, sesungguhnya terdapat persamaan peristiwa yang ditulis oleh ilmuwan terkemuka ini yang berlaku secara lumrahnya dalam sejarah peradaban dengan konteks semasa hari ini.

Usaha kerajaan untuk memperkenalkan Good and Service Tax (GST) atau Value Added Tax (VAT) merupakan salah satu usaha untuk menjana pendapatan negara dengan lebih teratur dan efektif. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Dr Wilhem von Siemens, seorang ahli industri Jerman pada tahun 1918. Perancis merupakan negara yang pertama melaksanakan GST pada tahun 1954. Sehingga kini, sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST.

Selain itu, semua negara di Asean telah melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei, dan Myanmar . Menariknya, Indonesia dan Filipina lebih awal memperkenalkan GST pada tahun 80-an, lebih awal berbanding Singapura pada tahun 1994. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak yang besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang? Menjawab persoalan ini, terdapat tiga pernyataan masalah yang harus diteliti.

Pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Kedua, bilakah masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST? Ketiga, adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi: antara persepsi dan realiti. Ketiga-tiga permasalahan ini harus diperhalusi dalam usaha untuk mengimplimentasikan GST secara menyeluruh, malah kajian yang mendalam dan terperinci harus dilakukan supaya pelaksanaannya mencapai objektif yang disasarkan.

Merujuk kepada permasalahan yang pertama, adakah ekonomi Malaysia dan pengguna bersedia untuk menerima pelaksanaan GST, Emran dan Stiglitz (2005) mencadangkan bahawa menggantikan VAT bagi cukai yang lebih luas mungkin untuk mengurangkan dan bukannya memperbaiki kebajikan kerana negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai sektor tidak formal yang besar. Mereka juga berhujah bahawa masalah utama dengan kesusasteraan yang menyokong penggunaan VAT di negara-negara membangun adalah ia mengabaikan bahawa negara-negara ini mempunyai sektor tidak formal yang besar.

Manakala permasalahan kedua pula menyentuh mengenai masa yang sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan suatu sistem yang terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha untuk mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap ketersampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.

Permasalahan ketiga pula mengenai adakah GST akan menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi, secara realitinya, menurut Singh (2007), pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup,kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi. GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga pengguna pada peringkat awal pelaksanaan, tetapi GST tidak akan mempunyai kesan yang besar ke atas inflasi. James danZheshi (2004) menegaskan bahawa apabila VAT diperkenalkan di China pada tahun 1994, ia tidak menyebabkan inflasi apa-apa. Berbanding dengan pembaharuan cukai pada tahun 1994, perubahan yang dicadangkan VAT jauh kurangkompleks.

Adakah Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan menjejaskan golongan miskin dan sederhana? Implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia. Negara-negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan yang lebih tinggi. Cukai Perkhidmatan sudah digunapakai di negara-negara seperti Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura, namun, ini bukan sebab untuk penguatkuasaannya di Malaysia. Status ekonomi dan cara bagaimana negara-negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia.

Tiga pernyataan masalah ini merupakan suatu perkara yang memerlukan kepada tindakan penyelesaian dalam merealisasikan GST sebagai instrumen yang merangsang pendapatan negara. Antara penyelesaian yang harus difikirkan dan digerakkan adalah meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat berkenaan kepentingan dan pelaksanaan GST, menubuhkan badan bebas dan berkecuali untuk mengkaji kesan menyeluruh terhadap rakyat apabila GST dilaksanakan dan mengkaji tahap penerimaan rakyat pelaksanaan GST dari sudut kesediaan dan kebolehpercayaan.

Tahap penyampaian maklumat seiiring dengan pembebasan unsur-unsur negatif dalam pentadbiran dengan penghasilan pengurusan yang telus dan efektif akan mewujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan dengan rakyat, kerana rakyat selaku pendukung suara demokrasi yang meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap kerajaan untuk menguruskan wang yang disalurkan melalui cukai kepada kerajaan apabila melihat pengurusan yang telus dan efektif. Sekurang-kurangnya mereka dapat menilai wang yang disalurkan itu membawa kehidupan mereka yang lebih baik.

Secara keseluruhan, sistem GST dianggap berkesan kerana ia boleh meningkatkan jumlah hasil kerajaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan satu sistem yang dirancang memandangkan tanpanya sistem GST yang komprehensif tidak akan tercapai. Malaysia mestilah terlebih dahulu mencapai status “berpendapatan tinggi” atau “high income” seperti yang di war-warkan oleh YAB Perdana Menteri. Meningkatkan kadar cukai tanpa meningkatkan pendapatan rakyat boleh membebankan rakyat.

Oleh hal yang demikian, kami berharap Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan langkah-langkah khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan kesan buruk GST ke atas mereka.

Selain itu, kerajaan seharusnya memanfaatkan semua saluran dana dan memastikan nilai maksimum diekstrak daripada aset kerajaan sebelum melakukan sebarang percubaan untuk menaikkan cukai tambahan kepada rakyat.
Wassalam

Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6675-gst-malaysia-mesti-berstatus-berpendapatan-tinggi

p/s : Klu tengok dlm berita stiap tahun ekonomi M'sia naik, x pernah turun pun wlaupun sehebat US pun ekonomi boleh merudum. Hutang negara mencecah USD500 bilion x pernah pula diketengahkan, kuat btul ketirisan berlaku dlm M'sia ni.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/21/2011

GeLiNCiRaN PLaT TeKToNiK BuKTi GuNunG BeRJaLaN

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia...

Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surat An-Naml 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti terapung di atas lapisan magma yang cair pekat.

Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan idea bahawa benua-benua pada permukaan bumi bersatu pada masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran teori Wegener hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang diterbitkan tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk dari benua besar purba Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui semula setelah penyelidikan geologi dilakukan pada awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan bahawa kerak ialah bahagian paling luar bumi dengan ketebalan sekitar 100 km, ianya terbahagi kepada beberapa lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama dunia dan beberapa plat kecil.

Menurut teori, plat tersebut dikenali sebagai plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Lautan Atlantik menjadi sedikit lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini ilmuwan moden juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dapat ditakwilkan lagi, ini merupakan salah satu keajaiban Al Qur’an. Fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan dunia sebenarnya telah dinyatakan dalam Al Qur’an 1400 tahun dahulu.

Keajaiban Alquran – Harun Yahya

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

ILLuMiNaTi MaSuK Ke aLaM MeLaYu

Assalamulaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada kalian yang sudi berkunjung ke teratak yang insyallah berinformasi ini. Apa khabar kalian semua? Sudah lama eLaKSaMaNa tidak mengepost sesuatu buat tatapan kita smua, sebenarnya eLaKSaMaNa harus menghadapi hal mustahak lain yang memungkinkan eLaKSaMaNa tidak berkesempatan mengepost sesuatu, semoga kalian semua sihat hendaknya. Pada kali ini eLaKSaMaNa ingin mengutarakan mengenai isu Illuminati ataupun adiknya iaitu Fremasonary yang sememangnya kita ketahui sudah lama wujud di Malaysia ini walhal sebelum nama Malaysia itu wujud lagi. Artikel ini bukan bersifat rasis ataupun perkauman tetapi sekadar berkongsi pendapat dengan kalian semua. Dunia sekarang sedang dikuasai oleh kaum-kaum yahudi penyembah syaitan laknatullah. Mereka kini makin terhimpit kerana janji Allah itu benar bahawa di akhir zaman akan timbul fitnah paling besar namun akhirnya kekuasaan dan keesaan Allah jua yang paling tinggi dan agung. Yang Haq pasti akan mengatasi yang Batil lambat laun nanti. Yang penting adalah penyatuan umat islam untuk menerima ISLAM yang sebenar-benarnya dan menolak islam celup yang lain. Sesungguhnya terdapat 73 umat Rasullullah tetapi hanya 1 yang akan memasuki Al-Jannah manakala lagi 72 golongan akan dicampak ke dalam neraka. Masyallah..

Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini. Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library), terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.

Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis, Dajjal. The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.

Tujuannya ialah:

MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA
DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA


Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal. Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.

Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia, suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak. Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia. Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan! (Teknik penjajah British yang memberi kesan kepada kewujudan Masyarakat Majmuk di Malaysia kini)

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah. Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.

Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri. Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu. Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.

Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.

Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.

WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU

Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap, inilah masanya untuk bermain api. Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja. Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu. Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan? Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain. India misalnya, raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.

KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU

Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus.

Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.

Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British).

Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka, namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.

Mengapa? Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung, sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.

PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU

Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini. Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.

Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?

APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam! Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!

Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat.

PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA

Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi gagal. Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang')

Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.

Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan. Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.

Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu. Di satu ketika, British menggunakan kekerasan, di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. APA RAHSIANYA?

DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MELAYU DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka pelan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang pelan Illuminati-Zionis dalam merangka pelan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang pelan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. INILAH PELAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.

KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society. Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association. Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925). Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.

Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap. Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN
HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU

Jika peperangan terjadi, orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu. Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai pelan untuk membuat 'counter attack'.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, diprovok atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.

Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata dan menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak, sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat, orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu. Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.

Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini. Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama) khasnya di Tanah Melayu? Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI. Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.

Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura. Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.
Wallahua'lam....

p/s : Tingkatkan iman, semaikan taqwa dalam jiwa, bersatu menolak sekularisme, bersatu dalam islam yang sebenar berpandukan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak & Qias dalam melawan agenda yahudi laknatullah dalam menghancurkan islam. Sesungguhnya ISLAM itu kuat lagi menguatkan, tetapi umat islamlah yang menggambarkan seolah-olahnya ISLAM itu lemah. Ketepikan semangat perkauman kerna ISLAM itu adalah hak milik semua umat manusia, bukan hak ekslusif untuk bangsa ARAB ataupun bangsa MELAYU sahaja.

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/11/2011

HaRi KePuTeRaaN SuLTaN MuHaMMaD V

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam 1Dunia kepada semua pengunjung blog yang insyallah berinformasi ini. Pada kali ini eLaKSaMaNa sebagai rakyat jelata Kelantan ingin bersama-sama rakyat Kelantan yang lain untuk melahirkan kesyukuran berada di bawah pemerintahan Baginda Sultan Muhammad V. Sesungguhnya rakyat Kelantan amat beruntung kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang begitu Zuhud lagi Wara' ditambah pula dengan permasyhuran Baginda Sultan Muhammad V yang memang dikenali dan disayangi rakyat Kelantan kerana sifatnya yang sungguh Zuhud walaupun berdarah Diraja. Baginda boleh turun padang mengutip sampah serta membakar sampah bersama rakyat, bersolat bersama rakyat malah mengimamkannya, boleh menyembelih sendiri lembu korban. Sungguh beruntung rakyat Kelantan, semoga akan lahir ramai lagi Sultan dan Raja di Malaysia yang berjiwa zuhud seperti ini. Terkenang kisah Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang berstatus khalifah besar Empayar Umaiyah tetapi berjiwa rakyat. Inilah dia contoh pemimpin yang amat didambakan rakyat jelata sekalian. Semoga Allah merahmati kepimpinan Tuanku dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kami rakyat Kelantan sungguh beruntung berada di bawah naungan Tuanku.
Allahuakhbar ! Daulat Tuanku !





IsLaM ThE WaY oF LiFe...

11/07/2011

SaLaM AiDiLadHa 1432H / 2011M

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia kepada saudara saudari sekalian yang sudi sekali lagi berkunjung ke teratak yang insyallah berinformasi ini. Apa khabar kalian semua? Diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. Maafkan eLaKSaMaNa kerna tidak lama lagi eLaKSaMaNa akan menempuh peperiksaan akhir semester 2011, semoga kalian semua mendoakan kebaikan dan ketenangan buat eLaKSaMaNa dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan akhir nanti. Namun di kesempatan pertemuan ini, eLaKSaMaNa ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan SALAM AIDILADHA 1432H/2011M kepada kesemua umat islam yang menyambutnya tak kira di mana kalian berada sama ada di rumah, kampung ataupun mungkin ada menyambutnya di perantauan. Yang penting bagaimana kita meraikan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Allah Ismail Alaihissalam. Kepada sahabat-sahabat eLaKSaMaNa dari kalangan bukan islam, kalian bolehlah mengetahui kisah asal usul perayaan Aidiladha yang sering disambut umat muslim di seluruh dunia pada tiap2 tahun Hijrah. Hari Raya Aidiladha turut dikenali sebagai Hari Raya Qurban or Hari Raya Haji di seluruh dunia. Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dari kisah pengorbanan yang tiada tolok bandingnya dalam mentaati perintah Allah Taala. Kita manusia biasa tidak mungkin mampu berkorban setinggi Nabi Allah Ibrahim A.S dan Nabi Allah Ismail A.S. Sekali lagi elaksamana ingin mengucapkan SALAM AIDILADHA 1432H/2011M buat kalian semua, Wassalam...


IsLaM ThE WaY oF LiFe...